07 September, 2016

Doa duduk antara dua sujud

Doa duduk antara dua sujud
Bacaan doa ini wajib kita baca setiap hari ketika mendirikan solat. Namun berapa ramaikah di antara kita yang memahami maksudnya. Di sini saya mahu berkongsi dengan anda maksudnya;

RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNII WARFA’NII
WARZUQNII WAHDINII WA-‘AAFINII WA’FU’ANNII
Tuhanku! Ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku,
berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk dan sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Betapa lengkapnya doa ini. Dalam sebuah doa kita memohon semua untuk diri sendiri dari pencipta yang maha hidup dan maha berdiri sendiri. Kita meminta ampun, rahmat, tinggikan darjat, rezeki yang halal, memohon petunjuk, kesihatan yang baik dan kemaafan daripada Allah. Marilah kita menghafal maksudnya dan amalkan dengan penuh khusyuk sebagai hamba-Nya yang taat.

25 May, 2016

Anak Muda Melayu Bila Nak Mula?

Assalamualaikum

Tulisan saya kali ini adalah berkaitan dengan anak muda Melayu. Anak muda Melayu takut untuk berfikir. Mereka lebih suka menunggu peluang bukan mencari peluang. Sedikit sangat anak muda Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Kaum muda Melayu lebih suka bekerja dengan sektor awam atau makan gaji. Di Malaysia sektor perniagaan dikuasai oleh kaum Cina. Kaum Cina walaupun berkelulusan tinggi tetapi mereka tidak suka bekerja disektor awam. Anak muda kaum Cina akan menceburi bidang perniagaan secara kecil kecilan. Atau mereka akan bekerja terlebih dahulu dengan mana-mana syarikat dan apabila berkemampuan mereka akan buka perniagaan sendiri.

Perkara ini tidak berlaku kepada anak muda kaum Melayu yang berkelulusan diploma atau ijazah. Mereka tetap menunggu untuk bekerja di sektor awam. 

Ada antara anak muda kaum Melayu ini yang berkelulusan ijazah sudah menggangur selama 2 atau 3 tahun namun mereka masih tidak bekerja sebaliknya hanya duduk di rumah dan menunggu panggilan mana-mana interview. Bila ditanya kenapa tidak bekerja, pasti mereka jawab tunggu panggilan temuduga dan sudah pun ditemuduga namun belum dipanggil bekerja.

Oleh itu saya sarankan kepada anak anak muda kaum Melayu. Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah, ikhtiar bagaimana mahu mendapatkan ganjaran dalam bentuk pendapatan. 

Jangan malu jika anda ada ijazah tetapi bekerja sebagai pembuat roti canai atau penjual pisang goreng di tepi jalan atau pasar malam.

Sampai bila anda mahu tunggu? dan anda nak tunggu apa yang sebenarnya. Anda perlu menjana ekonomi diri sendiri dan keluarga anda. Mungkin bagi yang ada ibubapa anda akan berasa selesa kerana berpeluang makan free dan tinggal free. Tetapi sampai bila?

Peluang untuk menjalankan perniagaan sangat meluar cukuplah dengan modal yang sedikit. Banyak peluang yang ada, saya ada ramai kawan-kawan dari kalangan kaum Melayu Champ atau lebih dikenali sebagai orang Kemboja. Mereka tidak ada kelulusan namun masih ada antara mereka yang belum pun menjadi warganegara Malaysia. Namun anak-anak muda Kemboja ini mampu berkereta dan mampu hidup mewah kerana mereka berniaga.

Anda pergi lihat di pasar Kemboja Parit Buntar ada setiap hari Sabtu. Mereka menjalankan perniagaan secara kecil kecilan bila berkemampuan mereka memperluaskan perniagaan mereka.

Kita tidak boleh tunggu lagi.

24 May, 2016

Bila kita berserah diri kepada Allah?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Bersyukur kita kepada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hanya kepada Allah yang kita sembah dan hanya kepada Allah jua kita meminta pertolongan.
Sesugguhnya kita ini adalah hamba sahaja. Bila-bila masa kita akan dimatikan oleh Allah maha pencipta.
Kita diberi peluang hidup dan menikmati kehidupan yang sementara di muka bumi ini.
peluang yang ada ini kita dapat merasai ujian ujian yang telah disediakan oleh Allah maha pencipta.
Ramai dari kalangan yang mahukan sebuah kehidupan yang selesa dan baik. Pastinya juga dari kalangan kita ini mempunyai bebanan hutang dan sebagainya. Kita mahu memeliki dan memenuhi kehendak yang pasti tidak ada had selagi nama kita manusia yang bernafsu.
Tetapi ramai dari kalangan kita yang lupa bahawa segala galanya adalah ketentuan dan pemberian tuhan.
Yang sebenarnya kita patut bersyukur terlebih dahulu dengan apa yang ada disekeliling kita.
Cara bersyukur ini banyak tetapi yang paling utama adalah solat.
Kita perlu lihat tahap mana masa yang kita bersolat. Adakah kita ini dalam golongan orang yang bersolat?. Solat yang lengkap atau tidak lengkap. Cukup waktu atau tidak. Jika cukup waktu pula, kita perlu juga melihat adakah kita sentiasa mementingkan waktu solat. Solat di awal waktu atau kita lebih mementingkan kerja yang lain terlebih dahulu berbanding solat.
Jika solat sudah lengkap dan kita mengutamakan waktu solat, perlu juga kita lihat dimana kita solat sama ada bersendirian atau kita cuba sedaya upaya untuk bersolat secara berjemaah.
Kita perlu pula melihat dimanakah kita solat sama ada di rumah atau di masjid. Terutama solat subuh, adakah kita sentiasa bersolat subuh di rumah atau di masjid. Jika kita solat di masjid yang utama berbadning di rumah, adakah kita berada disaf pertama?
Semua ini akan memberi point untuk Allah menilai dan memberi rahmatnya kepada orang orang terpilih.
Allah berjanji sesiapa yang bertakwa kepada Allah akan diberi peluang yang baik berbanding orang lain. Allah tidak melihat tahap akedemik atau darjat seseorang untuk Allah memberi rahmat. Tetapi Allah melihat kepada tahap ketakwaan kita kepadanya.
Ramai antara kita rasa terbeban untuk solat berjemaah di masjid terutamanya diwaktu subuh. Jika mampu kita buat ini insyallah orang itu sangat bertakwa dan dirahmati Allah.
Berapa orang dari kita yang mampu melakukan perkara ini?
Marilah kita mulakan. Mungkin permulaan itu akan memberi keberatan tetapi percayalah lama kelamaan pasti ianya akan memberi keselesaan kepada kita.
Marilah kita mulakan solat berjemaah di masjid terutama waktu subuh maghrib dan isyak. Mungkin waktu zohor dan asar adalah waktu kerja, tetapi kita dapat berjemaah untuk semua waktu subhanallah anda akan merasai nikmat yang tidak mampu dinurkilan melalui kata-kata atau tulisan.
x

03 November, 2015

The black stone atau Hajar Aswad

Di sini saya nak berkongsi dengan saudara-saudari tentang batu Hajar Aswad.

Batu Hajar aswad diletakkan di tenggara kaabah. Hajar aswad juga ada tempat bermula niat untuk tawaf.

Merujuk guru saya ustaz Asri semasa saya belajar di SMK Tarbiah Diniah Kulim, Hajar Aswad asalnya adalah malaikat yang menjaga nabi Adam di dalam syurga.

Malaikat ini menyesal dan bersedih sehingga menjadi batu kerana tidak dapat menahan nabi Adam dari mengikut telunjuk iblis agar jangan makan buah khuldi.

Disebabkan rasa sedih itu lah malaikat tersebut menjadi seperti batu dan dikeluarkan dari syurga di hantar ke bumi.

Kajian sains juga menunjukkan batu Hajar aswad tidak ada di bumi.

02 November, 2015

2 nov 2015

Hari ini 2 nov  2015.....ada 23 hari sebelum aku bertolak ke tanah  haram. Keterujaan untuk ke sana sangat terasa.
Ya allah engkau permudahkan segala kerja ku di dunia dan akhirat.
Insyaallah aku akan mencatat perjalanan suci ini sebagai serbuk.
Semoga ianya akan menjadi panduan kepada hamba allah yang lain.
Aku masih mencari tajuk yg sesuai untuk aku jadikan tajuk jurnal itu nanti.
Cadangan :
1. Perjalanan suci.
2. Perjalanan mencari  diri.
3. Perjalanan untuk kegembiraan allah
4. Perjalanan mencari keredhoaan

Itulah beberapa cadangan nama. Insyaallah mungkin tajuk tidak berapa penting namun pengisian perjalanan itu yg penting untuk menjadi panduan kepada manusia lain.

01 October, 2015

Perjalanan suci

Insyaallah pada tahun ini (2015) akan aku menjejak kaki lagi ke rumah mu ya Allah.
Aku akan cuba mencatat jurnal perjalanan suci ini untuk dijadikan panduan kepada hamba mu yang lain.

Untuk pengetahuan kepada saudara mara ku yang lain.
Terus terang aku katakan kepada sesiapa yang baca tulisan ini. Anda perlu pergi ke baitullah sama ada mengerjakan umrah atau haji.

Carilah duit, kumpul duit dan daftar dengan mana mana syarikat yang menguruskan perjalanan ke sana.

Percayalah, sekali anda memijak kaki di rumah allah pasti anda akan mahu kembali lagi ke sana.

Jangan lah kita takut dengan cerita cerita orang lain yang mengatakan bertaubat terlebih dahulu sebelum pergi atau buat baik dan macam macam lagi kata kata yang menakutkan sehingga menggagalkan semangat kita untuk pergi ke baitullah

Pergi dulu, percayalah Allah sentiasa menerima kita bila bila masa pun. Allah akan permudahkan kita jika kita betul betul ikhlas mahu beribadat dihadapan kaabah yang menjadi kiblat kita selama ini.

03 May, 2014

Melayu Melayu Melayu...

1. Ketua pemuda parti Gerakan, Tan Keng Liang berkata " orang Melayu
merangkak di jalan raya kerana mereka mudah dimanipulasi oleh pemimpin
PKR dan PAS.

2. Beliau juga secara sini berkata " mereka yang
turun ke himpunan semalam (himpunan membantah GST di Dataran Merdeka 1
Mei ) sebahagian besarnya adalah Melayu kerana orang Cina sibuk menonton
filem Spiderman di pawagam"

3. Pandangan bangsa Cina terhadap kelibat orang Melayu dalam aktiviti jalanan adalah jelas.

4. Melayu mudah dimanipulasikan.

5. Melayu Suka buang masa yang tidak berfaedah.

6. Melayu suka hura-hura.

7. Cina kata kepada Melayu, kata kepada pemimpin Melayu yang memanipulasikan Melayu itu sendiri, pemimpin Melayu PKR dan PAS.

8. Cina tak kata kat Cina. (Gerakan tak kata kat DAP)

9. Ini jelas dalam kenyataan ketua pemuda gerakan di atas.

10. Beliau hanya menyebut PKR dan PAS.

11. Beliau tidak sebut DAP.

12. Melayu - fikirlah masa depan Melayu.

Melayu perlu seorang lagi Dato' Onn.

Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar seorang Pegawai Daerah di Batu Pahat Johor yang banyak berjasa kepada orang Melayu. Beliau telah berjaya mengumpul hampir 300 para pemimpin  Melayu dari 41 buah pertubuhan, persatuan dan pergerakan Melayu seluruh semenanjung Tanah Melayu. Mereka bersidang  di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946. Itulah kongres pertama bagi orang Melayu yang berjaya mengumpulkan semua orang Melayu tanpa mengira darjat, pangkat, ideologi dan suku bangsa. Hasil dari kongres tersebut, lahirlah Pertubuhan Melayu Bersatu.
            Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) telah menambah perkataan ‘kebangsaan’ pada nama Pertubuhan Melayu Bersatu menjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) atau dalam bahasa Inggeris, United Malays National Organisation ringkasnya UMNO. Secara dasarnya UMNO adalah sebuah pertubuhan Melayu yang wujud di atas kesedaran yang ikhlas untuk mempertahankan maruah, martabat dan kedaulatan bangsa Melayu.
            UMNO berjuang untuk memastikan Malayan Union digagalkan. Malayan Union adalah dasar British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘Jajahan Takluk Britain’. Dalam tempoh tiga bulan sahaja Sir Harold MacMichael telah berjaya memperolehi tandatangan persetujuan penyerahan kuasa dari sembilan orang Raja-raja Melayu, tanpa menghadapi banyak masalah atau bantahan. Malayan Union secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1946.
            Apabila orang Melayu menyedari tentang rancangan jahat Inggeris itu, seluruh orang Melayu di Semenanjung bangkit menentang. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan lain-lain telah memain peranan membangkitkan semangat orang Melayu menentang Inggeris.         
            Apabila menyedari  ancaman yang akan dihadapi setelah melihat kebangkitan orang Melayu seluruh pelosok tanah air, British membatalkan perjanjian tersebut tiga bulan selepas Malayan Union ditubuhkan, iaitu pada bulan Jun 1946. Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Kejayaan besar UMNO selain berjaya memerdekakan Tanah Melayu adalah menggagalkan Malayan Union.
            Gendang penyatuan yang dilaungkan oleh Dato’ Onn bin Dato Jaafar dan dibantu akhbar-akhbar Melayu telah berjaya menyatukan seluruh umat Melayu di semenanjung Tanah Melayu dari Perlis hingga ke Singapura. Hal ini adalah sejarah besar orang Melayu.
            Orang Melayu sebelum itu tidak pernah bersatu di atas nama sebuah pertubuhan. Masing-masing bergerak dengan jalan sendiri. Pada ketika itu, negeri-negeri Melayu mempunyai struktur pentadbiran yang berasingan. Orang Melayu hanya taat kepada sultan negeri masing-masing. Semangat kenegerian, suku, daerah dan negeri menyebabkan orang Melayu terpisah.
            Jika dikaji tentang perjuangan orang Melayu menentang Inggeris. Penentangan awal telah diketuai oleh Dato’ Naning Abdul Said (Dol Said) di Naning, Abdul Rahman bin Imam Noh (Dato’ Bahaman) di Pahang, Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid di Terengganu, Tuan Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut ) di Kelantan, Pandak lam (Dato’ Maharaja Lela)  di Perak dan ramai lagi pejuang Melayu. Namun perjuangan mereka ini gagal. Pejuang-pejuang bangsa ini dibunuh, ditangkap dan dibuang negeri. Hal ini demikian kerana mereka tidak bersatu menentang Inggeris. Penentangan tersebut berlaku di dalam negeri dan daerah masing-masing.
            Sebelum tertubuhnya UMNO, terdapat juga parti-parti politik orang Melayu yang berjuang menentang Inggeris. Antaranya ialah Hisbul Muslimin, AWAS, API, PKMM dan KMM. Namun parti-parti ini tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu seperti mana UMNO. Malah PKMM juga salah satu pertubuhan yang pada awalnya juga bernaung di bawah payung UMNO. Tetapi PKMM tidak terus bersama UMNO menentang Malayan Union.
            Sudah 52 tahun Dato’ Onn meninggalkan kita. Beliau meninggal pada 19 Januari 1962 pada usia 67. Pada ketika ini, orang Melayu memerlukan seorang lagi Dato’ Onn. Orang Melayu perlu diseru untuk duduk berbincang. Seruan penyatuan bangsa ini perlu dimulakan. Orang Melayu perlu mengenepikan fahaman politik, taraf kedudukan dan pemikiran yang berbeza.
            Antara ucapan Dato’ Onn, yang disampaikan dengan nada dan suara lantang dan bersemangat semasa berlangsungnya kongres di Kelab Sultan Sulaiman Kampung baru, Kuala Lumpur. Dato’ Onn menyeru umat bangsanya supaya bersatu padu. Ujar Dato’ Onn :
            “…sesungguhnya ada di antara kita yang berlainan fikiran dan fahaman serta berlainan taraf kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua: iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu…”
            Dari isi ucapan tersebut, orang Melayu hanya akan kuat apabila bersatu. Sejarah telah membuktikan, apabila orang Melayu bersatu, kita berjaya menggagalkan pelaksanaan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan 12 tahun selepas itu. British gerun apabila melihat kebangkitan orang Melayu yang tidak disangka-sangka ketika itu. Dalam erti kata lain orang Melayu berjaya menghalau balik British pada ketika itu adalah kuasa besar dunia.
            Ketika ini, kita diuji dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh orang bukan Melayu dan juga pemimpin agama lain. Isu kalimah Allah, isu bahasa Melayu, isu hak keistimewaan orang Melayu dan banyak lagi isu yang cuba ditimbulkan untuk melihat bagaimana orang Melayu bertindak balas. Namun apa yang berlaku, orang Melayu bertelagah antara satu sama lain. Hal ini memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pihak yang mahu melihat orang Melayu terus bertelagah antara satu sama lain.
            Orang Melayu perlu sedar dan disedarkan tentang mereka sekarang diperkotak-katikkan dan diperlagakan antara satu sama lain. Jangan terlalu banyak kongres tetapi yang hadir dalam kongres tersebut hanya pihak-pihak tertentu sahaja. Semua kepimpinan Melayu tanpa mengira fahaman politik perlu duduk semeja dan memikirkan hala tuju demi masa depan generasi Melayu akan datang.

10 December, 2013

Presiden UMNO perlu letak jawatan dan berundur

"Presiden perlu letak jawatan dan berundur". Itu ayat yang keluar dari mulut aku bila aku dengar ucapan presiden memuji isterinya. Sebagai seorang suami memang lah logik memuji si isteri. Tetapi apabila seorang presiden sebuah parti yang terbesar di Malaysia memuji isteri di dalam majlis yang besar seperti itu adalah satu perkara yang tidak tepat.

Jika najib terus berkuasa sehingga pru ke-14, maka Barisan Nasional perlu lah bekerja 10 kali ganda dari pru ke-13 yang lepas demi memastikan BN terus kekal berkuasa.

Sebagai rakyat, aku bercakap demi kelangsungan kuasa UMNO dan Barisan Nasional. Jika hal ini aku tidak berani, maka betullah seperti ramalan Tun M...

22 November, 2013

Bahasa Melayu mati di bumi Melayu.

Bahasa Melayu tidak lagi dihormati oleh rakyat Malaysia. Jika diperhatikan, bahasa Melayu tidak diguna secara rasmi di sektor swasta. Manakala di sektor awam pula, bahasa Melayu hanya menjadi bahasa rasmi apabila terdapat kakitangan berbangsa Melayu yang tidak memahami dan faham bahasa Inggeris.

Manakala jika dilihat pada papan-papan iklan, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Bahasa Inggeris lebih kerap digunakan sebagai bahasa iklan.

07 November, 2013

Bahasa Melayu bahasa kedua negara.

Jika kita merujuk perlembagaan persekutuan Perkara 152. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Namun perkara itu semakin dipinggirkan. Bahasa Melayu tidak lagi dihormati oleh warganegara Malaysia...

12 October, 2012

Pas perlukan DAP-Nik Aziz

" Saya rasa pelik ada sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila  kemenangan yang tidak menumpang malah masa nabi sampai Madinah buat perjanjian dengan Yahudi. - Nik Aziz.

itu adalah petikan kata-kata nik aziz....

Perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. - Prof. Emerutis Datuk Dr. Shahnon Ahmad.

depa ni bertelagah dalam agenda perjuangan parti...

depa ni akan buat apa sahaja demi politik, lebih kepada matlamat menghalalkan cara. Buat apa sahaja, janji dapat apa yang depa nak...

inilah corak politik baru Pas.

itu sebab orang Pas tidak malu ambil apa yang kerajaan bagi dan sediakan seperti BR1M dan sebagainya. Mereka telah diajar terima apa sahaja orang bagi....balas budi tak perlu...

inilah corak politik baru Pas.

Ahli Pas...anda fikirlah...jika anda memberi undi kepada Pas, DAP dan PKR...siapakah yang akan jadi pemimpin anda?

Adakah tuan guru Hadi Awang atau Karpal Singh...?

Jika anda memberi undi kepada Barisan Nasional , siapakah akan jadi pemimpin Dato Seri Najib atau orang bukan Melayu...?

10 October, 2012

tony pua dan dap haram jadah...

inilah manusia yang tidak tahu bersyukur dan manusia yang nak menghancurkan bangsa melayu di tanah melayu ni ...tony pua ni kata p lah apa pun kat orang melayu ada juga orang melayu yang masih jilat kaki dia macam anjing jilat kaki tuan dia...

Aktiviti DUN atau Parlimen.

aku nak cadangkan kepada mana-mana parti yang nak tarik minat masyarakat kepada parti tersebut... sebab apa yang aku lihat parti politik sama ada UMNO atau pembangkang atau pun ngo yang ada disekitar tempat aku ni dok buat aktiviti yang hampir sama. di sini aku nak cadangkan beberapa aktiviti pada pemikiran aku yang tak berapa bernas ni... 1. pertandingan ratu ratu baju kebaya, baju kebarung, baju kedah, baju cekak musang (wanita atau puteri) 2. pecutan 200 meter motorsikal cup (remaja lelaki) 3. pertandingan fotografi pemandangan tercantik. 4. pertandingan fotografi tempat klasik. 5. pertandingan rumah tercantik. 6. pertandingan imam muda 7. pertandingan pidato/bahas pembangunan kampung. 8.

Selamat pagi parit buntar.

Parit buntar, daerah di utara negeri Perak. Terleak dalam daerah Kerian. Daerah Kerian merangkumi kawasan perak utara, seperti parit buntar dan bagan serai. Parit buntar, mempunyai beberapa pekan, seperti pekan lama Parit Buntar, pusat bandar, pekan batu lima, titi serong, tanjung piandang, kuala kurau dan beberapa pekan lebih kecil seperti bagan tiang. Parit buntar sinonim dengan orang banjar. orang banjar yang membuka dan mendiami asal parit buntar. kebanyakan parit-parit di kawasan ini dikenali dengan nama-nama tokoh penduduk setepat. Seperti parit abas, parit mat ali, parit lebai akhir dan sebagainya. Parit buntar berdekatan dengan laut, perairan selat melaka. Ban Pecah adalah tempat yang makan yang menjadi salah satu tempat peranginan, santai petang dan malam bagi penduduk sekitar dan tetamu luar. Parit buntar menjadi pusat pentadbiran utama bagi daerah kerian. Parit buntar sekarang adalah kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkang, ahli parlimen parit buntar adalah calon pas yang menang dalam PRU ke 12. Ianya mempunyai dua dun, dun titi serong dan kuala kurau. kedua-dua din ini juga jatuh ke tangan parti pembangkang. Parit buntar menjadi salah satu kawasan yang akan menentukan kemenangan BN atau pembangkang untuk memerintah negeri perak. Buat masa sekarang, BN dan pembangkang sedang bekerja keras untuk menang dlm pru akan datang. Semua pihak sibuk buat program untuk menang. persaingan antara BN dan pembangkang sangat sihat. Tidak berlaku sebarang pergaduhan antara kedua-dua pihak. Mungkin ini kerana kedua-dua parti sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang, ahlinya berjiran dan juga kawan yang dikenali atau di kawasan ini disebut kulaan.

26 August, 2012

Sucikan Hati...

1. Amalan yang dapat menyucikan hati manusia antaranya adalah bersedekah, bertaubat dan berzikir.
2. Allah memberi petunjuk kepada manusia, tentang kemurkaannya. Allah akan menyusahkan hati manusia, hidup dengan penuh keluh kesah, tidak lena tidur, susah nak tidur, perasaan gundah-gulana, buntu, muram, resah gelisah dan sebagainya.
3. Semua itu adalah signal daripada Allah agar kita bersegera melakukan penyucian hati dengan pelbagai cara seperti bertaubat, beristighfar dan bersedekah.
4. Bangsa Melayu adalah bangsa yang menjadi penganut agama Islam. Jika dillihat Islam itu telah mengajar kita agar menjadi manusia yang dapat membantu sesama islam terlebih dahulu sebelum membantu orang lain.
5. Tetapi apa yang dilihat sekarang bangsa melayu yang menjadi umat Islam itu seringkali bertelingkah dan tidak sependapat walau pun tentang agama mereka sendiri.
6. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyucikan hati kita agar hati kita menjadi lebih baik dan kita dapat bersatu meneruskan perjuangan bangsa ini.
7. Kita bertaubat, beristighfar dan bersedekah. Semoga Allah dapat mengampunkan dosa-dosa kita.
8. Marilah kita melakukan amalan berzikir dan bersedekah.
9. Zikir yang paling mudah, hanya menggunakan lidah untuk berzikir kepada Allah atau berselawat ke atas junjungan besar rasulullah.
10. Untuk menyebut nama Allah pun kita hanya perlu mengangkat lidah kita sekali sahaja, tetapi berapa ramai antara kita menjadikan zikir sebagai amalan beliau seharian. Allah.
11. Bersedekah - belum pernahlah aku berjumpa dengan orang menjadi miskin kerana bersedekah.
12. Allah berfirman dalam Al-Quran - " Dan apa yang kamu belanjakan daripada sesuatu, maka Allah akan menggantikannya" - (Surah Saba' 34:39)
13. " SESUNGGUHNYA  SEDEKAH ITU PASTI MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH DAN MENGHINDARKAN DARIPADA KEMATIAN YANG BURUK"
14. Sabda Rasulullah - "Dan bersedekah itu bukti" - bukti keimanan seseorang boleh diukur dengan amalam bersedekah beliau.

01 August, 2012

Melayu Islam Dihina...

Kenapa depa berdua ni tak faham tentang Islam? Adakah mereka ini tidak tahu yang bangsa Melayu itu agama Islam. Yang pergi Tution dgn depa tu pun budak-budak Melayu juga...Aku ni memang marah tapi aku masih waras untuk bertindak yang keterlaluan kepada depa ni...aku tahu yang mana tok kong cina yang mana kuil hindu...kenapa aku boleh faham dan kenapa depa ni tak boleh faham...?

 Begitu juga dengan amoi dalam gambar yang kedua...depa tak faham ke yang tu tempat ibadat umat Islam...

Begitu juga dengan orang DAP dalam gambar yang ke-3...dia tak faham atau tak tahu ke yang adat budaya orang Melayu Islam, apabila masuk rumah buka kasut....

Kenapa semua ini berlaku....???

24 July, 2012

Sistem Khilafah

Era langit terbuka, memberi impak kepada sistem kehidupan manusia zaman moden. Zaman ini adalah zaman yang mana manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, bahasa, agama dan sempadan.

Manusia juga melangkah melepasi sempadan ideologi dan fahaman. Jika satu masa dahulu manusia di bumi ini terbahagi kepada blog timur dan barat. Negera-negara disebelah timur terarah fahaman komunisisme dan sosialisisme manakala barat berkiblatkan kapitalisme.

Semua di atas tidak mampu melepasi aras fahaman sistem khilafah atau mahu aku sebut di sini sebagai idealogi Islam. Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam).

Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.

Sistem khilafah yang pernah wujud dari zaman pemerintahan baginda Rasullullah S.A.W di Madinah hingga kejatuhan empayar Turki Uthmaniah telah mewujud satu kehidupan yang sempurna dan ketamudunan manusia yang lebih baik.

Barat pada ketika itu berada dalam zaman gelap telah mendapat impak dari sistem khilafah ini. 

Adakah sistem khilafah ini dapat diwujudkan semula di bumi selepas jatuhnya empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1923?

23 July, 2012

PAS sanggup buat apa sahaja

demi menjaga hati rakan-rakan PR dan NGO penjilat DAP, PAS sanggup rugi beratus ribu ringgit keuntungan yang disasarkan. Siapa rakan yang PAS nak jaga ni? hebat sungguh le rakan PAS ini, kerana PAS sanggup berkorban apa sahaja.....anda baca artikel di bawah...sumber artikel http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11841-isu-saham-fgvh-selesai-bila-pknk-jual-azizan

21 July, 2012

SUKMA XV : di mana negeri Perak?

Salam 1 ramadhan…kejohanan SUKMA XV di negeri Pahang baru selesai…tahniah kepada negeri Terengganu  yang memperolehi pingat yang terbanyak.

Negeri Perak yang  mensasarkan kedudukan lima negeri terbaik dengan membawa pulang 30 pingat emas…tetapi apa yang diperolehi adalah tempat ke lima negeri tercorot…dengan kutipan 11 emas , 22 perak dan 36 gangsa.

Apa dah jadi dengan ahli sukan negeri Perak? Di mana silapnya kita? Adakah pihak pengurusan negeri yang silap atau ahli sukan yang tak kuat? Adakah program-program sukan di peringkat sekolah rendah dan menengah tidak bagus lagi? Adakah  program-program pencarian  bakat dari peringkat sekolah tidak berkesan? Adakah negeri Perak tidak memiliki jurulatih-jurulatih sukan yang baik? Adakah kerana kita tidak mempunyai strategi-stragei  sukan tahap SUKMA?

Inilah persoalan-persoalan yang bermain difikiran aku…aku ni bukanlah tahu sangat bab sukan, tetapi aku mahu melihat kejayaan dalam bidang sukan.

Pada aku untuk menjawab semua perkara yang berbangkit ini, pihak pengurusan sukan diperingkat negeri kena duduk semeja, semua badan-badan yang terlibat dengan pembangunan sukan kena duduk berbincang…antaranya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan, KOAM dan sebagainya.

Depa ni kena berbincang dan susun satu rangka perancangan yang selari serta ada hubung kait antara satu sama lain. Supaya proses melahirkan atlit bagi negeri Perak, dalam keadaan tersusun. Jangan buat hal masing2…kita perlu senada dan seirama dalam menyusun strategi.

Kita masih ada peluang, negeri Perak mempunyai ramai bakat-bakat muda yg terbaik dalam bidang sukan, tetapi mereka ini tidak mendapat peluang untuk menonjolkan diri. Pihak pengurusan sukan perlu main peranan dalam hal ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGERI PERAK.

11 July, 2012

BANGKITLAH MELAYU

Bangkitlah Melayu,
Bangkitlah bangsaku,
Bangkitlah Melayu seperti mana biri-biri menjadi singa.

Melayu perlu berani mempertahankan kedudukan istimewa mereka. Jangan biarkan kedudukan ini di robek-robek oleh orang yang tidak memahami budaya Melayu.

Melayu itu bangsa yang dimurnikan dengan jiwa yang halus. Oelh itu Melayu perlu mempunyai sifat-sifat seperti berikut :- 

BERANI MEMPERTAHANKAN HAKNYA,
BIJAK BERPOLITIK,
BERKEMAMPUAN UNTUK BANGKIT SETELAH JATUH,
BERANAI MENYATAKAN KEBENARAN,
MENAJGA KEBAJIKAN MASYARAKATNYA 
DAN 
BERANI MENYATAKAN KESALAHAN PEMIMPINYA.

Calon PRU ke-13.

Calon PRU ke-13 untuk BN siapa yang tentukan? 
Bagi pihak pembangkang, lantak berdarahlah depa...buat pa nak ambik tahu.....
Tetapi bagi pihak BN, perlu diambil tahu dan ambil berat, sebab BN yang akan memerintah negara ini, dengan terbaik, tak ada mana-mana parti politik yang dapat memerintah Malaysia sebaik BN.

Jadi untuk jadi pemerintah negara dan negeri yang terbaik, pemimpin yang dipilih untuk mewakili BN di peringkat kawasan perlulah dikalangan orang-orang terbaik dan terhebat.

Dalam PRU ke-13 akan datang BN perlu lebih berani memilih calon-calon yang bukan sahaja yang boleh menang tetapi calon-calon yang mempunyai beberapa ciri seperti berikut:-

  • Berani membuat keputusan.
  • Tidak dipengaruhi oleh mana-mana kumpulan dalam parti.
  • Mempunyai kelayakan akademik tahap ijazah.
  • Mempunyai semangat kerja untuk membantu masyarakat.
  • Memahami dan mampu mengulas isu semasa.
UMNO perlu menyediakan calon untuk pilihanraya akan datang dengan ilmu-ilmu politik bernafas UMNO. UMNO tidak boleh membiarkan generasi muda yang mempunyai semangat politik terlepas begitu sahaja. Cara untuk menarik mereka ini adalah dengan memberi jawatan-jawatan diperingkat cawangan. Biarkan mereka ini mengemukakan idea semasa mesyuarat cawangan. Idea-idea itu perlu dipanjangkan sehingga kep pringkat atasan agar mereka merasa dihargai.

09 July, 2012

Orang Melayu Islam perlu bersatu.

            Pemimpin politik Melayu dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan kaum bukan Melayu. Isu guru bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan kelulusan pengiktirafan 70 kursus di Kolej Tuanku Abdul Rahman. Tuntutan terbaru Dong Zong untuk menyamatarafkan bahasa Mandarin (bahasa Cina) dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Apakah tuntutan ini juga akan diluluskan oleh pemimpin politik berbangsa Melayu?

Tuntutan Dong Zong sama seperti agenda DAP dan beberapa NGO Cina yang lain. Kaum Cina amat bersatu dalam  memartabatkan budaya dan bahasa mereka. Mereka bijak mengambil peluang ketika parti-parti politik Melayu memerlukan undi pengundi kaum Cina. Kaum Cina dalam erti kata sebenar sedang melakukan proses jual mahal. Mereka telah menunjukkan kekuatan bersatu yang mereka ada. Jika mana-mana parti politik tidak mengikut dan bersetuju dengan permintaan mereka, maka mereka akan menolak parti tersebut seperti yang berlaku pada Barisan Nasional dalam beberapa pilihanraya kecil yang lepas.

UMNO sebagai parti yang masih berprinsip untuk mempertahankan kelangsungan kuasa Melayu Islam di Tanah Melayu sudah terlalu banyak bertolak ansur dengan kaum Cina hanya untuk mendapatkan undi. Dalam hal ini, UMNO tidak boleh dipersalahkan kerana bangsa Melayu tidak lagi bersatu di bawah UMNO. Melayu berpecah kepada beberapa kumpulan seperti Melayu UMNO, PAS, PKR, BEBAS, atas pagar, jemaah tablikh dan orang Melayu yang tidak langsung ambil tahu tentang politik.

Melayu dilihat mempunyai pembawaan masing-masing. Tidak bersatu dalam memperkasakan dan mempertahankan hak-hak kaum mereka. Kaum Melayu perlu bersatu seperti mana mereka dapat bersatu dalam saf-saf solat Jumaat. Melayu perlu membelakangi ideologi atau fahaman politik masing-masing demi masa depan anak cucu cicit Melayu itu sendiri.

Pilihanraya yang akan datang adalah masa yang terbaik untuk orang Melayu Islam   memberi undi kepada Barisan Nasional. Walaupun Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang dapat memuaskan hati dan kehendak Melayu, tetapi hanya inilah satu-satunya parti yang masih berprinsip untuk menjaga kedudukan istimewa orang  Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum bukan Melayu.
Jika orang Melayu memberi undi kepada parti PAS dan PKR, mereka sebenarnya membantu agenda Dong Zong dan DAP yang dimartabatkan di Tanah Melayu. Hal ini kerana PAS adalah penyokong DAP, mereka berada di dalam satu pakatan. Secara tidak langsung, kemenangan calon-calon PAS akan menambah bilangan sokongan penubuhan sebuah kerajaan yang dipelopori oleh DAP sama ada di peringkat negeri atau pusat.

          Seperti mana yang telah berlaku di negeri Perak selepas PRU ke-12, Pakatan Rakyat memerintah dan menteri besar Perak pada ketika itu seorang berbangsa Melayu dari PAS. Undang-undang tubuh negeri Perak telah menetapkan bangsa Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi menteri besar. Jika tidak ada undang-undang tubuh ini sudah pasti bangsa Cina daripada DAP akan menjadi menteri besar.
Dalam kerajaan campuran tersebut, tujuh orang exco adalah daripada kaum bukan Melayu, enam orang DAP dan seorang PKR. Exco berbangsa Melayu hanya ada tiga orang iaitu dua orang daripada PKR dan seorang daripada PAS.
Dalam erti kata sebenar suara bukan Melayu lebih mendominasi apabila sesuatu keputusan hendak dibuat di dalam mesyuarat exco. Jika hal ini yang berlaku diperingkat dewan rakyat dalam PRU ke-13 akan datang, maka Pakatan Rakyat akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan tetapi dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Oleh itu, orang Melayu perlu duduk semula memikirkan kemana hala tuju perjuangan bangsa itu. Bilakah Melayu akan bersatu?     