12 October, 2011

HENDAK MENANG ATAU HENDAK KALAH.

Gendang PRU sudah disediakan. Pemukul pun sudah disediakan. Hanya menunggu untuk dipalu sahaja.
Barisan Nasional akan bertanding di semua kerusi, sama ada kerusi negeri atau parlimen. Bn akan ditentang bermati matian oleh pembangkang yang gila mahu merampas Putrajaya.
UMNO yang menjadi tonggak dalam Barisan Nasional sudah bersediakah menghadapi semua ini?
Apa yang dilihat, UMNO sebenarnya belum bersedia. Pemimpin UMNO di peringkat bahagian masih celaru. Mereka masih tidak bersatu untuk sama-sama menyusun jentera pilihanraya. Tidak ada lagi di peringkat bahagian yang aku lihat mempamerkan aktiviti-akviti untuk menghadapi PRU.
PRU kali ini adalah medan menentukan maruah Melayu terus dihormati atau dicaci.
UMNO yang dilihat satu-satunya parti yang dapat mempertahankan maruah Melayu Islam di negara ini dilihat masih meraba-raba di dalam kegelapan. Mencari satu titik pertemuan di dalam gelap.
Titik itu ada, namun masih belum dijumpai, sampai bila, bilakah waktunya UMNO di peringkat bahagian mahu duduk semeja mencari formula bagaimana hendak menyatukan ahli-ahli, meramaikan ahli-ahli, menyusun strategi memenangi PRU-13 dan seterusnya mengekalkan undi rakyat berbilang kaum kepada BN.
Pihak pembangkang yang sebenarnya celaru dan busuk. Mereka tidak kuat dan amat lemah. Namun begitu, UMNO dan parti-parti kompenun dalam BN tidak mengambil peluang untuk memberi tahu kepada rakyat tentang hal ini.
Sebaliknya, yang membantu UMNO dan kompenan BN adalah NGO dan badan-badan persendirian yang kerap melakukan aktiviti untuk menyedarkan serta mengukuhkan perpaduan rakyat.

No comments: