1. NO. 3 JALAN TODAK - Masa depan bangsa Melayu Islam di negara ini akan gelap jika kurangnya golongan profesional Melayu Islam terutamanya dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
2. Senario ini akan berlaku akibat daripada berkurangnya pelajar Melayu dalam bidang kritikal di kabanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semenjak 10 tahun lalu.
3. Jurusan yang sangat kurang pelajar Melayu Islam ialah farmasi, kejuruteraan, sains, perundangan, perubatan dan perakaunan.
4. Jika jumlah pelajar Melayu Islam dalam bidang-bidang kritikal ini berkurang, maka kesannya dalam jangka masa panjang amat buruk kepada bangsa Melayu Islam sendiri.
5. Sejarah akan berulang seperti tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an. Yang mana pada masa itu amat berkurang doktor, peguam dari bangsa Melayu Islam. Sehinggakan perempuan Melayu bersalin, bayi disambut oleh doktor lelaki bukan Melayu.
6. Masaalah ini perlu diambil berat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tidak dinafikan bilangan pelajar Melayu meningkat di IPTA, tetapi kebanyakannya tertumpu kepada bidang sains sosial dan kemanusiaan.
7. Selain itu, ibubapa berbangsa Melayu perlu memberi galakkan kepada anak-anak agar menceburi bidang kritikal ini.
8. Bidang-bidang kritikal ini adalah nadi kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment