25 December, 2009

Mana dia Parti Pakatan Rakyat?


Salam perjuangan, dalam perjuangan yang belum selesai ini terlalu banyak rintangan yang perlu dilalui oleh pejuang-pejuang Melayu Islam. Godaan-godaan nafsu agar pemimpin Melayu Islam tidak ada kesatuan hati dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.

Pemimpin Melayu Islam dari pembangkang dengan cara pemikiran tersendiri. Politik semuanya tidakmustahil. Jika selama ini, PAS yang tebal dengan perjuangan Islamnya tetapi boleh berkawan dengan musuh Islam iaitu DAP. Tetapi yang menghairankan prinsip perjuangan DAP tidak berubah, masih kekal dengan fahaman sosialisnya, masih mahu meneruskan prinsip kesamarataan dengan agenda Malaysian Malaysia.

Tetapi parti PAS pula sanggup mengadaikan pinsip perjuangan mereka. Merelakan agenda perjuangan menegakkan hukum hudud dilenyapkan daripada kamus perjuangan mereka. Mendiamkan pembinaan negara Islam, hanya untuk memenuhi kemahuan Anuar Al-Juburi dan DAP laknatullah.

Janji-janji kumpulan pembangkang ini untuk mewujudkan sebuah parti bagi menunjukkan kesatuan hati antara mereka juga masih menjadi mimpi. Mereka masih tidak mampu untuk bersatu, tetapi menipu rakyat dengan mengatakan mereka mempunyai persefahaman yang jitu.

Penipuan yang maha besar ini tidak lagi boleh dimaafkan. Namun begitu mengapa masih ramai umat Melayu Islam tetap menyokong meraka. Cubalah anda semua berfikir tentang perkara ini.

Sampai bila kita mahu dipermain-mainkan oleh DAP celaka laknat ini?


No comments: