31 August, 2009

Hidup UMNO

Barisan Nasional sudah 7 kali kalah dalam pilihanraya kecil. Jika zaman pemerintahan Pak Lah, ramai orang menyalahkan punca kekalahan BN adalah kerana Pak Lah. Zaman Pak Lah sudah berlalu namun BN tetap kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil.

Kita perlu menerima hakikat bahawa kekalahan BN disebabkan, BN ditolak oleh pengundi. Tidak kira pengundi kaum Melayu dan bukan kaum Melayu.

Pada saya kekalahan BN ini juga disebabkan oleh jentera UMNO di peringkat bahagian tidak berjaya mencapai tahap yang dikehendaki oleh pengundi.

Jika kita lihat sekarang diperingkat pusat, UMNO mempunyai barisan kepimpinan yang mantap.
Pemimpin diperingkat pusat telah menunjukkan satu komitmen yang amat jitu. Saf kepimpinan yang di kepalai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat hebat.
Mereka semua mahu membawa satu perubahan kepada UMNO, BN dan Negara.
Tetapi masalah yang kita hadapi sekarang adalah kepimpinan UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
Pada saya ini semua adalah kerana rakyat Melayu sudah tidak lagi mempercayai dan setia kepada UMNO dan BN. Saya tidak masukkan kaum bukan Melayu kerana pada saya kaum bukan Melayu mempunyai agenda politik yang jelas dan tertentu. Mereka bermain politik dan melakukannya dengan baik.
Mereka ini memang tidak setia dari dulu lagi kepada UMNO dan BN.
Rakyat terutamanya kaum Melayu sudah ada pemikiran baru terhadap politik, mereka sudah tidak kisah kepada agenda Melayu, ketuanan Melayu atau kepada Raja-raja Melayu. Mereka sudah tidak kisah lagi tentang hak keistemewaan sebagai penduduk asal TanahMelayu yang mereka miliki.
Pada mereka itu semua tidak penting yang penting, yang penting ialah mencari wang untuk hidup dan terus hidup.

Tetapi UMNO sebagai satu parti politik yang menjadi tulang belakang kepada negara perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO berani melakukan perubahan tidak takut pada bayang-bayang sendiri.
Apa yang perlu UMNO buat adalah:-
a) Mengadakan pertandingan jawatan dalam UMNO apabila sampai pada masanya. Tidak kira jika waktu itu sudah hampir kepada pilihanraya umum ke-13 pun.

b) Pertandingan perlu berlaku di semua peringkat iaitu dari jawatan presiden, timbalan, naib, ahli majlis tertinggi sehinggalah ke peringkat bahagian dan cawangan UMNO.

Tidak boleh menangguh pertandingan dalam UMNO dengan alasan takut pada perpecahan dalam parti.
Jika alasan ini masih digunakan untuk tidak mengadakan pertandingan dalam pemilihan jawatan dalam UMNO maka itu menunjukkan UMNO masih tidak berubah dan masih takut pada bayang-bayang sendiri.
Rakyat akan menilai sama ada UMNO ikhlas atau tidak. Rakyat Melayu sekarang bukan lagi seperti rakyat Melayu zaman Tun Mahadhir. Rakyat Melayu sekarang adalah rakyat Melayu yang berfahaman MAHADHIRISME.

28 August, 2009

Najib adalah perdana menteri Melayu terakhir?

Sekarang sudah nyata teori RAHMAN adalah benar. Teori ini menyusun nama-nama perdana menteri Malaysia mengikut turutan seperti nama RAHMAN.
R = Rahman (tungku Abdul Rahman)
A = Abdul Razak
H = Hussain
M= Mahadhir
A = Abdullah
N = Najib
Yang menjadi persoalan sekarang siapa selepas Najib? Adakah ada nama lain yang boleh disambung pada nama RAHMAN seperti RAHMANA, tambahan A itu bermaksud Anuar (Anuar Ibrahim). Mungkin ini satu teori baru.....
Dalam hal ini kita boleh buat apa sahaja spekulasi. Ini kerana orang Melayu suka pada ramalan-ramalan ala nujum pak belalang. Jadi bolehlah kita sambung apa sahaja huruf pada nama RAHMAN untuk kita susun baru yang akan menjadi perdana menteri Malaysia.
Tetapi pada DAP pula, mereka berharap Najib adalah perdana menteri dari kaum Melayu yang terakhir. Bermaksud tidak lagi orang Melayu yang beragama Islam menjadi perdana menteri.
Jika ini benar berlaku, maka Anuar Ibrahim juga tidak boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Adakah perkara ini boleh berlaku? Pada pandangan saya perkara ini boleh berlaku jika:
1. Pakatan pembangkang mendapat kerusi yang lebih daripada Barisan Nasional, contohnya, sekarang jumlah kerusi Dewan Rakyat ialah 222 kerusi, maka pakatan pembangkang perlu memperolehi 112 kerusi sahaja sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.
2. Maka pada ketika itu BN akan menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.
3. Manakala perdana menteri pula dilantik daripada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat ( rujuk perkara 43 (2) perlembagaan persekutuan). Untuk memudahkan kita faham sesiapa yang menjadi ketua kepada barisan pembangkang atau ketua kepada Barisan Nasional beliau mungkin di lantik menjadi perdana menteri dengan syarat kumpulan yang beliau anggotai itu memperolehi 112 kerusi di Dewan Rakyat.
4. Karpal Singh yang akan menjadi perdana menteri dan bukan Anuar Ibrahim jika DAP memperolehi jumlah kerusi yang banyak berbanding PKR dan PAS. Ini kerana dalam barisan pembangkang jumlah kerusi yang dimenangi akan menentukan siapa jadi ketua....Contohnya DAP = 50, PKR = 32 dan Pas = 30 Jumlah semua 112
5. DAP akan memperolehi kemenangan jika semua kaum tanpa mengira agama memberi undi kepada mereka. Termasuk orang Melayu.
6. Untuk memudahkan kita faham kita perlu lihat situasi politik negeri Perak pada pilihanraya umum ke-12, DAP memperolehi 18 kerusi DUN, PKR 7, PAS 6 dan manakala BN 28.
7. Apabila barisan pembangkang ini menubuhkan Pakatan Rakyat mereka bergabung menyebabkan mereka memperolehi jumlah kerusi sebanyak 31 buah dalam DUN menyebabkan BN kalah.
8. Hal ini membolehkan calon dari DAP menjadi Menteri Besar. Tetapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri lebih berkuasa dari segala-galanya.
9. Dalam UTKN tertulis syarat untuk menjadi MB hendaklah seseorang itu berbangsa Melayu dan beragamaIslam. Maka tidak boleh lah Cina dalam DAP jadi MB. Tetapi jika DAP meletak calon dari kalangan Kaum Melayu sebagai mewakili mereka dalam pilihanraya mungkin boleh.

26 August, 2009

BN akan tewas pada pilihan raya umum ke-13

Barisan Nasional akan tewas pada pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir menjelaskan siapa BN yang sebenar.

Calon BN tewas kepada calon Pas yang pernah tewas dalam enam pilihan raya. Kemenangan calon Pas menunjukkan barisan pembangkang bukan calang-calang lawan. Mereka menang dalam tujuh pilihanraya kecil yang berlaku dalam tempoh 18 bulan selepas pilihan raya umum ke-12.

Manakala di Permatang Pasir menjelaskan kemampuan sebenar BN. Barisan Nasional tidak sehebat barisan pembangkang. BN tidak bersatu seperti barisan pembangkang.

Walau pun calon Pas yang bertanding, seluruh kepimpinan dan ahli pembangkang bersatu. Walaupun kita sedia maklum mereka menghadapi beberapa isu yang boleh menunjukkan hubungan mereka tidak sehaluan.

Tidak seperti Barisan Nasional, kurang penglibatan parti-parti komponen dalam berkempen. Hanya ahli-ahli UMNO sahaja yang berhempas pulas menegakkan benang yang sudah basah. Hal ini berkaitan dengan faktor calon BN itu sendiri yang menghadapi beberapa masalah rekod peribadi selain pembatalan sijil peguam sivil dan terbongkarnya masalah perkahwinan kedua beliau.

BN seperti sengaja mencari kekalahan. Sedangkan saya pasti BN tidak bodoh meletakkan calon yang bermasalah. BN mempunyai rekod memilih atau membuat saringan yang baik dalam memilih seseorang calon pilihanraya. Tetapi di Permatang Pasir semua ini seperti tidak berlaku. Apa sudah jadi dengan perisik BN?

BN perlu memperbaiki kaedah memilih seseorang calon untuk mewakili parti. Jika hal ini tidak diperbaiki saya pasti BN akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Selain masalah dalam memilih calon saya melihat BN juga mempunyai masalah dalaman, parti UMNO terutamanya. Masalah dalaman ini tidak lagi diperingkat atasan tetapi berlaku berlaku di peringkat bahagian dan cawangan. Hal ini bukan sahaja di Permatang Pasir tetapi di sebahagian besar bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara. Oleh itu saya tidak hairan jika berlaku lagi pilihanraya kecil pembangkang akan menang.

Pucuk pimpinan tertinggi UMNO setakat ini berada di saf yang mantap, bekerja dengan kuat tanpa menoleh kebelakang. Presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden serta seluruh ahli majlis tertinggi UMNO telah menunjukkan yang mereka mahu melakukan perubahanterhadap parti. Ketua penerangan UMNO yang baru telah memberi komitmen yang tinggi dengan kerjanya.

Tetapi perubahan corak bekerja untuk parti ini tidak sampai ke peringkat bahagian dan cawangan UMNO diseluruh negara.

Masih terdapat ketua-ketua UMNO bahagian yang sudah terlalu lama memegang jawatan. Malah ada yang hampir 4 atau 5 penggal. Jika mereka ini tidak berubah apatah lagi ketua-ketua cawangan di peringkat cawangan.

Ketua UMNO bahagian juga memainkan peranan dalam memilih calon mengikut citarasa beliau. Bukan berdasarkan citarasa pengundi, ini salah satu faktor menyebabkan kekalahan kepada calon BN.

Jika ini semua masih belum berubah saya yakin BN akan terus tewas dalam mana-mana pilihan raya sekali pun pilihanraya umum ke-13.

25 August, 2009

Apa nak jadi pada kaum Melayu?

1. BN kalah lagi di N.11 Permatang Pasir. Hal ini menunjukkan rakyat mahu Pakatan Rakyat terus mempunyai kuasa. Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas dan diketuai oleh Anuar Ibrahim.

2. Jika kita lihat banyak isu yang berbangkit di beberapa buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, seperti isu kandang babi di Kedah, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, Isu arak dan pembinaan kuil di syeksen 23 di Selangor.

3. Ada juga isu yang bertentang dengan raja-raja Melayu seperti di negeri Perak iaitu isu pembubaran DUN, isu perbelanjaan wang zakat di negeri Selangor. Isu pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh yang mahu menyaman sultan Azlan Shah.

4. Isu yang paling besar pada saya ialah NikAziz tidak marah apabila seorang pemimpin DAP memperlecehkan agama Islam. Hal ini tidakmenjadi masalah kepada penyokong PR. Walaupun yang kena hina itu adalah ahli Pakatan Rakyat sendiri.

5. Semua isu-isu yang timbul ini tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Rakyat tetap menyokong mereka dan yang terbaru sekali rakyat memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

6. Jika ’gelombang tidak kisah dengan isu’ di kalangan rakyat ini terus wujud. Saya melihat hal ini akan memberi kesan kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

7. Pada ramalan saya gelombang ini akan terus wujud dan kukuh di dalam masyarakat, maka wujudlah isu apa pun waima isu liwat sekalipun rakyat tidak kisah mereka akan tetap memberi sokongan kepada PR.

8. Untuk itu adakah kemungkinan besar BN akan kalah separuh atau teruk atau kemungkinan besar tidak lagi memegang tampuk kuasa memerintah Malaysia?

9. Jika ramalan ini benar maka pada ketika itu hilanglah kuasa yang selama ini dipegang oleh kaum Melayu Islam. Hal ini kerana jika BN memerintah Malaysia, perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah dari kaum Melayu (UMNO). Tetapi jika Pakatan Rakyat belum tentu lagi.

10 Jika diambil kira jumlah kerusi ahli parlimen di kalangan anggota pakatan rakyat, yang akan menjadi perdana menteri Malaysia ialah Anuar Ibrahim dan timbalan perdana menteri pula ialah Karpal Singh. Hal ini kerana dalam pakatan rakyat PKR mempunyai jumlah ahli parlimen yang banyak dan diikuti oleh DAP dan PAS.

11. Jika ini semua berlaku, adakah kaum Melayu akan terus dapat mengekalkan hak-hak yang selama ini dimiliki oleh mereka?
Lain kali bawa la ramai lagi...jangan keluar seorang je...

14 August, 2009

Apa hendak jadi pada bangsa Melayu Islam?

1. Saya amat terkejut apabila Nik Aziz tidak marah bila DAP kutuk agama Islam.

2. Saya juga terkejut bila kes penjualan arak di negeri Selangor pada mula mendapat tentangan Hassan Ali tetapi atas nama politik mereka boleh buat tak nampak dan menyerah kalah kepada DAP.

3. Saya hairan mengapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikatakan kuat perjuangan Islamnya sudah banyak bertolak ansur dengan DAP tentang hal ehwal agama Islam.

4. Adakah Pas tidak lagi berminat untuk memperjuangkan Islam. Jika inilah yang berlaku Pas perlu kembali kepada perjuangan yang asal.

5. Pas perlu meninggalkan Pakatan Rakyat.

05 August, 2009

Pilihlah pemimpin yang sempurna untuk dunia dan akhirat

Dulu di kata lain sekarang dia kata lain...siapalah yang ikut dan percaya dia ni...buat lah keputusan awal .....

02 August, 2009

Jawab soalan berikut.

1. Apakah bangsa Melayu sedar yang bangsanya sedang dipermainkan oleh bangsa lain?


2. Adakah bangsa Melayu akan bersatu untuk mempertahankan agama, bangsa dan negaranya?


3. Apkah parti-parti politik Melayu yang ada sekarang seperti UMNO dan Pas sudah tidak berada pada landasan perjuangan yang sebenar?


4. Mengapa ulama-ulama yang berbangsa Melayu tidak memperjuangkan nasib bangsa Melayu?


5. Mengapa ulama-ulama berbangsa Melayu tidak bersuara tentang nasib bangsa Melayu?


6. Adakah bangsa Melayu mahu sistem kesultanan Melayu di Malaysia dihapuskan?


7. Betul ke orang Melayu mahu Perdana Menteri Malaysia berbangsa Cina atau India?


8. Bangsa Melayu rela Perkara 153 dimansuhkan dalam perlembagaan persekutuan?