03 May, 2014

Melayu Melayu Melayu...





1. Ketua pemuda parti Gerakan, Tan Keng Liang berkata " orang Melayu
merangkak di jalan raya kerana mereka mudah dimanipulasi oleh pemimpin
PKR dan PAS.

2. Beliau juga secara sini berkata " mereka yang
turun ke himpunan semalam (himpunan membantah GST di Dataran Merdeka 1
Mei ) sebahagian besarnya adalah Melayu kerana orang Cina sibuk menonton
filem Spiderman di pawagam"

3. Pandangan bangsa Cina terhadap kelibat orang Melayu dalam aktiviti jalanan adalah jelas.

4. Melayu mudah dimanipulasikan.

5. Melayu Suka buang masa yang tidak berfaedah.

6. Melayu suka hura-hura.

7. Cina kata kepada Melayu, kata kepada pemimpin Melayu yang memanipulasikan Melayu itu sendiri, pemimpin Melayu PKR dan PAS.

8. Cina tak kata kat Cina. (Gerakan tak kata kat DAP)

9. Ini jelas dalam kenyataan ketua pemuda gerakan di atas.

10. Beliau hanya menyebut PKR dan PAS.

11. Beliau tidak sebut DAP.

12. Melayu - fikirlah masa depan Melayu.

Melayu Melayu Melayu...



1. Ketua pemuda parti Gerakan, Tan Keng Liang berkata " orang Melayu
merangkak di jalan raya kerana mereka mudah dimanipulasi oleh pemimpin
PKR dan PAS.

2. Beliau juga secara sini berkata " mereka yang
turun ke himpunan semalam (himpunan membantah GST di Dataran Merdeka 1
Mei ) sebahagian besarnya adalah Melayu kerana orang Cina sibuk menonton
filem Spiderman di pawagam"

3. Pandangan bangsa Cina terhadap kelibat orang Melayu dalam aktiviti jalanan adalah jelas.

4. Melayu mudah dimanipulasikan.

5. Melayu Suka buang masa yang tidak berfaedah.

6. Melayu suka hura-hura.

7. Cina kata kepada Melayu, kata kepada pemimpin Melayu yang memanipulasikan Melayu itu sendiri, pemimpin Melayu PKR dan PAS.

8. Cina tak kata kat Cina. (Gerakan tak kata kat DAP)

9. Ini jelas dalam kenyataan ketua pemuda gerakan di atas.

10. Beliau hanya menyebut PKR dan PAS.

11. Beliau tidak sebut DAP.

12. Melayu - fikirlah masa depan Melayu.

Melayu perlu seorang lagi Dato' Onn.


Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar seorang Pegawai Daerah di Batu Pahat Johor yang banyak berjasa kepada orang Melayu. Beliau telah berjaya mengumpul hampir 300 para pemimpin  Melayu dari 41 buah pertubuhan, persatuan dan pergerakan Melayu seluruh semenanjung Tanah Melayu. Mereka bersidang  di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946. Itulah kongres pertama bagi orang Melayu yang berjaya mengumpulkan semua orang Melayu tanpa mengira darjat, pangkat, ideologi dan suku bangsa. Hasil dari kongres tersebut, lahirlah Pertubuhan Melayu Bersatu.
            Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba) telah menambah perkataan ‘kebangsaan’ pada nama Pertubuhan Melayu Bersatu menjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) atau dalam bahasa Inggeris, United Malays National Organisation ringkasnya UMNO. Secara dasarnya UMNO adalah sebuah pertubuhan Melayu yang wujud di atas kesedaran yang ikhlas untuk mempertahankan maruah, martabat dan kedaulatan bangsa Melayu.
            UMNO berjuang untuk memastikan Malayan Union digagalkan. Malayan Union adalah dasar British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘Jajahan Takluk Britain’. Dalam tempoh tiga bulan sahaja Sir Harold MacMichael telah berjaya memperolehi tandatangan persetujuan penyerahan kuasa dari sembilan orang Raja-raja Melayu, tanpa menghadapi banyak masalah atau bantahan. Malayan Union secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1946.
            Apabila orang Melayu menyedari tentang rancangan jahat Inggeris itu, seluruh orang Melayu di Semenanjung bangkit menentang. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan lain-lain telah memain peranan membangkitkan semangat orang Melayu menentang Inggeris.         
            Apabila menyedari  ancaman yang akan dihadapi setelah melihat kebangkitan orang Melayu seluruh pelosok tanah air, British membatalkan perjanjian tersebut tiga bulan selepas Malayan Union ditubuhkan, iaitu pada bulan Jun 1946. Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Kejayaan besar UMNO selain berjaya memerdekakan Tanah Melayu adalah menggagalkan Malayan Union.
            Gendang penyatuan yang dilaungkan oleh Dato’ Onn bin Dato Jaafar dan dibantu akhbar-akhbar Melayu telah berjaya menyatukan seluruh umat Melayu di semenanjung Tanah Melayu dari Perlis hingga ke Singapura. Hal ini adalah sejarah besar orang Melayu.
            Orang Melayu sebelum itu tidak pernah bersatu di atas nama sebuah pertubuhan. Masing-masing bergerak dengan jalan sendiri. Pada ketika itu, negeri-negeri Melayu mempunyai struktur pentadbiran yang berasingan. Orang Melayu hanya taat kepada sultan negeri masing-masing. Semangat kenegerian, suku, daerah dan negeri menyebabkan orang Melayu terpisah.
            Jika dikaji tentang perjuangan orang Melayu menentang Inggeris. Penentangan awal telah diketuai oleh Dato’ Naning Abdul Said (Dol Said) di Naning, Abdul Rahman bin Imam Noh (Dato’ Bahaman) di Pahang, Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid di Terengganu, Tuan Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut ) di Kelantan, Pandak lam (Dato’ Maharaja Lela)  di Perak dan ramai lagi pejuang Melayu. Namun perjuangan mereka ini gagal. Pejuang-pejuang bangsa ini dibunuh, ditangkap dan dibuang negeri. Hal ini demikian kerana mereka tidak bersatu menentang Inggeris. Penentangan tersebut berlaku di dalam negeri dan daerah masing-masing.
            Sebelum tertubuhnya UMNO, terdapat juga parti-parti politik orang Melayu yang berjuang menentang Inggeris. Antaranya ialah Hisbul Muslimin, AWAS, API, PKMM dan KMM. Namun parti-parti ini tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu seperti mana UMNO. Malah PKMM juga salah satu pertubuhan yang pada awalnya juga bernaung di bawah payung UMNO. Tetapi PKMM tidak terus bersama UMNO menentang Malayan Union.
            Sudah 52 tahun Dato’ Onn meninggalkan kita. Beliau meninggal pada 19 Januari 1962 pada usia 67. Pada ketika ini, orang Melayu memerlukan seorang lagi Dato’ Onn. Orang Melayu perlu diseru untuk duduk berbincang. Seruan penyatuan bangsa ini perlu dimulakan. Orang Melayu perlu mengenepikan fahaman politik, taraf kedudukan dan pemikiran yang berbeza.
            Antara ucapan Dato’ Onn, yang disampaikan dengan nada dan suara lantang dan bersemangat semasa berlangsungnya kongres di Kelab Sultan Sulaiman Kampung baru, Kuala Lumpur. Dato’ Onn menyeru umat bangsanya supaya bersatu padu. Ujar Dato’ Onn :
            “…sesungguhnya ada di antara kita yang berlainan fikiran dan fahaman serta berlainan taraf kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua: iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu…”
            Dari isi ucapan tersebut, orang Melayu hanya akan kuat apabila bersatu. Sejarah telah membuktikan, apabila orang Melayu bersatu, kita berjaya menggagalkan pelaksanaan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan 12 tahun selepas itu. British gerun apabila melihat kebangkitan orang Melayu yang tidak disangka-sangka ketika itu. Dalam erti kata lain orang Melayu berjaya menghalau balik British pada ketika itu adalah kuasa besar dunia.
            Ketika ini, kita diuji dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh orang bukan Melayu dan juga pemimpin agama lain. Isu kalimah Allah, isu bahasa Melayu, isu hak keistimewaan orang Melayu dan banyak lagi isu yang cuba ditimbulkan untuk melihat bagaimana orang Melayu bertindak balas. Namun apa yang berlaku, orang Melayu bertelagah antara satu sama lain. Hal ini memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pihak yang mahu melihat orang Melayu terus bertelagah antara satu sama lain.
            Orang Melayu perlu sedar dan disedarkan tentang mereka sekarang diperkotak-katikkan dan diperlagakan antara satu sama lain. Jangan terlalu banyak kongres tetapi yang hadir dalam kongres tersebut hanya pihak-pihak tertentu sahaja. Semua kepimpinan Melayu tanpa mengira fahaman politik perlu duduk semeja dan memikirkan hala tuju demi masa depan generasi Melayu akan datang.