Dah lama dah...perancangan untuk menamatkan institusi Kesultanan Melayu.
Kaum pembangkang, semakin berani memperlihatkan matlamat dan cita-cita mereka untuk menamatkan dan menghilangkan institusi Kesultanan Melayu di Malaysia.
Keberanian ini terserlah semenjak mereka berjaya menguasai beberapa negeri dan telah berjaya mengurangkan kerusi BN di dewan rakyat.
Matlamat ini dibuat secara halus, apabila mereka mula tidak menghormati beberapa keputusan yang telah dibuat oleh baginda sultan, seperti di negeri Perak dan Selangor.
Di negeri Perak umpamanya, ada antara ADUN DAP yang berbangsa Cina, tidak memakai pakaian rasmi semasa sidang DUN. Hal ini, jelas menunjukkan yang mereka menentang dan tidak menghormati sistem dan adat istiadat yang sedia ada.
Saya melihat pihak yang ketara mencanangkan agar sistem pusaka Melayu ini dihapuskan ialah bangsa Cina dari parti DAP.
Mungkin mereka ini berfahaman komunis. Fahaman komunis jelas menentang institusi kesultanan atau sistem feudal.
Jika dilihat, situasi pihak pembangkang sekarang, DAP mendominasi, maka DAP boleh mengarahkan penjilat-penjilat mereka seperti PAS dan PKR agar menyembunyikan semboyan dan lagu yang sama, maka lahirlah Melayu-melayu seperti Nizar di Perak, Khalid Ibrahim di Selangor, Anuar Ibrahim dan ramai lagi.
Mereka ini jelas menentang beberapa keputusan yang telah dibuat oleh Sultan negeri masing-masing.
2 comments:
Nuarbraham adalah seorang republikan. Dialah pencetus huruhara dengan gerakan reformasinya dan sekarang dengan bersihnya walaupun dia sendiri kotor.
Puak2 cina apalagi. Inilah masanya untuk menghancurkan Melayu yang lupa diri. Ditambah lagi dengan adanya orang melayu yang malu mengaku diri melayu. Tanya orang2 cina, mahukah mereka mengaku mereka bukan orang cina tapi hanya orang Malaysia ???
saudara .awak ni orang melayu ke? setahu saya orang Melayu adalah orang yang beradab dengan di bawah Islam .Jangan sekali-kali engkau membuat fitnah di atas perkara yang engkau sendiri tidak pasti .Ingatlah yang engkau berada didalam kesesatan yang nyata .Berbaliklah pada agama sebenar ,jangan hanya Islam pada nama sahaja .Ku tahu engkau tidak dapat menerima apa yang kukatakan .Tapi berbaliklah pada Al-Quran dan hadis .Setiap insan tidak lepas dari lakukan kesilapan samada kerajaan mahupun pembangkang .Ingatlah bahawa pihak Illuminati telah merancang beratus-ratus tahun untuk memusnahkan negara di mana pada akhir zaman Islam akan bangkit di timur .Kalau saudara hendak tahu dimana negara tersebut anda berbaliklah pada Al-Quran dan hadis .Cuma satu yang saya pinta ,bersamalah kita saling bermaaf-maafan dan bangkit bersama-sama seluruh orang Melayu untuk menghadapi peperangan yang paling mulia .
Post a Comment