07 May, 2011

UMNO/BN sudah bersedia hadapi PRU ke-13?

UMNO dan BN sudah bersediakah untuk hadapi, bertanding, berkempen, berperang dan menyusun gerak kerja untuk memenangi PRU ke 13 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang.

PRU ke 13-bukan calang-calang pilihanraya umum. PRU kali ini akan menentukan masa depan UMNO/BN untuk terus menakhoda zaman. Atau kuasa akan hilang dan pihak pembangkang yang tidak ada hala tuju perjuangan meneraju negara ini.

Untuk itu, aku nak cadangkan beberapa perkara untuk memenangi PRU ke -13

Cadangan :-

1. Bubarkan Dewan Rakyat sahaja terlebih dahulu berbandung Dewan Undangan Negeri.

- Sebab kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Rakyat hanya 222 kerusi sahaja.
- Parti yang memperolehi majoriti mudah dan mendapat sokongan dalam dewan
akan diberi mandat sebagai kerajaan.
- Jika BN memperolehi majoriti 2/3 maka BN dapat menubuhkan sebuah kerajaan
yang kukuh untuk menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri di seluruh
Malaysia.

2. Umumkan nama calon lebih awal

- Hal ini membolehkan calon tersebut menyusun strategi untuk berkempen.
- Calon dapat menyesuaikan diri dengan rakyat di kawasan yang ditandingi lebih
awal.
- Tempoh pengundi membuat penilaian terhadap calon tersebut dengan lebih lama,
sebelum sibuk dengan gerak kerja PRU.
- Mengelakkan berlaku boikot oleh individu yang tidak menjadi calon.
- Mengelakkan salah faham bagi bagi individu yang berminat untuk menjadi calon.

3. Tubuhkan kumpulan gerak kerja PRU mengikut kawasan yang ditandingi.

- Supaya kumpulan ini dapat menyusun strategi.
- Supaya mereka ini dapat mengenal pasti kekurangan, kelemahan, peluang dan
kekuatan yang ada dalam sesuatu kawasan.



1 comment:

enjets said...

ape kata kita tolak semua