18 May, 2012
PAS DAP, DAP PAS...
Bertuah menjadi orang bukan Melayu di Malaysia...Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, gambar di bawah...
mengumumkan calon bukan Islam untuk mewakili PAS dalam PRU-13...
Menurutnya lagi, PAS akan bagi 2 kerusi DUN di Johor dan satu kerusi Parlimen di Sarawak...
berdasarkan tuntutan awal Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah setiap kerusi PAS di setiap negeri perlu diberi kepada calon bukan Islam....
Bertuah sungguh jadi orang bukan Melayu di Malaysia. Tidak boleh jadi calon untuk mewakili parti kompenun dalam BN, depa boleh masuk DAP atau PKR untuk jadi calon pilihanraya. Tetapi jika semua itu juga tak boleh depa tubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, maka boleh juga jadi calon...
Apa sudah jadi kepada PAS???
PAS bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam...
Jika Hu Pang Chaw jadi ahli parlimen PAS, adakah beliau akan memberi sokongan kepada dasar2 Islam yang akan di bawa oleh PAS???
Jika PAS nak laksanakan hudud dan negara Islam, adakah orang ini akan menyokong.
Jika beliau berkempen, adakah orang PAS akan panggil dia ustaz Hu Pang???
Adakah beliau akan masuk syorga kerana beliau menyokong PAS, seperti kata Nik Aziz, sesiapa sokong perjuangan PAS akan dijanjikan syorga????
PAS sudah lari dari perjuangan asal...lari sangat jauh...
PAS perlu kembali kelandasan asal....
08 May, 2012
JIHAD MELAYU DEMI ALLAH
04 May, 2012
JANGAN UNDI PAS, PKR DAN DAP
2. Malaysia Malaysian.
3. Tertubuhnya sebuah negara Republic Malaysia.
4. Menghilangkan Perkara 153 (Kedudukan istimewa orang Melayu)
5. Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia.
6. Membuang orang Melayu dari perkhidmatan awam.
7. Membuang Majlis Raja-raja Melayu.
15 April, 2012
222 ahli Dewan Rakyat Malaysia
Rakyat sudah mula rimas kerana setiap kali bangun pagi dok pikir pasal bila nak PRU?
Oleh itu kerajaan yang sedia ada perlu sedar tentang hal ini. Jika dibiarkan lama akan memberi kesan buruk kepada kerajaan kerana melengah-lengahkan perkara yang ditunggu oleh rakyat.
Tetapi yang aku dok pikir lani bukan sangat tentang bila PRU...yang aku dok pikir ialah bagaimana PRU itu akan berlaku.
Buat masa sekarang, calon bagi kerusi parlimen ialah sebanyak 222. Barisan Nasional sudah pasti akan meletakkan calon di semua kerusi parlimen yang dipertandingan di seluruh negara.
Tetapi tidak pada pembangkang, contohnya PAS hanya akan bertanding di 60 kerusi parlimen manakala DAP dan PKR aku tidak pasti.
....akan bersambung
05 April, 2012
JANGAN LANGGAR SEMPADAN AGAMA...

Agama Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun keempat belas. Pengiktirafan Islam sebagai agama negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), memaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di Negeri-negeri. Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.
Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah. Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam. Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain; tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam.
Umat Islam di bumi ini, majoritinya diasuh untuk memahami erti kemuliaan agama dan menghargai kesucian Tuhan. Kerana itu, umat Islam di negara ini, pada lazimnya, menghindarkan diri dari membuat ulasan, teguran atau komentar secara terbuka terhadap amalan atau pegangan kepercayaan agama lain, jauh sekali dari mahu campur tangan atau mengulas secara terbuka terhadap amalan, ritual, acara dan hukum hakam agama lain.
Walaupun memegang amanah sebagai Ketua Agama Islam, Raja Pemerintah masih merujuk kepada ulama dalam perkara berkaitan Islam. Kerana itu, dalam tradisi Kesultanan Perak, seorang ulama dilantik sebagai Orang Besar Istana, bergelar Imam Paduka Tuan untuk menasihatkan Raja Pemerintah tentang perkara-perkara berkaitan Islam. Hari ini, Raja Pemerintah turut merujuk kepada mufti kerajaan, dan mufti kerajaan dalam menyembahkan nasihat dalam perkara-perkara berkaitan hukum, di bantu oleh barisan ulama melalui forum mesyuwarah Jawatankuasa Fatwa.
Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar - malah ada di kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat - memperkecilkan akidah umat Islam. Perkara menyentuh syariat - menyentuh akidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam, kini dipersoalkan - dipertikaikan - diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.
Perbuatan tersebut, nyata melanggar sempadan, melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain - tatasusila tidak memperkecilkan agama lain - tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga ayat enam Surah Al Kaafiruun:
"Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku."
Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan - secara terbuka, dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca - mencetuskan berlakunya tragedi buruk. Oleh itu perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas, dicegah dari dibenarkan berlaku
Sumber : Utusan Malaysia
30 March, 2012
Nik Aziz berkata...
26 March, 2012
Home Guard Pencen Pun Dapat...BARISAN NASIONAL MENGHARGAI ANADA...
22 March, 2012
Cina Bangkit Melalui Persatuan
Isu pertama :
Merayu supaya kerajaan mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina swasta atai Tong Koa.
Sijil Tong Koa mempunyai dua kategori iaitu peringkat rendah yang setaraf dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peringkat atasan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM.
Isu Kedua :
Meminta Kerajaan menukar guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan guru bahasa Melayu di sekolah tersebut perlu sekurang-kurangnya memiliki keputusan lulus matapelajaran bahasa Mandarin peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kenapa Dong Zong membangkitkan isu ini? adakah hal ini bertujuan memberi tekanan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional?
Dalam kata mudah, kalau BN nak undi orang Cina, Barisan Nasional perlu ikut apa kata Dong Zong.
Kenapa Dong Zong membangkitkan isu ini? adakah kerana Dong Zong melihat parti-parti politik yang mahu menang dalam PRU-13 perlu mengikut telunjuk Cina, kerana pengundi Cina boleh menentu kemenangan sesebuah parti?
15 March, 2012
14 March, 2012
PENYENARAIAN FELDA KE BSKL
Puak jahat yang menjadi penyokong tegar DAP, memutar belitkan isu ini agar rakyat membenci Barisan Nasional (BN).
Projek ini adalah salah satu langkah transformasi kerajaan.
Felda berperanan sebagai agensi pembangunan, pelaksana dasar dan transformasi masyarakat desa dan luar Bandar.
Terdapat 112,635 peneroka. 317 tanah rancangan, 54 kawasan Parlimen. Warga FELDA 1,600,000.00 juta orang.
Felda Global Ventures Holdings (FGVH) = adalah gabungan FGV (Felda Global Ventures) &
FHB (felda Holding Bhd)
Apabila FGVH disenaraikan di BSKL peneroka akan memperolehi 35% saham FGVH.
Berasaskan trend pasaran MSM Holdings, dijangka FGVH selepas tersenarai di BSKL akan mempunyai nilai pasaran berjumlah RM 20,000,000,000.00 (RM 20 bilion ).
Hal ini akan meletakkan syarikat ini sebagai konglomerat terkemuka di dunia.
Isu pemilikan tanah 10 ekar yang diperuntukkan kepada setiap peneroka tidak terlibat langsung.
tu
Kalau macam ni tarak untung lagi ke orang FELDA...siapa yang duduk kat FELDA tu?
20 February, 2012
Untuk Siapa Imbuhan Ini???
1. Tok Imam yang berjumlah 4,254 orang seluruh negara dapat kenaikan elaun dari RM 450.00 kepada RM 750.00 sebulan.
2. Guru KAFA mendapat kenaikan elaun dari RM 500.00 kepada RM 800.00
3. Elaun guru takmir dinaikkan menjadi RM 100.00 bagi setiap slot yang diajar.
4. Johan Qori dan Qoriah tilawah antarabangsa mendapat imbuhan setiap bulan RM 2,000.00 sepanjang hayat mereka.
5. Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat setiap tahun RM 95 juta.
18 February, 2012
Mainan Anuar adalah "kata-kata"
03 February, 2012
Melayu
Melayu yang sokong DAP, adalah Melayu yang sokong agenda Malaysian Malaysia.
Malaysian Malaysia berteraskan kesamarataan bukan adil....
Jika tidak adil kita jadi zalim...contohnya bilangan yang ramai diberi sama banyak seperti bilangan yang sedikit...
Jika agenda DAP disokong oleh Melayu bermakna Melayu mahu menghilangkan hak keistimewaan Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Secara tidak langsung Melayu sendiri mahu menghilangkan identitinya sendiri.
11 January, 2012
Cerita politik 2012
Pada aku, keputusan hakim telah diputuskan...3 tahun kita sama-sama tunggu dengan penuh sabar. Kita perlu terima keputusan itu secara rasional.
Yang penting sekarang, orang UMNO dan BN perlu terus bekerja dengan lebih kuat dan bersemangat.
Jadikan PRU-13 ini sebagai satu medan perjuangan yang cukup ikhlas demi ALLAH, untuk terus menegakkan agama ALLAH dan memperkasakan umat Islam.
Semoga Islam terus subur di Malaysia di bawah pemerintah Barisan kepimpinan Melayu Islam (UMNO) dan disokong oleh parti-parti komponen BN yang lain.
Yang sebenarnya kita tidak perlu takut dengan Anuar, PKR, DAP dan PAS. Mereka ini adalah kumpulan yang tidak padu, mereka hanya mempergunakan isu untuk hidup.
Banyak kesalahan yang mereka lakukan, kita perlu prihatin dan pandai mengolah isu agar dapat digunakan untuk menyerang mereka kembali.
Ramai rakyat yang tidak suka kumpulan ini. Rakyat sedar akan kesalahan dan ketidakkemampuan kumpulan ini memerintah negara sebaik UMNO/BN.
Tetapi rakyat memilih mereka pada PRU-12 lalu kerana marah kepada UMNO/BN.
UMNO/BN perlu berubah, perlu pandai ambil hati rakyat, perlu tunjukkan yang UMNO/BN sudah sedar
09 January, 2012
DAP dan PAS sedih gila babi anuar tak p penjara
Aku tabik kat saiful, dalam keadaan macam ini pun dia tetap redho, jika anuar didapati bersalah pagi tadi adakah anuar akan mengeluarkan kenyataan seperti Saiful?
Jika anuar didapati bersalah apa yang akan berlaku? Rusuhan? Pergaduhan? aku pun tak pasti sebab benda tu tak berlaku. Anuar dikira menang maka penyokong dan puak pembangkang pun terkedu.
Aku percaya dalam hati pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP dan PAS menangis gila babi kerana sedih tahap gaban bila anuar didapati tidak bersalah dan bebas tanpa dikenakan apa-apa hukuman..
Aku percaya mereka ini kalau boleh mahu anuar dipenjarakan, supaya mereka boleh buat ceramah satu Malaysia mengatakan BN, Najib dan UMNO menyebabkan anuar disumbat dalam penjara.
Bila mereka boleh buat ceramah isu anuar ni banyaklah duit jihad dapat dikumpulkan dalam setiap ceramah, banyaklah isu yang dapat diperkatakan tentang BN, Najib dan UMNO.
08 January, 2012
Pembukaan cerita politik 2012
20 November, 2011
DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.
MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?
DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.
Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?
DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.
Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?
DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.
Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?
DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.
Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?
DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.
Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?
DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.
Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?
DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.
Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?
DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.
Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?
DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.
Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?
DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.
Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?
DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?
Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?
Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?
DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.
Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?
DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.
Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?
DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.
14 November, 2011
KONSEP AL-WASATIYYAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA
Al-Wasatiyyah adalah istilah Arab yang mempunyai beberapa makna. Antaranya jalan tengah, pertengahan dan bersederhana. Al-Wasatiyyah juga adalah sifat adil. Adil yang dimaksudkan, meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya atau memberikan sesuatu yang berhak kepada pemiliknya.
Pada pendapat saya, al-Wasatiyyah perlu dilihat sebagai satu corak hidup yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Keseimbangan ini perlu berteraskan perlembagaan persekutuan.
Dalam erti kata lain, umat Islam perlu dilihat sebagai manusia yang sederhana. Tetapi masih mempunyai daya saing yang tinggi. Mereka perlu dilihat, tidak keterlaluan dan melampau. Mereka perlu mencuba yang terbaik dalam kehidupan dan perbuatan.
Dalam kata mudah, seseorang itu tidak boleh keterlaluan dalam mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia.
Umat Islam perlu dilihat sebagai umat yang tahu bersyukur nikmat. Contohnya jika seseorang itu kaya-raya, hartawan dan juga jutawan. Beliau tidak boleh meninggalkan individu-individu yang kurang berkemampuan. Mereka ini tidak boleh dilihat sebagai manusia yang hanyut oleh materialisme.
Umat Islam akan lemah dan rugi apabila memiliki sikap fanatik dan taksub. Contohnya jika kita terlalu taksub kepada satu-satu pemimpin, maka kita akan mengiayakan apa sahaja perkara yang dilakukan. Sedangkan perkara tersebut berlawanan dengan prinsip hidup sebagai seorang muslim.
Begitu juga, jika seorang jutawan itu terlalu fanatik dengan kekayaan wang ringgit dan hartanya. Sudah pasti beliau tidak akan membantu simiskin. Zakat tidak dibayar, wakaf dan sedekah jauh sekali. Maka hal ini akan merosakkan masyarakat.
Sistem kapitalisme menyatakan kekayaan adalah hak mutlak individu, manakala sosialisme pula menyatakan kekayaan adalah hak sama rata. Tetapi, dalam konsep al-Wasatiyyah, Islam menekankan harta kekayaan adalah hak milik Allah. Manusia hanya sebagai khalifah, diminta berusaha mencari rezeki dan kekayaan berlandaskan prinsip Islam. Manusia sebagai pemegang amanah untuk menggunakannya harta ke jalan yang baik dan perlu sahaja. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan ibadah zakat, sedekah, wakaf dan seumpanya. Semua untuk kebahagian dunia dan akhirat.
Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyeimbangkan dengan aktiviti hariannya. Hal ini, bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Perkara ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :
“Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim
Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang
Melalui gagasan 1Malaysia. Al Wasatiyyah boleh dipraktikkan untuk semua kaum. Mereka perlu membudayakan perpaduan. Hal ini kerana perpaduan adalah kompenan-kompenan asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan perlu disaluti oleh nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi amalan dan cara hidup rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia tidak boleh membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Tetapi perlu memahami konsep penerimaan yang terdapat dalam gagasan 1Malaysia. Jika konsep ini diterima, maka mudah bagi kita mengerakkan kerja-kerja membangunkan Negara ini dengan lebih baik untuk mencapai wawasan 2020.

