25 February, 2010

Parti Islam Semalaysia Parit Buntar Celaru, UMNO buat tak tahu...

UMNO Parit Buntar perlu cepat mengambil peluang kelemahan PAS di Parit Buntar. Tetapi sayangnya pihak UMNO Parit Buntar seperti buat tak tahu...

PAS di Parit Buntar pegang dua kerusi iaitu Parlimen (Mujahid ) dan DUN Titi Serong (Lim). Mujahid dan Lim tak sebulu....lihat pada banner yang digantung di persimpangan jalan pun sudah boleh buat tafsiran.

Lim buat banner ucapan Gong Xi Fa Cai, hanya ada gambar beliau sahaja, begitu juga Mujahid. Jelas menunjukkan mereka tidak sepakat dan sehaluan.

Jika dilihat, Mujahid melawat kawasan pun tidak diiringi oleh Lim...begitu juga dengan Lim...


Manakala Kelab Penyokong PAS Parit Buntar pula seperti hidup segan mati tak mahu? Pejabat Kelab Penyokong Pas di Pekan baru, Parit Buntar tidak meriah seperti awal penubuhannya...Ramai ahli kelab menyatakan wakil rakyat PAS Parit Buntar hanya tahu bercakap dan buat cadangan sahaja...adakah ini menunjukkan PAS tidak lagi mendapat sokongan kaum bukan Melayu di Parit Buntar?

UMNO Parit Buntar, jangan buat tak tahu hal ini....peluang yang ada untuk menyerang musuh sudah terbuka luas.

Politik umpama medan peperangan. Untuk menang dalam perang, strategi perlu ada, peluang yang ada tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

UMNO Bahagian Parit Buntar tunggu apa lagi...

21 February, 2010

BERTUAHNYA JADI CINA DI MALAYSIA.

Bertuahnya jadi Cina di Malaysia...kaum Cina boleh buka kedai dan berniaga di kawasan kaum Melayu (kampung Melayu). Perniagaan itu pula maju kerana kaum Melayu akan pergi beli barang di kedai kaum Cina, walau pun ada kedai kaum Melayu yang menjual barang yang sama seperti kedai kaum Cina itu.

Bertuahnya kaum Cina kerana mereka menjadi kaum yang terkaya di Malaysia. Senarai 10 individu yang terkaya di Malaysia, 8 orang adalah dari kaum tersebut, manakala dua mewakili kaum Melayu dan India.

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion

3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion

4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion

5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion

6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

Bertuahnya kaum Cina, apabila musim perayaan berebut-rebut parti politik sama ada dari Barisan Nasional mahu pun pihak pembangkang (PKR, DAP, PAS ) akan buat jamuan untuk mereka.

Contohnya, kerajaan Selangor mengadakan sambutannya di Kuil Buddha Dong Zen, Jenjarom, yang terkenal dengan pesta bunga dan tanglung. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid merasmikan sambutan tersebut.

Kira-kira 20km di utara Jenjarom, di Kampung Batu Pandamaran - kampung baru Cina kedua terbesar di Malaysia - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan rumah terbuka BN peringkat nasional.

Bertuahnya jadi Cina di Malaysia bila mereka melarang perarakan maulidur rasul, ada pula ulamak PAS menyokong...

Bertuahnya jadi Cina di Malaysia...

15 February, 2010

APA PEMUDA UMNO BUAT?

Isu di penang, terang-terang Lim Guan Eng Laknatullah buat salah kepada bangsa Melayu Islam dan umat Islam. Seperti kes merobohkan gerai perniagaan Melayu Islam dan membatalkan perarakan maulidur rasul.

Tetapi apa pemuda Umno Pulau Pinang atau pemuda UMNO Malaysia buat untuk membantu bangsa Melayu Islam dan umat Islam yang tertekan akibat perbuatan LGE laknatullah dan konco-konco mereka seperti PAS dan PKR.

Jika sebelum ini ada tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh NGO seperti GPMS dan PERKASA di komtar. Mereka dikira berjaya, kerana dapat mengumpul hampir 3ooo orang untuk menunjukkan ketidakpuasan hati umat Islam dan bangsa Melayu Pulau Pinang terhadap pemerintahan diktator celaka laknat.

Namun apa pemuda UMNO buat....mana dia ketua pemuda UMNO Malaysia? apa tunggu lagi...inilah masanya nak tunjukkan kehandalan pemuda UMNO...

Pemuda UMNO perlu menganjur dan meneruskan perarakan maulidur rasul di Pulau Pinang...kali ini perarakan mesti bermula dari Padang Kota ke Masjid negeri...buat secara besar-besaran...jika ini pun tak mampu nak buat...sia-sia je jadi ketua pemuda,wahai KJ...

12 February, 2010

PAS membela Lim Guan Eng, kenapa?

PAS membela Lim Guan Eng (LGE)...Akhbar Harakah keluaran bil. 1512...telah menjelaskan pendirian PAS.

Siap ada wawancara eksklusif dengan LGE...PAS cuba menerangkan kepada rakyat bahawa LGE tidak pernah buat salah dan tidak bersalah. Mereka juga melabelkan LGE sebagai pembela Melayu Pulau Pinang. Puak PAS terlalu bangga dapat berkawan dengan DAP.

Sebaliknya PAS menyalahkan Datuk Seri Zahrain dari PKR dan UMNO.

PAS sanggup membelakangi sebangsa dan seagama untuk mempertahankan DAP dan LGE laknatullah

PAS seperti balaci atau kuda kayu tunggangan LGE. Mereka umpama askar berani mati untuk mempertahankan LGE.

Dimanakah prinsipperjuangan PAS sekarang...

Pemimpin-pemimpin PAS sekarang tidak lagi berpegang pada prinsip perjuangan Islam, seperti di Parit Buntar, ada ADUN PAS yang menyatakan kemenangan dia dalam pilihanraya adalah peluang dia menjadi kaya....