07 September, 2016

Doa duduk antara dua sujud

Doa duduk antara dua sujud
Bacaan doa ini wajib kita baca setiap hari ketika mendirikan solat. Namun berapa ramaikah di antara kita yang memahami maksudnya. Di sini saya mahu berkongsi dengan anda maksudnya;

RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNII WARFA’NII
WARZUQNII WAHDINII WA-‘AAFINII WA’FU’ANNII
Tuhanku! Ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku,
berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk dan sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Betapa lengkapnya doa ini. Dalam sebuah doa kita memohon semua untuk diri sendiri dari pencipta yang maha hidup dan maha berdiri sendiri. Kita meminta ampun, rahmat, tinggikan darjat, rezeki yang halal, memohon petunjuk, kesihatan yang baik dan kemaafan daripada Allah. Marilah kita menghafal maksudnya dan amalkan dengan penuh khusyuk sebagai hamba-Nya yang taat.