31 May, 2010

Tanah Melayu hak Melayu!!!

Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah sebuah kampung tradisional orang Melayu di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.

Baru-baru ini Menteri Wilayah mahu memajukan Kampung Baru di bawah Palan Cadangan Konsep dan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan selaras dengan pembangunan kota raya Kuala Lumpur.

Idea ini sangat bagus dan amat baik demi servival Kampung Baru.

Yang menjadi persoalan besar di sini ialah mengapa pembangunan Kampung Baru memberi kuota untuk bukan Melayu memiliki hartanah di kampung tersebut?

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan akan dibuka 40% untuk bukan Melayu memiliki tanah atau ruang perniagaan di Kampung Baru apabila ianya dimajukan.

60% lagi adalah hak kepunyaan orang Melayu.

Pada saya, 40% untuk orang bukan Melayu tidak perlu ada. 100% hak Melayu perlu di miliki oleh Melayu, kerana tanah tersebut adalah hak orang Melayu.

Orang bukan Melayu tidak perlu diberi peluang untuk memiliki apa-apa di Kampung Baru.
Orang Melayu tidak habis-habis bertolak ansur, sampai bila? adakah sehingga semua tanah Melayu dimiliki oleh orang bukan Melayu.

21 May, 2010

JUDI BOLA: HARAM ATAU HALAL?

Judi adalah HARAM dan berDOSA BESAR. Jelas dan nyata, Islam melarang umatnya terlibat dengan perjudian.

Oleh itu manusia yang beragama Islam dilarang sama sekali berjudi.

Baru-baru ini, kerajaan BN secara rasmi meluluskan lesen perjudian bolasepak piala dunia 2010 kepada syarikat BERJAYA.

Kerajaan BN meluluskan aktiviti perjudian itu untuk orang yang tidak beragama Islam. Sebagai orang Islam yang tahu halal haram, sudah tentu salah dan berdosa berjudi.

Tetapi pihak pembangkang telah mengambilkesempatan di atas isu ini sebagai isu politik dan isu agama.

Pihak pembangkang menganjurkan protes diseluruh negara selepas solat jumaat.

Pada saya, kita perlu praktikal dalam isu ini.

Kerajaan telah mengambil kira semua sudut, sama ada baik dan buruk sebelum mengambil sebarang keputusan untuk negara.

Mana mungkin kerajaan sengaja hendak memberi peluang kepada musuh untuk hentam (kutuk) mereka.

Jika lesen sah tidak diluluskan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku.

Lesen ini diluluskan bertujuan:

1. Mengawal aktiviti perjudian.

2. Mengaut keuntungan cukai perjudian. Secara tidak langsung ianya memberi pendapatan kepada negara dalam bentuk cukai.

3. Mengelakkan kumpulan haram mengaut keuntangan dari aktiviti perjudian haram.

4. Menyekat sumber pendapatan kumpulan haram dari keuntangan perjudian dan secaratidak langsung menyekat dana dan pendapatan kumpulan-kumpulan haram.

5. Mengelakkan aliran keluar mata wang negara ke luar negara dengan banyak. Kerana ada antara rakyat Malaysia yang pergi bertaruh berjuta ringgit di negara jiran.

Jika pihak pembangkang hendak melakukan protes dengan keputusan ini, mereka juga perlu memprotes kerajaan negeri Selangor,Pulau Pinang dan Kedah yang masih mengekalkan primis perjudian semenjak 8 Mac 2008.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang yang sedana dengan PAS sudah tentu telah diberitahu oleh ulamak-ulamak PAS tentang judi adalah satu dosa besar. Tetapi mengapa premis-premis perjudian terus dibuka di negeri-negeri tersebut???