15 April, 2011

Buka lah mata....

1.Buka lah mata...bukalah fikiran anda....anda yang saya maksudkan adalah penyokong DSAI dan penyokong PAS.

2. Banyak perkara, menunjukkan DSAI bukanlah seorang pemimpin yang baik. Beliau dikaitkan dengan pelbagai isu. Isu-isu itu pula sangat bertentangan dengan adat resam kita sebagai bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri.

3. Isu-isu besar seperti kes liwat masih belum selesai di mahkamah dan isu terbaru, video seks juga yang dikaitkan dengan beliau.

4. Pendedahan video seks itu dibuat sendiri oleh orang yang begitu rapat dengan beliau. Bukan ahli UMNO atau bekas ahli UMNO.

5. Hal ini menunjukkan DSAI ada kaitan. berdasarkan hujah2 yang dikeluarkan oleh Datuk Eskay.

6. Adakah orang seperti ini yang anda mahu kan?

7. Jika beliau seorang yang baik, sudah pasti sukar untuk dikaitkan dengan perkara-perkara seperti ini.

8. Mengapa Eskay tidak kaitkan video seks tersebut dengan Dato' Seri Hadi Awang. Hal ini kerana, tidak seinci pun wajah lelaki dalam video tersebut menyerupai DS Hadi Awang.

9. Datin Seri Wan Azizah akui bahawa lelaki dalam video tersebut hampir menyerupaikan DSAI.

10. Fikirkanlah wahai penyokong PAS dan penyokong DSAI...adakah anda tetap terus menyokong DSAI?


No comments: