28 July, 2011

BILA MELAYU MENJADI TAKUT.

Apabila Melayu menjadi penakut, maka akan ada orang lain mengambil kesempatan ke atas bangsa Melayu.


Bangsa lain yang sudah mampu dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial yang lebih baik dari Melayu, sedang menanti peluang untuk mengambil alih pemerintahan negara ini dari Melayu.


Mereka memahami bahawa mereka bukan peribumi Tanah Melayu, tetapi dari segi teknikalnya mereka layak untuk menentukan dasar-dasar dalam negara ini.


Mereka mahu dasar-dasar yang menyebelahi kaum Melayu dihapuskan, seperti perkara-perkara yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Contohnya, dari sudut kuota kemasukan ke universiti dan beberapa keistimewaan lain, seperti tanah rezab.

No comments: