26 March, 2012

Home Guard Pencen Pun Dapat...BARISAN NASIONAL MENGHARGAI ANADA...

Special Constable, Home guard dan Jungle Guard akan dapat wang Tabung Amanah Warisan Polis berjumlah RM 218 juta.
Rujuk berita ini...
Kerajaan pastikan pesara polis dapat RM218 juta.
KUALA TERENGGANU 25 Mac - Kerajaan akan memastikan kesemua 72,890 bekas polis yang menyertai pasukan keselamatan Special Constable (SC), Home Guard dan Jungle Squad di zaman darurat menerima segera wang Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP 6A) berjumlah RM218 juta seperti yang dijanjikan.Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, usaha pro-aktif dan berterusan sedang giat dilakukan termasuk berkunjung dari rumah ke rumah di seluruh negara agar agihan itu dibuat. Bagi tujuan itu jelasnya, pelbagai agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) telah digerakkan untuk mengesan mereka.“Pengagihan wang ini akan dibuat secepat mungkin dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Bekas Polis di Kementerian Dalam Negeri, PDRM, JPAM dan Rela kepada para penerima termasuk dengan pergi ke rumah-rumah.
Sumber Utusan Online

No comments: