20 February, 2012

Untuk Siapa Imbuhan Ini???

Antara langkah-langkah pelan transformasi negara kerajaan Barisan Nasional.

1. Tok Imam yang berjumlah 4,254 orang seluruh negara dapat kenaikan elaun dari RM 450.00 kepada RM 750.00 sebulan.

2. Guru KAFA mendapat kenaikan elaun dari RM 500.00 kepada RM 800.00

3. Elaun guru takmir dinaikkan menjadi RM 100.00 bagi setiap slot yang diajar.

4. Johan Qori dan Qoriah tilawah antarabangsa mendapat imbuhan setiap bulan RM 2,000.00 sepanjang hayat mereka.

5. Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat setiap tahun RM 95 juta.

18 February, 2012

Mainan Anuar adalah "kata-kata"

Michael Ordman penulis The Jerusalem memuji pendirian Anuar untuk melindungi Israil. (Rujuk : Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com 6 Februari 2012). Hal ini memberi gambaran tentang kenyataan Anuar untuk mempertahankan Israil adalah kenyataan yang utama dan niat yang utama.
Namun Anuar menyatakan, kenyataan beliau diputarbelitkan. Secara faktanya beliau berkata "menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel" kenyataan selepas itu adalah kenyataan yang kedua, yang utamanya adalah"menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel" itu pendirian.
Anuar tetap tidak mengaku bersalah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Nik Aziz menyuruh beliau menarik balik kenyataan, namun Anuar tetap dengan pendirian beliau. Dalam erti kata sebenar Anuar tidak menghormati pendirian dan prinsip PAS....
Merujuk pula kenyataan Nik Aziz dalam utusan Sabtu 18 Februari, M/S 18, Nik Aziz Kata "itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili PAS, dia mewakili PKR. Itu tak apa ( Anuar tidak menghormati pendirian PAS ), dia punya pasal, tak ada apa,"
Anuar perlekeh PAS, tetapi Nik Aziz tak kisah....

03 February, 2012

Melayu

Melayu bangsa yang beragama Islam. Melayu ada jadi ahli UMNO, PAS, PKR, DAP, PPP, GERAKAN DLL....

Melayu yang sokong DAP, adalah Melayu yang sokong agenda Malaysian Malaysia.

Malaysian Malaysia berteraskan kesamarataan bukan adil....

Jika tidak adil kita jadi zalim...contohnya bilangan yang ramai diberi sama banyak seperti bilangan yang sedikit...

Jika agenda DAP disokong oleh Melayu bermakna Melayu mahu menghilangkan hak keistimewaan Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Secara tidak langsung Melayu sendiri mahu menghilangkan identitinya sendiri.
Melayu PAS yang jelas menyokong DAP perlu sedar...adakah anda sokong DAP akan memberi keuntungan kepada anak cucu Melayu nanti....? tepuk dada tanya minda....
Jika PAS hanya bertanding 60 kerusi di parlimen...maka 162 kerusi lagi akan jadi kepunyaan DAP dan PKR...adakah ini akan menyebabkan Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah Malaysia.