20 November, 2011

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.

Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.

Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.

Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.

Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?

DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?

DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?

DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?

DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.

Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?

DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?

Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?

Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?

DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.

Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

14 November, 2011

KONSEP AL-WASATIYYAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Al-Wasatiyyah adalah istilah Arab yang mempunyai beberapa makna. Antaranya jalan tengah, pertengahan dan bersederhana. Al-Wasatiyyah juga adalah sifat adil. Adil yang dimaksudkan, meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya atau memberikan sesuatu yang berhak kepada pemiliknya.

Pada pendapat saya, al-Wasatiyyah perlu dilihat sebagai satu corak hidup yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Keseimbangan ini perlu berteraskan perlembagaan persekutuan.

Dalam erti kata lain, umat Islam perlu dilihat sebagai manusia yang sederhana. Tetapi masih mempunyai daya saing yang tinggi. Mereka perlu dilihat, tidak keterlaluan dan melampau. Mereka perlu mencuba yang terbaik dalam kehidupan dan perbuatan.

Dalam kata mudah, seseorang itu tidak boleh keterlaluan dalam mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia.

Umat Islam perlu dilihat sebagai umat yang tahu bersyukur nikmat. Contohnya jika seseorang itu kaya-raya, hartawan dan juga jutawan. Beliau tidak boleh meninggalkan individu-individu yang kurang berkemampuan. Mereka ini tidak boleh dilihat sebagai manusia yang hanyut oleh materialisme.

Umat Islam akan lemah dan rugi apabila memiliki sikap fanatik dan taksub. Contohnya jika kita terlalu taksub kepada satu-satu pemimpin, maka kita akan mengiayakan apa sahaja perkara yang dilakukan. Sedangkan perkara tersebut berlawanan dengan prinsip hidup sebagai seorang muslim.

Begitu juga, jika seorang jutawan itu terlalu fanatik dengan kekayaan wang ringgit dan hartanya. Sudah pasti beliau tidak akan membantu simiskin. Zakat tidak dibayar, wakaf dan sedekah jauh sekali. Maka hal ini akan merosakkan masyarakat.

Sistem kapitalisme menyatakan kekayaan adalah hak mutlak individu, manakala sosialisme pula menyatakan kekayaan adalah hak sama rata. Tetapi, dalam konsep al-Wasatiyyah, Islam menekankan harta kekayaan adalah hak milik Allah. Manusia hanya sebagai khalifah, diminta berusaha mencari rezeki dan kekayaan berlandaskan prinsip Islam. Manusia sebagai pemegang amanah untuk menggunakannya harta ke jalan yang baik dan perlu sahaja. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan ibadah zakat, sedekah, wakaf dan seumpanya. Semua untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyeimbangkan dengan aktiviti hariannya. Hal ini, bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Perkara ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :

Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim

Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang

Melalui gagasan 1Malaysia. Al Wasatiyyah boleh dipraktikkan untuk semua kaum. Mereka perlu membudayakan perpaduan. Hal ini kerana perpaduan adalah kompenan-kompenan asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan perlu disaluti oleh nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi amalan dan cara hidup rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak boleh membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Tetapi perlu memahami konsep penerimaan yang terdapat dalam gagasan 1Malaysia. Jika konsep ini diterima, maka mudah bagi kita mengerakkan kerja-kerja membangunkan Negara ini dengan lebih baik untuk mencapai wawasan 2020.

10 November, 2011

Pembangkang main taik.

Puak pembangkang DAP, PAS dan PKR sengaja tak mau buat permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti. Puak ni sembang je kuat, tapi takut nak bersatu, jika hal ini tak dapat diselesaikan, bagaimana mungkin mereka ini hendak bersatu memerintah negara?

UTUSAN: Benarkah dakwaan pakatan pembangkang bahawa ROS sengaja tidak mahu mendaftarkan ‘Pakatan Rakyat’ kerana takut mereka akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar Barisan Nasional (BN)?

ABDUL RAHMAN: Realitinya ke arah sistem dua parti ini bermakna BN dianggotai 14 parti dan pakatan pembangkang disertai tiga parti iaitu DAP, PKR dan Pas. Cuma pembangkang di negara ini belum buat sebarang pendirian kepada sistem dua parti ini.

Sistem ini ada baik dan buruknya. Kalau bercakap tentang sistem ini, ia hanya ada di Amerika Syarikat iaitu Demokrat atau Republikan. Kalau pergi ke United Kingdom, Singapura atau Indonesia pun tidak ada sistem ini. Yang ada, hanyalah banyak parti dan buat gabungan semasa berlangsungnya pilihan raya sahaja.

Pilihan raya seterusnya, mereka buat gabungan lain pula. Ramai sarjana politik kata demokrasi masih baru di Malaysia. Dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula kata pakatan perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.

Ini kerana mereka selalu dilihat melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama berhubung isu penggunaan logo. Logo parti yang tidak bertanding dilarang dipasang atau digunakan untuk berkempen kerana ia menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pembangkang kata terdapat muslihat politik apabila ROS enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka menjadi satu parti.

Mereka ini (pakatan pembangkang) tidak bersungguh-sungguh sangat pun ke arah itu (gabungan). Yang mereka kata Datuk Zaid Ibrahim (bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR) hantar permohonan tu tidak ada apa-apa pun.

Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan.

Cuma kita akui, ‘buruknya ROS’ sebab kita tak nasihatkan dia (pakatan pembangkang) dalam keadaan dia tak faham bahawa apabila Datuk Zaid keluar sahaja, kedudukan permohonan itu sudah menjadi tiga kedudukan.

Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.

Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkang realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi.

Kepada pakatan pembangkang ini ialah semuanya buruk ROS sebab tak luluskan permohonan mereka namun hakikatnya Saifuddin, Dr. Hatta dan Anthony masih bicarakan berkisar permohonannya yang dahulu.

Agaknya motif apa pembangkang berbuat begitu?

Dia dok bising sebab saya tak luluskan. Yang saya pula tak luluskan sebab tidak ada apa yang saya nak luluskan sebab pemohon itu sudah tidak ada dalam PKR. Mereka juga kata saya selalu main politik sebab kononnya dengan mudah pula luluskan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuai Datuk Zaid. KITA ini cuma ditukar nama daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan bukannya satu parti baru.

Tetapi Saifuddin mendakwa mereka sudah lantik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar untuk teruskan usaha Datuk Zaid itu, benarkah?

Mereka ada dakwa bahawa Datuk Kamaruddin telah datang dan kononnya saya tak mahu terima. Eh! takkanlah seorang Ahli Parlimen datang saya boleh tolak macam itu sahaja. Ini cerita baru yang ditimbulkan Saifuddin. Saya sudah check dengan jabatan saya, memang tak pernah Datuk Kamaruddin datang untuk hantar permohonan yang baru.

Andai kata ada permohonan daripada pakatan pembangkang untuk bentuk gabungan seperti BN, boleh dibenarkan?

Kalau dengan gabungan tiga parti sahaja, ROS boleh luluskan. Malah, kalau nak buat parti asing-asing seperti sekarang pun tak ada masalah. PKR dengan gabungan tujuh ahli pun boleh dibentuk, inikan pula DAP, PKR dan Pas nak bentuk gabungan, silakan.

Pada pandangan Datuk kenapa mereka masih tak mahu bentuk gabungan?

Sebenarnya mereka ada masalah pada peringkat akar umbi. Masih bercakaran sesama sendiri. Kalau kita luluskan pun, mereka akan bermasalah.

Itu sebabnya mereka ‘main kat luar’ sahaja. Tambah lagi, permohonan yang pertama pun ‘dah ghaib’. Pas ke, DAP ke, PKR ke...mereka ini memang tak serius pun.

Ada kemungkinan juga sebab pembangkang di Sabah dan Sarawak tak mahu sertai mereka?

Ikutkan... di sana pun tak hebat mana pun. Contohnya parti SUPP tidak sehebat mana. Yang hebat pun katakanlah di Sarawak iaitu SNAP, tapi SNAP pun tidak boleh buat apa pun sebab sudah tujuh tahun naik turun mahkamah. Sekarang pun masih mencabar keputusan ROS.

Proses itu masih berlangsung di mahkamah dan sudah masuk tujuh tahun, tak boleh ke mana lagi. Nanti mati macam itu sahajalah. Mereka tak mahu buat parti baru tapi nak cabar di mahkamah.

Jadi, macam mana ROS nak tamatkan polemik pembangkang ini?

Kalau betul-betul berani, kemukakanlah permohonan. Kenapa nak bising-bising di luar. Saya sudah check dengan staf saya, memang Datuk Kamaruddin tak pernah datang ke ROS.

Cuma, saya persoalkan di sini, mereka (pembangkang) ini ada ramai bijak pandai dari kalangan peguam. ‘Bergasak’ sana sini dalam mahkamah. Tapi mengapa tidak buat apa-apa. Seperti sidang akhbar pada 3 November lepas, janganlah buat-buat tak faham.

Pesan saya kepada mereka walaupun politik ini isu nak dapatkan kuasa tapi janganlah kita lupa perkara-perkara asas. Ini tidak! untuk kita dapatkan kuasa, atas nama kuasa, kita bohong orang. Tak bolehlah macam itu

Sumber Utusan Malaysia 10 November 2011

03 November, 2011

Melayu akan hilang kerja.

Melayu akan hilang kerja dan menganggur jika DAP, PAS, PKR perintah Malaysia...DAP kata depa nak buang kakitangan awam setiap tahun, nak kurangkan pekerja awam.

Rujuk : Sinchew daily bertarikh 1/11/2011

Jika ini berlaku siapa yang rugi?

Bangsa Melayu dan keluarga mereka....sebab yang jadi kakitangan awam kebanyakan bangsa Melayu.

Pelajar Melayu, lulusan universiti tempatan atau luar nagara jika tak ada kerja, akan memohon kerja dengan kerajaan.

Contohnya zaman Pak Lah diwujudkan J-QAF untuk membolehkan pelajar lulusan bidang agama ada kerja.

Contoh lagi, jika tak ada kerja depa nak jadi cikgu, depa mohon KPLI.

Kerajaan BN telah banyak membantu bangsa Melayu mendapatkan kerja di sektor awam. Supaya bangsa Melayu ada kerja.


Tetapi puak jahat ni, nak menafikan hak keistimewaan Melayu (Perkara 153) dalam perlembagaan yang memperuntukkan jawatan di sektor awam kepada bangsa Melayu.

DAP adalah parti yang tidak mahu melihat bangsa Melayu berjaya dan kaya.

Tetapi kenapa masih ada bangsa Melayu yang jadi anjing DAP ni.


02 November, 2011

Sexuality Merdeka 2011

Program Sexuality Merdeka 2011 akan diadakan pada 9 November 2011 ini. Program ini akan mempromosikan budaya Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender dan Intersex.
Program ini mendapat sokongan Amnesty International dan Bar Council anda boleh rujuk www.seksualitimerdeka.org/ .
Marilah kita sama-sama menentang program ini. UMNO dan PAS perlu bersama-sama bangkit menyerang dan menentang pihak ini.
Kerana mereka ini membawa anasir liberlisme dan pluralisme.
Jangan kita berpecah lagi. Ini adalah usaha dakwah yang perlu dilakukan bersama-sama atas nama agama untuk menentang anasir jahat yang sengaja mahu merosakkan akidah umat Islam di Malaysia.