20 July, 2010

UMNO TIDAK PERLU BERSATU DENGAN PAS

Jika dilihat dari sudut sejarah. PAS adalah sebuah parti serpihan UMNO seperti S46 dan PKR.
Buat masa sekarang, isu pengabungan UMNO / PAS bergema lagi.
Pada pendapat saya tidak perlu pengabungan ini. Biarlah PAS dengan gaya hidup sebagai penjilat ludah sendiri.
UMNO perlu terus menakhoda perjuangan yang ada.
Tetapi UMNO perlu pulih daripada sakit yang tenat. Untuk pulih dan teruskan perjuangan UMNO perlu mencari ubat untuk menyembuhkan sakit yang tenat ini.
Disini tidak perlu saya perjelaskan apa yang dikatakan sakit tenat itu. Anda pembaca yang bijak sana boleh berfikir apa penyakit UMNO sekarang.
Apabila UMNO pulih dari sakit, orang Melayu tanpa mengira parti akan memberi undi kepada BN.
Walaupun Melayu itu adalah ahli PAS seumur hidup, mereka akan memberi undi kepada BN yang dinakhodai oleh UMNO.
Oleh itu, isu pengabungan UMNO / PAS saya tidak setuju sama sekali.
UMNO perlu bangkit dari terus rebah.
* cadangan saya jika nak pulih dari sakit...adakan pertandingan UMNO sebelum PRU ke 13.

09 July, 2010

Buang Nik Aziz, PAS UMNO bersatu....

Bangsa Melayu perlu bersatu.

Jika tidak bangsa Melayu akan hilang kuasa politik di negara ini.

Apabila kuasa politik tidak lagi dipegang oleh bangsa Melayu, bangsa Melayu akan dijajah semula.

Apabila dijajah semula kehidupan bangsa Melayu akan seperti sebelum merdeka.

Bangsa Melayu adalah majoriti di negara ini, namun kerana fahaman politik yang berbeza mereka berpecah. Masing2 mempercayai ideologi masing2.

Dalam hal ini, pemimpin setiap parti politik Melayu perlu memainkan peranan agar dapat merapatkan kembali kesatuan bangsa Melayu.

Namun, kesatuan bangsa ini tidak akan berlaku jika masih ada pemimpin seperti Nik Aziz yang sering mengeluarkan fatwa orang lain sesat.