06 October, 2009

Bencana Di Indonesia dan 'Waadat' Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun


(Gambar dipetik daripada muka depan akhbar utusan 5 Okt 2009)

Negara Indonesia di timpa bencana lagi. Kenapa dan mengapa? Kali ini di Padang Sumatera. Apabila mengikuti beberapa peristiwa yang berlaku ke atas kepulauan Indonesia, saya teringat pada buku Sejarah Melayu. Dalam buku ini ada menceritakan kisah di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun telah melakukan satu perjanjian atau waadat.

"Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan katakata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.'

Maka titah Sang Sapurba, 'Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. 'Maka sembah Dernang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?'

Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak eucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.'

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, 'Baikiah, kabullah hamba akan waadat itu.'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib scorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya."

Berdasarkan kisah yang terdapat dalam Sejarah Melayu ini saya nak kait dengan hilangnya kuasa raja-raja atau kesultanan di Indonesia dan digantikan dengan sistem republik oleh rakyat.

Saya simpulkan, bencana yang berlaku kepada Indonesia adalah kerana rakyat Indonesia telah menderhaka kepada Raja mereka dan telah melanggar perjanjian tersebut.

Adakah ini perkara benar atau hanya hanya satu kebetulan?

1 comment:

redbox said...

salam..

sy rasa cam mmg benar! nak buat mcmana diorg sendiri yg langgar sumpah..tgk kat brunei..ok je cam sini lah lebih kurang