20 November, 2011

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.

Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.

Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.

Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.

Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?

DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?

DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?

DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?

DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.

Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?

DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?

Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?

Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?

DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.

Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

14 November, 2011

KONSEP AL-WASATIYYAH DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Al-Wasatiyyah adalah istilah Arab yang mempunyai beberapa makna. Antaranya jalan tengah, pertengahan dan bersederhana. Al-Wasatiyyah juga adalah sifat adil. Adil yang dimaksudkan, meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya atau memberikan sesuatu yang berhak kepada pemiliknya.

Pada pendapat saya, al-Wasatiyyah perlu dilihat sebagai satu corak hidup yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Keseimbangan ini perlu berteraskan perlembagaan persekutuan.

Dalam erti kata lain, umat Islam perlu dilihat sebagai manusia yang sederhana. Tetapi masih mempunyai daya saing yang tinggi. Mereka perlu dilihat, tidak keterlaluan dan melampau. Mereka perlu mencuba yang terbaik dalam kehidupan dan perbuatan.

Dalam kata mudah, seseorang itu tidak boleh keterlaluan dalam mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia.

Umat Islam perlu dilihat sebagai umat yang tahu bersyukur nikmat. Contohnya jika seseorang itu kaya-raya, hartawan dan juga jutawan. Beliau tidak boleh meninggalkan individu-individu yang kurang berkemampuan. Mereka ini tidak boleh dilihat sebagai manusia yang hanyut oleh materialisme.

Umat Islam akan lemah dan rugi apabila memiliki sikap fanatik dan taksub. Contohnya jika kita terlalu taksub kepada satu-satu pemimpin, maka kita akan mengiayakan apa sahaja perkara yang dilakukan. Sedangkan perkara tersebut berlawanan dengan prinsip hidup sebagai seorang muslim.

Begitu juga, jika seorang jutawan itu terlalu fanatik dengan kekayaan wang ringgit dan hartanya. Sudah pasti beliau tidak akan membantu simiskin. Zakat tidak dibayar, wakaf dan sedekah jauh sekali. Maka hal ini akan merosakkan masyarakat.

Sistem kapitalisme menyatakan kekayaan adalah hak mutlak individu, manakala sosialisme pula menyatakan kekayaan adalah hak sama rata. Tetapi, dalam konsep al-Wasatiyyah, Islam menekankan harta kekayaan adalah hak milik Allah. Manusia hanya sebagai khalifah, diminta berusaha mencari rezeki dan kekayaan berlandaskan prinsip Islam. Manusia sebagai pemegang amanah untuk menggunakannya harta ke jalan yang baik dan perlu sahaja. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan ibadah zakat, sedekah, wakaf dan seumpanya. Semua untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyeimbangkan dengan aktiviti hariannya. Hal ini, bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Perkara ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :

Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim

Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang

Melalui gagasan 1Malaysia. Al Wasatiyyah boleh dipraktikkan untuk semua kaum. Mereka perlu membudayakan perpaduan. Hal ini kerana perpaduan adalah kompenan-kompenan asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan perlu disaluti oleh nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi amalan dan cara hidup rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak boleh membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Tetapi perlu memahami konsep penerimaan yang terdapat dalam gagasan 1Malaysia. Jika konsep ini diterima, maka mudah bagi kita mengerakkan kerja-kerja membangunkan Negara ini dengan lebih baik untuk mencapai wawasan 2020.

10 November, 2011

Pembangkang main taik.

Puak pembangkang DAP, PAS dan PKR sengaja tak mau buat permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti. Puak ni sembang je kuat, tapi takut nak bersatu, jika hal ini tak dapat diselesaikan, bagaimana mungkin mereka ini hendak bersatu memerintah negara?

UTUSAN: Benarkah dakwaan pakatan pembangkang bahawa ROS sengaja tidak mahu mendaftarkan ‘Pakatan Rakyat’ kerana takut mereka akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar Barisan Nasional (BN)?

ABDUL RAHMAN: Realitinya ke arah sistem dua parti ini bermakna BN dianggotai 14 parti dan pakatan pembangkang disertai tiga parti iaitu DAP, PKR dan Pas. Cuma pembangkang di negara ini belum buat sebarang pendirian kepada sistem dua parti ini.

Sistem ini ada baik dan buruknya. Kalau bercakap tentang sistem ini, ia hanya ada di Amerika Syarikat iaitu Demokrat atau Republikan. Kalau pergi ke United Kingdom, Singapura atau Indonesia pun tidak ada sistem ini. Yang ada, hanyalah banyak parti dan buat gabungan semasa berlangsungnya pilihan raya sahaja.

Pilihan raya seterusnya, mereka buat gabungan lain pula. Ramai sarjana politik kata demokrasi masih baru di Malaysia. Dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula kata pakatan perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.

Ini kerana mereka selalu dilihat melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama berhubung isu penggunaan logo. Logo parti yang tidak bertanding dilarang dipasang atau digunakan untuk berkempen kerana ia menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pembangkang kata terdapat muslihat politik apabila ROS enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka menjadi satu parti.

Mereka ini (pakatan pembangkang) tidak bersungguh-sungguh sangat pun ke arah itu (gabungan). Yang mereka kata Datuk Zaid Ibrahim (bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR) hantar permohonan tu tidak ada apa-apa pun.

Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan.

Cuma kita akui, ‘buruknya ROS’ sebab kita tak nasihatkan dia (pakatan pembangkang) dalam keadaan dia tak faham bahawa apabila Datuk Zaid keluar sahaja, kedudukan permohonan itu sudah menjadi tiga kedudukan.

Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.

Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkang realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi.

Kepada pakatan pembangkang ini ialah semuanya buruk ROS sebab tak luluskan permohonan mereka namun hakikatnya Saifuddin, Dr. Hatta dan Anthony masih bicarakan berkisar permohonannya yang dahulu.

Agaknya motif apa pembangkang berbuat begitu?

Dia dok bising sebab saya tak luluskan. Yang saya pula tak luluskan sebab tidak ada apa yang saya nak luluskan sebab pemohon itu sudah tidak ada dalam PKR. Mereka juga kata saya selalu main politik sebab kononnya dengan mudah pula luluskan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuai Datuk Zaid. KITA ini cuma ditukar nama daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan bukannya satu parti baru.

Tetapi Saifuddin mendakwa mereka sudah lantik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar untuk teruskan usaha Datuk Zaid itu, benarkah?

Mereka ada dakwa bahawa Datuk Kamaruddin telah datang dan kononnya saya tak mahu terima. Eh! takkanlah seorang Ahli Parlimen datang saya boleh tolak macam itu sahaja. Ini cerita baru yang ditimbulkan Saifuddin. Saya sudah check dengan jabatan saya, memang tak pernah Datuk Kamaruddin datang untuk hantar permohonan yang baru.

Andai kata ada permohonan daripada pakatan pembangkang untuk bentuk gabungan seperti BN, boleh dibenarkan?

Kalau dengan gabungan tiga parti sahaja, ROS boleh luluskan. Malah, kalau nak buat parti asing-asing seperti sekarang pun tak ada masalah. PKR dengan gabungan tujuh ahli pun boleh dibentuk, inikan pula DAP, PKR dan Pas nak bentuk gabungan, silakan.

Pada pandangan Datuk kenapa mereka masih tak mahu bentuk gabungan?

Sebenarnya mereka ada masalah pada peringkat akar umbi. Masih bercakaran sesama sendiri. Kalau kita luluskan pun, mereka akan bermasalah.

Itu sebabnya mereka ‘main kat luar’ sahaja. Tambah lagi, permohonan yang pertama pun ‘dah ghaib’. Pas ke, DAP ke, PKR ke...mereka ini memang tak serius pun.

Ada kemungkinan juga sebab pembangkang di Sabah dan Sarawak tak mahu sertai mereka?

Ikutkan... di sana pun tak hebat mana pun. Contohnya parti SUPP tidak sehebat mana. Yang hebat pun katakanlah di Sarawak iaitu SNAP, tapi SNAP pun tidak boleh buat apa pun sebab sudah tujuh tahun naik turun mahkamah. Sekarang pun masih mencabar keputusan ROS.

Proses itu masih berlangsung di mahkamah dan sudah masuk tujuh tahun, tak boleh ke mana lagi. Nanti mati macam itu sahajalah. Mereka tak mahu buat parti baru tapi nak cabar di mahkamah.

Jadi, macam mana ROS nak tamatkan polemik pembangkang ini?

Kalau betul-betul berani, kemukakanlah permohonan. Kenapa nak bising-bising di luar. Saya sudah check dengan staf saya, memang Datuk Kamaruddin tak pernah datang ke ROS.

Cuma, saya persoalkan di sini, mereka (pembangkang) ini ada ramai bijak pandai dari kalangan peguam. ‘Bergasak’ sana sini dalam mahkamah. Tapi mengapa tidak buat apa-apa. Seperti sidang akhbar pada 3 November lepas, janganlah buat-buat tak faham.

Pesan saya kepada mereka walaupun politik ini isu nak dapatkan kuasa tapi janganlah kita lupa perkara-perkara asas. Ini tidak! untuk kita dapatkan kuasa, atas nama kuasa, kita bohong orang. Tak bolehlah macam itu

Sumber Utusan Malaysia 10 November 2011

03 November, 2011

Melayu akan hilang kerja.

Melayu akan hilang kerja dan menganggur jika DAP, PAS, PKR perintah Malaysia...DAP kata depa nak buang kakitangan awam setiap tahun, nak kurangkan pekerja awam.

Rujuk : Sinchew daily bertarikh 1/11/2011

Jika ini berlaku siapa yang rugi?

Bangsa Melayu dan keluarga mereka....sebab yang jadi kakitangan awam kebanyakan bangsa Melayu.

Pelajar Melayu, lulusan universiti tempatan atau luar nagara jika tak ada kerja, akan memohon kerja dengan kerajaan.

Contohnya zaman Pak Lah diwujudkan J-QAF untuk membolehkan pelajar lulusan bidang agama ada kerja.

Contoh lagi, jika tak ada kerja depa nak jadi cikgu, depa mohon KPLI.

Kerajaan BN telah banyak membantu bangsa Melayu mendapatkan kerja di sektor awam. Supaya bangsa Melayu ada kerja.


Tetapi puak jahat ni, nak menafikan hak keistimewaan Melayu (Perkara 153) dalam perlembagaan yang memperuntukkan jawatan di sektor awam kepada bangsa Melayu.

DAP adalah parti yang tidak mahu melihat bangsa Melayu berjaya dan kaya.

Tetapi kenapa masih ada bangsa Melayu yang jadi anjing DAP ni.


02 November, 2011

Sexuality Merdeka 2011

Program Sexuality Merdeka 2011 akan diadakan pada 9 November 2011 ini. Program ini akan mempromosikan budaya Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender dan Intersex.
Program ini mendapat sokongan Amnesty International dan Bar Council anda boleh rujuk www.seksualitimerdeka.org/ .
Marilah kita sama-sama menentang program ini. UMNO dan PAS perlu bersama-sama bangkit menyerang dan menentang pihak ini.
Kerana mereka ini membawa anasir liberlisme dan pluralisme.
Jangan kita berpecah lagi. Ini adalah usaha dakwah yang perlu dilakukan bersama-sama atas nama agama untuk menentang anasir jahat yang sengaja mahu merosakkan akidah umat Islam di Malaysia.

24 October, 2011

HIMPUN

Mengapa parti politik Melayu, UMNO dan PAS takut nak join HIMPUN?
Aku adalah ahli dan penyokong UMNO yang tegar. Tetapi apabila, program seperti HIMPUN diadakan, iaitu program yang berkaitan memperkukuhkan Islam di Tanah Melayu ini. Aku lihat UMNO seperti takut nak terlibat sama.
Manakala PAS, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tak payah kata apa lah...PAS adalah parti yang bangang...PAS memang sah penakut dan mereka sangat takut untuk terlibat kerana takut kepada DAP...nanti DAP maki hamun, boleh terberak depa, PAS terlalu taat kepada DAP, apa sahaja kata depa kira betul sahaja. Itulah parti PAS parti yang jadi balaci dan anjing kepada DAP...penjilat kaki DAP je kerja depa....bab Islam depa tak mau terlibat, takut DAP jerkah.
Tetapi pada aku UMNO tidak perlu takut, UMNO perlu terlibat kerana ini berkaitan dengan hal ehwal Islam. UMNO ditubuhkan pun kerana mahu membela umat Islam di Tanah Melayu dari terus dijajah oleh kafir laknatullah.
Tetapi UMNO dilihat mengambil jalan tengah, UMNO buat kenyataan tidak terlibat dalam menganjurkan HIMPUN, tetapi membenarkan ahli-ahli UMNO hadir dalam HIMPUN.
Yang aku mahu, UMNO perlu kata, " kita sokong HIMPUN, demi umat Islam". Aku yakin jika UMNO berani dalam hal ini, Melayu Islam tidak kira dari UMNO itu sendiri, malah PAS, PKR dan orang atas pagar melihat inilah keberanian UMNO dalam mempertahankan Islam dan menegakkan akidah umat Islam di Malaysia.

20 October, 2011

Akan runtuh institusi Kesultanan Melayu

Akan runtuh institusi Kesultanan Melayu. Apabila bangsa Melayu sendiri tidak menghormati baginda sultan.

Bangsa Melayu dijadikan benteng hadapan dalam meruntuhkan institusi berdaulat dan bersejarah ini.

Siapa yang menggerakkan ini? Tangan-tangan ini mempunyai agenda yang lebih besar. Jika tangan-tangan ini berjaya, maka satu-satunya bangsa yang memerintah negara Islam akan hancur.

Dunia ini akan hilang satu-satunya negara yang dapat memberi sumbangan kepada ketamadunan Islam di sebelah timur. Yang telah berjaya menggerunkan barat dengan suara-suara dari pemimpin Melayu Islam yang lantang dan berani.

19 October, 2011

PAS sah menjadi anjing DAP

PAS yang kononnya dikatakan parti yang memperjuangkan Islam. Tetapi apabila isu murtad dibangkitkan PAS tarik diri, tak mau campur, tak mau terlibat. Sedangkan ini berkaitan hal umat Islam. Isu murtad ini bukan hal politik. Hal ini berkaitan dengan umat Islam. PAS sepatutnya terlibat.
Namun, kerana terlalu takut atau nak jaga hati DAP. PAS sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka. PAS semakin hilang taring dalam memperjuangkan Islam.
Dulu : PAS nak laksanakan HUDUD - sekarang tidak.
Dulu : PAS nak tubuhkan negara Islam - sekarang tidak.
Dulu : Menentang penjualan arak - sekarang tidak.
Dulu : Nak tutup rumah urut dan kelab malam - sekarang tidak.
Dulu : Pertahankan Allah - sekarang Allah nak dikonsi dengan kristian.
Apa ni...hampa ni betul betul anjing belaan DAP.

15 October, 2011

UMNO PERLU BERUBAH CEPAT

UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu mempertahankan kedaulatan Islam di
Malaysia. UMNO juga parti yang dapat meneruskan syiar Islam agar terus subur
hingga ke akhir zaman di bumi bertuah ini. Tidak ada mana-mana parti yang
semampu UMNO.
Tetapi apa yang dilihat sekarang UMNO dalam keadaan celaru. Ada antara pemimpin
-pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri. Pemimpin yang aku maksudkan
adalah pemimpin yang tidak ambil berat tentang hal ehwal rakyat.
Kebanyakan pemimpin ini berada di peringkat bahagian dan cawangan.
Mereka ini ada yang menjadi ADUN dan ketua bahagian. Mereka membina satu
jurang, hal ini menyebabkan rakyat membenci pemimpin dan secara tidak langsung
membenci UMNO.
Orang-orang inilah yang merosakkan UMNO. Jika UMNO rosak maka rakyat akan
berubah, dari menyokong kepada tidak menyokong UMNO lagi.
Jika UMNO lemah, bagaimana mungkin UMNO akan terus mempertahankan Islam?
UMNO berada di dalam Barisan Nasional. Kekuatan UMNO terletak di atas
kepercayaan bangsa Melayu. Apabila UMNO kuat, bangsa bukan Melayu juga akan
memberi penghormatan kepada UMNO dan secara tidak langsung kepada bangsa
Melayu dan Islam.

12 October, 2011

HENDAK MENANG ATAU HENDAK KALAH.

Gendang PRU sudah disediakan. Pemukul pun sudah disediakan. Hanya menunggu untuk dipalu sahaja.
Barisan Nasional akan bertanding di semua kerusi, sama ada kerusi negeri atau parlimen. Bn akan ditentang bermati matian oleh pembangkang yang gila mahu merampas Putrajaya.
UMNO yang menjadi tonggak dalam Barisan Nasional sudah bersediakah menghadapi semua ini?
Apa yang dilihat, UMNO sebenarnya belum bersedia. Pemimpin UMNO di peringkat bahagian masih celaru. Mereka masih tidak bersatu untuk sama-sama menyusun jentera pilihanraya. Tidak ada lagi di peringkat bahagian yang aku lihat mempamerkan aktiviti-akviti untuk menghadapi PRU.
PRU kali ini adalah medan menentukan maruah Melayu terus dihormati atau dicaci.
UMNO yang dilihat satu-satunya parti yang dapat mempertahankan maruah Melayu Islam di negara ini dilihat masih meraba-raba di dalam kegelapan. Mencari satu titik pertemuan di dalam gelap.
Titik itu ada, namun masih belum dijumpai, sampai bila, bilakah waktunya UMNO di peringkat bahagian mahu duduk semeja mencari formula bagaimana hendak menyatukan ahli-ahli, meramaikan ahli-ahli, menyusun strategi memenangi PRU-13 dan seterusnya mengekalkan undi rakyat berbilang kaum kepada BN.
Pihak pembangkang yang sebenarnya celaru dan busuk. Mereka tidak kuat dan amat lemah. Namun begitu, UMNO dan parti-parti kompenun dalam BN tidak mengambil peluang untuk memberi tahu kepada rakyat tentang hal ini.
Sebaliknya, yang membantu UMNO dan kompenan BN adalah NGO dan badan-badan persendirian yang kerap melakukan aktiviti untuk menyedarkan serta mengukuhkan perpaduan rakyat.

09 October, 2011

SLOGAN UMNO PERLU DIUBAH : JIHAD MELAYU DEMI ALLAH

UMNO Sebuah parti keramat yang telah berjaya menyatukan Melayu, yang sebelum itu berpecah dan tidak pernah bersatu. Pertubuhan ini telah menggegarkan dunia. Bangsa Inggeris yang lebih dikenali sebagai British telah berjaya dikalahkan oleh pertubuhan ini.

Dengan slogan 'Hidup Melayu', telah menjadi slogan keramat yang berjaya menyatukan bangsa Melayu dan menaikkan semangat mereka menentang penjajah. Sehingga Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan.

Itu cerita lama, sudah menjadi bahan sejarah negara.

Sekarang, UMNO perlu berada dalam dimensi baru. Agar menjadi relevan mengikut rentak masa kini. UMNO perlu berubah sebelum diubah.


Untuk itu saya mencadangkan slogan baru untuk UMNO. "JIHAD MELAYU DEMI ALLAH"

Semoga dengan adanya slogan seperti ini akan memberi satu semangat kepada bangsa Melayu Islam untuk terus berjihad di jalan Allah dalam semua sudut. Sama ada sudut agama, bangsa, tanah air, diri serta keluarga, ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.

Semua kompenan ini memerlukan satu sentuhan baru agar Melayu Islam di Malaysia ini dapat bersaing dengan bangsa bukan Melayu.

05 October, 2011

Melayu berpecah Cina dan India untung.

Jika dilihat waktu ini, Melayu berpecah dan tidak bersatu dalam banyak perkara.

Mereka ini terdiri dari beberapa kumpulan seperti UMNO, PAS, ATAS PAGAR, JEMAAH TABLIKH DAN PKR.

Mereka ini tidak sependapat dan tidak mahu tolong menolong antara satu sama lain. Walau pun perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Amat sukar untuk melihat mereka ini duduk satu meja untuk membincangkan dan menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Bangsa bukan Melayu mengambil kesempatan di atas kehancuran perpaduan Melayu ini. Mereka menjadi lalang. Mereka berkawan dengan semua kumpulan Melayu ini. Tujuannya hanya untuk mencari peluang ke atas mana-mana kumpulan Melayu yang kuat.

Setelah kumpulan Melayu yang kuat itu lemah, mereka berpindah menyokong mana kumpulan Melayu yang kuat. Hal ini yang dikatakan umpama lalang.


25 August, 2011

Pembangkang mahu menamatkan riwayat institusi Kesultanan Melayu.

Dah lama dah...perancangan untuk menamatkan institusi Kesultanan Melayu.
Kaum pembangkang, semakin berani memperlihatkan matlamat dan cita-cita mereka untuk menamatkan dan menghilangkan institusi Kesultanan Melayu di Malaysia.
Keberanian ini terserlah semenjak mereka berjaya menguasai beberapa negeri dan telah berjaya mengurangkan kerusi BN di dewan rakyat.
Matlamat ini dibuat secara halus, apabila mereka mula tidak menghormati beberapa keputusan yang telah dibuat oleh baginda sultan, seperti di negeri Perak dan Selangor.
Di negeri Perak umpamanya, ada antara ADUN DAP yang berbangsa Cina, tidak memakai pakaian rasmi semasa sidang DUN. Hal ini, jelas menunjukkan yang mereka menentang dan tidak menghormati sistem dan adat istiadat yang sedia ada.
Saya melihat pihak yang ketara mencanangkan agar sistem pusaka Melayu ini dihapuskan ialah bangsa Cina dari parti DAP.
Mungkin mereka ini berfahaman komunis. Fahaman komunis jelas menentang institusi kesultanan atau sistem feudal.
Jika dilihat, situasi pihak pembangkang sekarang, DAP mendominasi, maka DAP boleh mengarahkan penjilat-penjilat mereka seperti PAS dan PKR agar menyembunyikan semboyan dan lagu yang sama, maka lahirlah Melayu-melayu seperti Nizar di Perak, Khalid Ibrahim di Selangor, Anuar Ibrahim dan ramai lagi.
Mereka ini jelas menentang beberapa keputusan yang telah dibuat oleh Sultan negeri masing-masing.

04 August, 2011

Ke mana hala tuju politik anak muda Melayu Islam

Politik adalah kuasa. Dengan adanya kuasa, pihak yang berkuasa dapat mencaturkan hidup seseorang, masyarakat dan negara. Oleh itu, kuasa adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Jika sejarah nabi Muhammad S.A.W diambil ikhtibar. Penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah selain kerana wahyu Allah, ianya juga berkaitan dengan kuasa. Agama Islam tidak dapat disebarkan Mekah pada awal Islam diturunkan. Dakwah rasulullah ditentang keras oleh kaum Quraish. Kaum Quraish yang berkuasa di kota Mekah menggunakan apa sahaja untuk menghalang penyebaran agama Islam.
Politik adalah kuasa. Dengan adanya kuasa, pihak yang berkuasa dapat mencaturkan hidup seseorang, masyarakat dan negara. Oleh itu, kuasa adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sejarah nabi Muhammad S.A.W diambil ikhtibar. Penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah selain kerana wahyu Allah, ianya juga berkaitan dengan kuasa. Agama Islam tidak dapat disebarkan Mekah pada awal Islam diturunkan. Dakwah rasulullah ditentang keras oleh kaum Quraish. Kaum Quraish yang berkuasa di kota Mekah menggunakan apa sahaja untuk menghalang penyebaran agama Islam.
Setelah baginda berhijrah ke Madinah, baginda diberi tanggungjawab oleh penduduk Madinah untuk menjadi pemimpin tertinggi mereka. Dalam erti kata lain, baginda rasulullah mendapat mandat sebagai pemerintah dan baginda berkuasa di Madinah.
Apabila baginda mempunyai kuasa, baginda telah menyusun struktur pentadbiran kerajaan Madinah. Dengan kuasa yang ada itu juga, baginda berdakwah dengan tanpa gangguan dari mana-mana pihak.
Oleh itu, di negara ini, kuasa terletak didalam tangan kaum Melayu Islam. YDPA memegang pemerintah utama negara dan mendapat sokongan dari barisan kabinet yang diketuai oleh perdana menteri yang berbangsa Melayu Islam. Dengan itu, corak pemerintahan negara ini lebih kepada bercorak Islam.
Namun begitu, apa yang diperhatikan sekarang, anak muda Melayu lebih cenderong untuk menukar pemerintah negara ini kepada bangsa bukan Melayu yang bukan beragama Islam. Mereka lebih suka melihat DAP menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan apabila dua buah negeri yang diperintah oleh Melayu yang beragama Islam iaitu Kedah dan Selangor, terpaksa mengikut telunjuk DAP apabila hendak membuat keputusan berkaitan pentadbiran negeri tersebut.
Jika ini berlaku, bagaimanakah corak pemerintahan yang akan berlaku di negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.
Anak muda Melayu perlu berfikir dengan lebih matang, matang dalam berpolitik akan mematangkan kita dalam kehidupan.

Kemana hala tuju politik anak muda Melayu.

Politik adalah kuasa. Dengan adanya kuasa, pihak yang berkuasa dapat mencaturkan hidup seseorang, masyarakat dan negara. Oleh itu, kuasa adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sejarah nabi Muhammad S.A.W diambil ikhtibar. Penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah selain kerana wahyu Allah, ianya juga berkaitan dengan kuasa. Agama Islam tidak dapat disebarkan Mekah pada awal Islam diturunkan. Dakwah rasulullah ditentang keras oleh kaum Quraish. Kaum Quraish yang berkuasa di kota Mekah menggunakan apa sahaja untuk menghalang penyebaran agama Islam.

Setelah baginda berhijrah ke Madinah, baginda diberi tanggungjawab oleh penduduk Madinah untuk menjadi pemimpin tertinggi mereka. Dalam erti kata lain, baginda rasulullah mendapat mandat sebagai pemerintah dan baginda berkuasa di Madinah.

Apabila baginda mempunyai kuasa, baginda telah menyusun struktur pentadbiran kerajaan Madinah. Dengan kuasa yang ada itu juga, baginda berdakwah dengan tanpa gangguan dari mana-mana pihak.

Oleh itu, di negara ini, kuasa terletak didalam tangan kaum Melayu Islam. YDPA memegang pemerintah utama negara dan mendapat sokongan dari barisan kabinet yang diketuai oleh perdana menteri yang berbangsa Melayu Islam. Dengan itu, corak pemerintahan negara ini lebih kepada bercorak Islam.

Namun begitu, apa yang diperhatikan sekarang, anak muda Melayu lebih cenderong untuk menukar pemerintah negara ini kepada bangsa bukan Melayu yang bukan beragama Islam. Mereka lebih suka melihat DAP menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia.

Jika ini berlaku, bagaimanakah corak pemerintahan yang akan berlaku di negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.


28 July, 2011

BILA MELAYU MENJADI TAKUT.

Apabila Melayu menjadi penakut, maka akan ada orang lain mengambil kesempatan ke atas bangsa Melayu.


Bangsa lain yang sudah mampu dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial yang lebih baik dari Melayu, sedang menanti peluang untuk mengambil alih pemerintahan negara ini dari Melayu.


Mereka memahami bahawa mereka bukan peribumi Tanah Melayu, tetapi dari segi teknikalnya mereka layak untuk menentukan dasar-dasar dalam negara ini.


Mereka mahu dasar-dasar yang menyebelahi kaum Melayu dihapuskan, seperti perkara-perkara yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Contohnya, dari sudut kuota kemasukan ke universiti dan beberapa keistimewaan lain, seperti tanah rezab.

APABILA MELAYU TAKUT DI BUMI SENDIRI 3.0

1. Jika dikatakan Melayu penakut, ramai yang akan marah.

2. Jika betul-betul Melayu berani, kenapa apabila negara Melayu dihina oleh Namewee, tiada siapa pun yang marahkan atau tangkap Namewee. Beliau siap boleh buat filem dan akan ditayangkan dalam negara ini dan filem itu dilakonkan oleh orang melayu juga seperti Aflin dan Adibah Noor.

3. Jika betullah Melayu itu berani, kenapa tiada siapa marah kepada Melayu yang yang hina sultan Perak. (Melayu tidur atas jalan menghalang kenderaan raja muda ke istana). Jika zaman dahulu, Melayu yang hina sultan akan dibunuh oleh Melayu yang sayangkan institusi sultan tersebut, namun sekarang?

4. Jika Melayu berani dan bukan penakut, kenapa tiada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada Ambiga, jelas dan terang beliau menghina dan buat perangai keling apabila YDPA melarang mengadakan perarakan bersih pada 9 Julai.

5. Ada juga Melayu yang kata Ambiga lebih layak masuk syorga dari Melayu UMNO. Ulamak yang cakap macam tu...dalam erti kata lain, tak perlu mengucap boleh masuk syorga? DOOnia gila sekarang...

5. Adakah Melayu berani?

25 July, 2011

MELAYU TAKUT DI BUMI SENDIRI

1. Kenapa bangsa Melayu terlalu bertolak ansur. Sehingga bila perkara ini akan berlaku?


2. Adakah sehingga semua perkara-perkara yang menjadi hak Melayu akan menjadi hak semua kaum baru Melayu akan berhenti bertolak ansur.


3. benarlah dan betullah negara ini adalah negara berbilang kaum. Namun tidak semua ahak yang ada dalam negara ini perlu menjadi hak semua kaum.


4. tetapi sekarang kaum lain cuba memiliki semua hak yang ada dalam negara ini menjadi hak untuk semua. Hal ini disokong oleh oranag Melayau sendiri.


5. Dalam erti kata lain, Melayu sendiri mahu buka hak kepunyaan Melayu kepada bangsa lain. melayu sendiri yang mahukan?


6. Jika semua hak yang ada menjadi milik semua orang tanpa mengira kaum. Maka negara ini tidak lagi menjadi seperti matlamat asal penubuhan negara bangsa ini.


7. Melayu sendiri mahu...apa nak kata lagi...


8. Bangsa lain menanti sahaja peluang yang ada. mereka sudah lama mengimpikan semenanjung Tanah Melayu ini menjadi hak milik mereka.


9. Lihat sahaja, bagaimana mereka menguasai bandar-bandara penting dalam negara ini. Mereka juga sudah memiliki dua buah negeri atau dua buah PULAU. Iaitu Pulau Singapura dan Pulau Pinang...semua kerana Melayu yang BAGI...Melayu yang BAGI kedfua-dua PULAU ini kepada kaum bukan Melayu...Melayu pula yang mengalah tidak mahu tinggal di Pulau tersebut...

21 July, 2011

MELAYU PENAKUT DI TANAH SENDIRI (BAB 1)

Melayu merujuk kepada nama sebuah kaum. Melayu adalah kaum yang teramai di Tanah Melayu. Melayu ramai apabila definisi Melayu itu ditulis dalam perlembagaan persekutuan sebagai orang yang menganut agama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan keturunannya lahir sebelum dan selepas merdeka di Tanah Melayu.


Melayu dikenali sebagai satu kaum yang tebal semangat tolong menolong dan semangat tolerasi serta memberi muka kepada orang lain.


Melayu malu hendak minta orang berhutang membayar balik hutangnya.


Melayu sukkan hiburan.


Melayu lebih suka hidup selesa dengan apa yang ada, tidak mahu bekerja lebih, untuk menambahkan pendapatan.


Melayu tidak kisah apabila haknya dipertikaikan, kerana pada Melayu tolong menolong adalah perkara mulia.


Melayu lebih suka mendengar dan cepat bersetuju atau menolak sesuatu perkara tanpa memikir secara mendalam apa yang disampaikan.


Melayu tidak suka bersatu.


Melayu lebih suka duduk dalam kelompok-kelompok tertentu yang menyenangkan mereka. Jika ada kelompok yang memberi tekanan, mereka akan menjauhkan diri dari kelompok tersebut.........

05 July, 2011

PARIA yang hina YDPA

Inilah Paria yang menghina YDPA...PARIA yang dilahirkan oleh DAP untuk menghina MELAYU ISLAM...sesiapa jumpa dia sila ludah ke muka dia...



04 July, 2011

Buat perhimpunan BERSIH 2.0 di Pulau Pinang...

Aku nampak puak pembangkang dah terasa yang mereka akan kalah besar dalam PRU ke-13...Oleh itu, depa cari akai, buat cerita supaya nampak seperti depa kuat...Sebab itulah depa buat perhimpunan BERSIH 2.0 tahun 2011.


Jika tahun 2008...perhimpunan BERSIH pertama dibantu oleh iklan DIGI yang melahirkan watak manusia kuning. Manakala bagi tahun 2011, BERSIH dipelopori oleh seorang wanita India keturunan PARIA pula.


Aku rasa elok dan canteekkk jika perhimpunan BERSIH 2.0 ini dilaksanakan di Pulau Pinang.


Bukan ke Lim Guan Eng dilahirkan sebagai pemimpin jalanan. Pasti beliau memahami denyut nadi penunjuk perasaan. Mudah le urusan untuk pihak urusetia BERSIH melaksanakan agenda.


Oleh itu jika ada sesiapa yang terbaca nota ini, p la bagi tau kat PARIA tu, pindahkan lokasi perhimpunan dari KL ke PP...


Nak lagi canteeekk buat je atas jambatan Pulau Pinang tu...biar MAMPOS ekonomi Pulau Pinang...

22 June, 2011

DAP Celaka laknat mengesahkan anti Islam...

Puak Celaka DAP laknat mengesahkan yang depa anti Islam...Mereka kata pakai songkok bercirikan Islam...sudah terang dan jelas yang mereka tetap berpegang langkah mayat mereka dahulu untuk menegakkan Islam di Malaysia...Namun masih ada umat Islam di negara ini menyokong dan taat setia serta menuruti langkah dan tindakan puak celaka ini...aku pun tak tau nak kata apa...sebab yang sokong DAP ini bukan orang yang tidak sekolah ...semua pandai-pandai belaka...apa lagi yang membuatkan mereka tidak faham aku pun tak tau...


Untuk penjelasan lanjut anda boleh baca di SINI