21 November, 2009

BANGSA MELAYU: TIDAK AMBIL BERAT TENTANG PENDIDIKAN

Orang Melayu tidak ambil berat penguasaan ilmu. Ibu bapa tidak memaksa atau mendesak anak supaya belajar. Ada yang berpendapat, orang Melayu tak pandai pun boleh masuk universiti, ada kuota disediakan untuk pelajar Melayu, kelulusan cipu-ciput pun dah cukup untuk ke universiti.

Orang Melayu yakin, UMNO akan terus memastikan Melayu dapat tempat di universiti, mereka juga yakin mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia akan melaksanakan dasar ini. Melayu masih percaya, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan terus kekal hingga kiamat.

Ada juga yang yang berkata apa yang kerajaan bagi ambik,
tak perlu sokong kerajaan yang memberi pun tak pet, kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan. Bumi ini Allah punya...tak ada siapa boleh ambil. Melayu tetap boleh terus hidup...

Orang Melayu jika masih berfikir seperti ini, maka orang Melayu akan menghadapi masalah besar pada masa akan datang.

Bangsa Cina dan India pula amat menitik beratkan ilmu untuk anak-anak mereka. Seperti berlaku satu gelombang perkukuhkan anak-anak dengan ilmu. Mereka juga percaya dengan penguasaan ilmu mereka boleh menguasai apa sahaja. Jika kita lihat,yang kerappergi ke sekolah untuk bertanya tentang prestasi pelajaran anak mereka ialah golongan ini.

Mereka ini sanggup buat apa sahaja untuk memastikan anak meraka mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara ini. Mereka juga sanggupmelakukan apa sahaja untuk memastikan anak mereka memperolehi jawatan-jawatan penting seperti ketua darjah dan pengawas sekolah.

Oleh itu orang Melayu, bangsa Melayu yang mengaku badannya Melayu,nyawanya Islam bangkitkan gelombang menuntu, memastikan ilmu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Orang Melayu tidak bolehlagi hanya menunggu dan melihat bangsa lain terus maju,menguasai apa sahaja peluang yang ada.Kerana kuasa yang ada pada bangsa Melayu tidak akan kekalsehingga kiamat jika ada orang Melayu sendiri menyokong DAP.

Hal ini boleh dilihat kepada parti-parti pembangkang Melayu seperti PAS yang bersekongkol dengan DAP hanya untuk mendapatkan kuasa. PAS sanggup menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan mereka. Sedangkan mereka tahu DAP adalah parti yang tidak akan memastikan kedaulatan Islam kekaldi negara ini. PAS sendiri terpaksa mengorbankan perjuangan menegakkan negara Islam setelah berkawan dengan DAP.





20 November, 2009

Bangsa Melayu????




Dimanakah maruah bangsa Melayu apabila mereka sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang mereka junjung selama ini hanya untuk memuaskan nafsu bangsa lain. Bangsa Melayu sanggup bersekongkol dengan bangsa yang tidak menyokong perjuangan asal mereka, hanya untuk mendapatkan kuasa politik.

Sejarah bangsa Melayu zaman Kesultanan Melayu Melaka cukup banyak untuk dijadikan panduan kepada bangsa Melayu menjadi nakhoda di bumi Melayu ini. Namun jika masih ada bangsa Melayu yang sanggup menggadaikan maruah bangsanya hanya untuk mendapatkan kuasa, maka kemanakah halatuju bangsa Melayu yang sebenarnya....

Solat Sunat Duha

KELEBIHAN SOLAT DUHA ,KUNCI KEMURAHAN REZEKI DAN KEBERKATANYA REZEKI KITA ITU .


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).


Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kita s.a.w.
Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."


Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,

Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."

(Al-An..am, 162-63)

Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi .
Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .

Lafaz niat :
"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams .
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .

Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."

(Al-An..am, 162-63)


Wa'lah'hu'alam