Dah lama dah...perancangan untuk menamatkan institusi Kesultanan Melayu.
Kaum pembangkang, semakin berani memperlihatkan matlamat dan cita-cita mereka untuk menamatkan dan menghilangkan institusi Kesultanan Melayu di Malaysia.
Keberanian ini terserlah semenjak mereka berjaya menguasai beberapa negeri dan telah berjaya mengurangkan kerusi BN di dewan rakyat.
Matlamat ini dibuat secara halus, apabila mereka mula tidak menghormati beberapa keputusan yang telah dibuat oleh baginda sultan, seperti di negeri Perak dan Selangor.
Di negeri Perak umpamanya, ada antara ADUN DAP yang berbangsa Cina, tidak memakai pakaian rasmi semasa sidang DUN. Hal ini, jelas menunjukkan yang mereka menentang dan tidak menghormati sistem dan adat istiadat yang sedia ada.
Saya melihat pihak yang ketara mencanangkan agar sistem pusaka Melayu ini dihapuskan ialah bangsa Cina dari parti DAP.
Mungkin mereka ini berfahaman komunis. Fahaman komunis jelas menentang institusi kesultanan atau sistem feudal.
Jika dilihat, situasi pihak pembangkang sekarang, DAP mendominasi, maka DAP boleh mengarahkan penjilat-penjilat mereka seperti PAS dan PKR agar menyembunyikan semboyan dan lagu yang sama, maka lahirlah Melayu-melayu seperti Nizar di Perak, Khalid Ibrahim di Selangor, Anuar Ibrahim dan ramai lagi.
Mereka ini jelas menentang beberapa keputusan yang telah dibuat oleh Sultan negeri masing-masing.