14 November, 2011

KONSEP AL-WASATIYYAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Al-Wasatiyyah adalah istilah Arab yang mempunyai beberapa makna. Antaranya jalan tengah, pertengahan dan bersederhana. Al-Wasatiyyah juga adalah sifat adil. Adil yang dimaksudkan, meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya atau memberikan sesuatu yang berhak kepada pemiliknya.

Pada pendapat saya, al-Wasatiyyah perlu dilihat sebagai satu corak hidup yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Keseimbangan ini perlu berteraskan perlembagaan persekutuan.

Dalam erti kata lain, umat Islam perlu dilihat sebagai manusia yang sederhana. Tetapi masih mempunyai daya saing yang tinggi. Mereka perlu dilihat, tidak keterlaluan dan melampau. Mereka perlu mencuba yang terbaik dalam kehidupan dan perbuatan.

Dalam kata mudah, seseorang itu tidak boleh keterlaluan dalam mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia.

Umat Islam perlu dilihat sebagai umat yang tahu bersyukur nikmat. Contohnya jika seseorang itu kaya-raya, hartawan dan juga jutawan. Beliau tidak boleh meninggalkan individu-individu yang kurang berkemampuan. Mereka ini tidak boleh dilihat sebagai manusia yang hanyut oleh materialisme.

Umat Islam akan lemah dan rugi apabila memiliki sikap fanatik dan taksub. Contohnya jika kita terlalu taksub kepada satu-satu pemimpin, maka kita akan mengiayakan apa sahaja perkara yang dilakukan. Sedangkan perkara tersebut berlawanan dengan prinsip hidup sebagai seorang muslim.

Begitu juga, jika seorang jutawan itu terlalu fanatik dengan kekayaan wang ringgit dan hartanya. Sudah pasti beliau tidak akan membantu simiskin. Zakat tidak dibayar, wakaf dan sedekah jauh sekali. Maka hal ini akan merosakkan masyarakat.

Sistem kapitalisme menyatakan kekayaan adalah hak mutlak individu, manakala sosialisme pula menyatakan kekayaan adalah hak sama rata. Tetapi, dalam konsep al-Wasatiyyah, Islam menekankan harta kekayaan adalah hak milik Allah. Manusia hanya sebagai khalifah, diminta berusaha mencari rezeki dan kekayaan berlandaskan prinsip Islam. Manusia sebagai pemegang amanah untuk menggunakannya harta ke jalan yang baik dan perlu sahaja. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan ibadah zakat, sedekah, wakaf dan seumpanya. Semua untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyeimbangkan dengan aktiviti hariannya. Hal ini, bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Perkara ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :

Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim

Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang

Melalui gagasan 1Malaysia. Al Wasatiyyah boleh dipraktikkan untuk semua kaum. Mereka perlu membudayakan perpaduan. Hal ini kerana perpaduan adalah kompenan-kompenan asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan perlu disaluti oleh nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi amalan dan cara hidup rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak boleh membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Tetapi perlu memahami konsep penerimaan yang terdapat dalam gagasan 1Malaysia. Jika konsep ini diterima, maka mudah bagi kita mengerakkan kerja-kerja membangunkan Negara ini dengan lebih baik untuk mencapai wawasan 2020.

No comments: