03 November, 2015

The black stone atau Hajar Aswad

Di sini saya nak berkongsi dengan saudara-saudari tentang batu Hajar Aswad.

Batu Hajar aswad diletakkan di tenggara kaabah. Hajar aswad juga ada tempat bermula niat untuk tawaf.

Merujuk guru saya ustaz Asri semasa saya belajar di SMK Tarbiah Diniah Kulim, Hajar Aswad asalnya adalah malaikat yang menjaga nabi Adam di dalam syurga.

Malaikat ini menyesal dan bersedih sehingga menjadi batu kerana tidak dapat menahan nabi Adam dari mengikut telunjuk iblis agar jangan makan buah khuldi.

Disebabkan rasa sedih itu lah malaikat tersebut menjadi seperti batu dan dikeluarkan dari syurga di hantar ke bumi.

Kajian sains juga menunjukkan batu Hajar aswad tidak ada di bumi.


02 November, 2015

2 nov 2015

Hari ini 2 nov  2015.....ada 23 hari sebelum aku bertolak ke tanah  haram. Keterujaan untuk ke sana sangat terasa.
Ya allah engkau permudahkan segala kerja ku di dunia dan akhirat.
Insyaallah aku akan mencatat perjalanan suci ini sebagai serbuk.
Semoga ianya akan menjadi panduan kepada hamba allah yang lain.
Aku masih mencari tajuk yg sesuai untuk aku jadikan tajuk jurnal itu nanti.
Cadangan :
1. Perjalanan suci.
2. Perjalanan mencari  diri.
3. Perjalanan untuk kegembiraan allah
4. Perjalanan mencari keredhoaan

Itulah beberapa cadangan nama. Insyaallah mungkin tajuk tidak berapa penting namun pengisian perjalanan itu yg penting untuk menjadi panduan kepada manusia lain.


01 October, 2015

Perjalanan suci


Insyaallah pada tahun ini (2015) akan aku menjejak kaki lagi ke rumah mu ya Allah.
Aku akan cuba mencatat jurnal perjalanan suci ini untuk dijadikan panduan kepada hamba mu yang lain.

Untuk pengetahuan kepada saudara mara ku yang lain.
Terus terang aku katakan kepada sesiapa yang baca tulisan ini. Anda perlu pergi ke baitullah sama ada mengerjakan umrah atau haji.

Carilah duit, kumpul duit dan daftar dengan mana mana syarikat yang menguruskan perjalanan ke sana.

Percayalah, sekali anda memijak kaki di rumah allah pasti anda akan mahu kembali lagi ke sana.

Jangan lah kita takut dengan cerita cerita orang lain yang mengatakan bertaubat terlebih dahulu sebelum pergi atau buat baik dan macam macam lagi kata kata yang menakutkan sehingga menggagalkan semangat kita untuk pergi ke baitullah

Pergi dulu, percayalah Allah sentiasa menerima kita bila bila masa pun. Allah akan permudahkan kita jika kita betul betul ikhlas mahu beribadat dihadapan kaabah yang menjadi kiblat kita selama ini.