Pemimpin politik Melayu dilihat terlalu
berlembut dengan tuntutan kaum bukan Melayu. Isu guru bahasa Melayu di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan kelulusan pengiktirafan 70 kursus di Kolej Tuanku
Abdul Rahman. Tuntutan terbaru Dong Zong untuk menyamatarafkan bahasa Mandarin
(bahasa Cina) dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Apakah tuntutan
ini juga akan diluluskan oleh pemimpin politik berbangsa Melayu?
Tuntutan Dong Zong sama seperti agenda DAP
dan beberapa NGO Cina yang lain. Kaum Cina amat bersatu dalam memartabatkan budaya dan bahasa mereka. Mereka
bijak mengambil peluang ketika parti-parti politik Melayu memerlukan undi
pengundi kaum Cina. Kaum Cina dalam erti kata sebenar sedang melakukan proses
jual mahal. Mereka telah menunjukkan kekuatan bersatu yang mereka ada. Jika mana-mana
parti politik tidak mengikut dan bersetuju dengan permintaan mereka, maka mereka
akan menolak parti tersebut seperti yang berlaku pada Barisan Nasional dalam
beberapa pilihanraya kecil yang lepas.
UMNO sebagai parti yang masih berprinsip
untuk mempertahankan kelangsungan kuasa Melayu Islam di Tanah Melayu sudah
terlalu banyak bertolak ansur dengan kaum Cina hanya untuk mendapatkan undi. Dalam
hal ini, UMNO tidak boleh dipersalahkan kerana bangsa Melayu tidak lagi bersatu
di bawah UMNO. Melayu berpecah kepada beberapa kumpulan seperti Melayu UMNO,
PAS, PKR, BEBAS, atas pagar, jemaah tablikh dan orang Melayu yang tidak langsung
ambil tahu tentang politik.
Melayu dilihat mempunyai pembawaan
masing-masing. Tidak bersatu dalam memperkasakan dan mempertahankan hak-hak
kaum mereka. Kaum Melayu perlu bersatu seperti mana mereka dapat bersatu dalam
saf-saf solat Jumaat. Melayu perlu membelakangi ideologi atau fahaman politik masing-masing
demi masa depan anak cucu cicit Melayu itu sendiri.
Pilihanraya yang akan datang adalah masa
yang terbaik untuk orang Melayu Islam
memberi undi kepada Barisan Nasional. Walaupun Barisan Nasional bukanlah
sebuah parti yang dapat memuaskan hati dan kehendak Melayu, tetapi hanya inilah
satu-satunya parti yang masih berprinsip untuk menjaga kedudukan istimewa
orang Melayu dan kepentingan sah
kaum-kaum bukan Melayu.
Jika orang Melayu memberi undi kepada parti
PAS dan PKR, mereka sebenarnya membantu agenda Dong Zong dan DAP yang dimartabatkan
di Tanah Melayu. Hal ini kerana PAS adalah penyokong DAP, mereka berada di
dalam satu pakatan. Secara tidak langsung, kemenangan calon-calon PAS akan
menambah bilangan sokongan penubuhan sebuah kerajaan yang dipelopori oleh DAP
sama ada di peringkat negeri atau pusat.
Seperti mana yang telah berlaku di negeri
Perak selepas PRU ke-12, Pakatan Rakyat memerintah dan menteri besar Perak pada
ketika itu seorang berbangsa Melayu dari PAS. Undang-undang tubuh negeri Perak
telah menetapkan bangsa Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi menteri
besar. Jika tidak ada undang-undang tubuh ini sudah pasti bangsa Cina daripada
DAP akan menjadi menteri besar.
Dalam kerajaan campuran tersebut, tujuh
orang exco adalah daripada kaum bukan Melayu, enam orang DAP dan seorang PKR. Exco
berbangsa Melayu hanya ada tiga orang iaitu dua orang daripada PKR dan seorang daripada
PAS.
Dalam erti kata sebenar suara bukan Melayu
lebih mendominasi apabila sesuatu keputusan hendak dibuat di dalam mesyuarat
exco. Jika hal ini yang berlaku diperingkat dewan rakyat dalam PRU ke-13 akan
datang, maka Pakatan Rakyat akan dapat menubuhkan sebuah kerajaan tetapi
dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Oleh itu, orang Melayu perlu duduk semula
memikirkan kemana hala tuju perjuangan bangsa itu. Bilakah Melayu akan bersatu?
No comments:
Post a Comment