24 October, 2011

HIMPUN

Mengapa parti politik Melayu, UMNO dan PAS takut nak join HIMPUN?
Aku adalah ahli dan penyokong UMNO yang tegar. Tetapi apabila, program seperti HIMPUN diadakan, iaitu program yang berkaitan memperkukuhkan Islam di Tanah Melayu ini. Aku lihat UMNO seperti takut nak terlibat sama.
Manakala PAS, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tak payah kata apa lah...PAS adalah parti yang bangang...PAS memang sah penakut dan mereka sangat takut untuk terlibat kerana takut kepada DAP...nanti DAP maki hamun, boleh terberak depa, PAS terlalu taat kepada DAP, apa sahaja kata depa kira betul sahaja. Itulah parti PAS parti yang jadi balaci dan anjing kepada DAP...penjilat kaki DAP je kerja depa....bab Islam depa tak mau terlibat, takut DAP jerkah.
Tetapi pada aku UMNO tidak perlu takut, UMNO perlu terlibat kerana ini berkaitan dengan hal ehwal Islam. UMNO ditubuhkan pun kerana mahu membela umat Islam di Tanah Melayu dari terus dijajah oleh kafir laknatullah.
Tetapi UMNO dilihat mengambil jalan tengah, UMNO buat kenyataan tidak terlibat dalam menganjurkan HIMPUN, tetapi membenarkan ahli-ahli UMNO hadir dalam HIMPUN.
Yang aku mahu, UMNO perlu kata, " kita sokong HIMPUN, demi umat Islam". Aku yakin jika UMNO berani dalam hal ini, Melayu Islam tidak kira dari UMNO itu sendiri, malah PAS, PKR dan orang atas pagar melihat inilah keberanian UMNO dalam mempertahankan Islam dan menegakkan akidah umat Islam di Malaysia.

20 October, 2011

Akan runtuh institusi Kesultanan Melayu

Akan runtuh institusi Kesultanan Melayu. Apabila bangsa Melayu sendiri tidak menghormati baginda sultan.

Bangsa Melayu dijadikan benteng hadapan dalam meruntuhkan institusi berdaulat dan bersejarah ini.

Siapa yang menggerakkan ini? Tangan-tangan ini mempunyai agenda yang lebih besar. Jika tangan-tangan ini berjaya, maka satu-satunya bangsa yang memerintah negara Islam akan hancur.

Dunia ini akan hilang satu-satunya negara yang dapat memberi sumbangan kepada ketamadunan Islam di sebelah timur. Yang telah berjaya menggerunkan barat dengan suara-suara dari pemimpin Melayu Islam yang lantang dan berani.

19 October, 2011

PAS sah menjadi anjing DAP

PAS yang kononnya dikatakan parti yang memperjuangkan Islam. Tetapi apabila isu murtad dibangkitkan PAS tarik diri, tak mau campur, tak mau terlibat. Sedangkan ini berkaitan hal umat Islam. Isu murtad ini bukan hal politik. Hal ini berkaitan dengan umat Islam. PAS sepatutnya terlibat.
Namun, kerana terlalu takut atau nak jaga hati DAP. PAS sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka. PAS semakin hilang taring dalam memperjuangkan Islam.
Dulu : PAS nak laksanakan HUDUD - sekarang tidak.
Dulu : PAS nak tubuhkan negara Islam - sekarang tidak.
Dulu : Menentang penjualan arak - sekarang tidak.
Dulu : Nak tutup rumah urut dan kelab malam - sekarang tidak.
Dulu : Pertahankan Allah - sekarang Allah nak dikonsi dengan kristian.
Apa ni...hampa ni betul betul anjing belaan DAP.

15 October, 2011

UMNO PERLU BERUBAH CEPAT

UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu mempertahankan kedaulatan Islam di
Malaysia. UMNO juga parti yang dapat meneruskan syiar Islam agar terus subur
hingga ke akhir zaman di bumi bertuah ini. Tidak ada mana-mana parti yang
semampu UMNO.
Tetapi apa yang dilihat sekarang UMNO dalam keadaan celaru. Ada antara pemimpin
-pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri. Pemimpin yang aku maksudkan
adalah pemimpin yang tidak ambil berat tentang hal ehwal rakyat.
Kebanyakan pemimpin ini berada di peringkat bahagian dan cawangan.
Mereka ini ada yang menjadi ADUN dan ketua bahagian. Mereka membina satu
jurang, hal ini menyebabkan rakyat membenci pemimpin dan secara tidak langsung
membenci UMNO.
Orang-orang inilah yang merosakkan UMNO. Jika UMNO rosak maka rakyat akan
berubah, dari menyokong kepada tidak menyokong UMNO lagi.
Jika UMNO lemah, bagaimana mungkin UMNO akan terus mempertahankan Islam?
UMNO berada di dalam Barisan Nasional. Kekuatan UMNO terletak di atas
kepercayaan bangsa Melayu. Apabila UMNO kuat, bangsa bukan Melayu juga akan
memberi penghormatan kepada UMNO dan secara tidak langsung kepada bangsa
Melayu dan Islam.

12 October, 2011

HENDAK MENANG ATAU HENDAK KALAH.

Gendang PRU sudah disediakan. Pemukul pun sudah disediakan. Hanya menunggu untuk dipalu sahaja.
Barisan Nasional akan bertanding di semua kerusi, sama ada kerusi negeri atau parlimen. Bn akan ditentang bermati matian oleh pembangkang yang gila mahu merampas Putrajaya.
UMNO yang menjadi tonggak dalam Barisan Nasional sudah bersediakah menghadapi semua ini?
Apa yang dilihat, UMNO sebenarnya belum bersedia. Pemimpin UMNO di peringkat bahagian masih celaru. Mereka masih tidak bersatu untuk sama-sama menyusun jentera pilihanraya. Tidak ada lagi di peringkat bahagian yang aku lihat mempamerkan aktiviti-akviti untuk menghadapi PRU.
PRU kali ini adalah medan menentukan maruah Melayu terus dihormati atau dicaci.
UMNO yang dilihat satu-satunya parti yang dapat mempertahankan maruah Melayu Islam di negara ini dilihat masih meraba-raba di dalam kegelapan. Mencari satu titik pertemuan di dalam gelap.
Titik itu ada, namun masih belum dijumpai, sampai bila, bilakah waktunya UMNO di peringkat bahagian mahu duduk semeja mencari formula bagaimana hendak menyatukan ahli-ahli, meramaikan ahli-ahli, menyusun strategi memenangi PRU-13 dan seterusnya mengekalkan undi rakyat berbilang kaum kepada BN.
Pihak pembangkang yang sebenarnya celaru dan busuk. Mereka tidak kuat dan amat lemah. Namun begitu, UMNO dan parti-parti kompenun dalam BN tidak mengambil peluang untuk memberi tahu kepada rakyat tentang hal ini.
Sebaliknya, yang membantu UMNO dan kompenan BN adalah NGO dan badan-badan persendirian yang kerap melakukan aktiviti untuk menyedarkan serta mengukuhkan perpaduan rakyat.

09 October, 2011

SLOGAN UMNO PERLU DIUBAH : JIHAD MELAYU DEMI ALLAH

UMNO Sebuah parti keramat yang telah berjaya menyatukan Melayu, yang sebelum itu berpecah dan tidak pernah bersatu. Pertubuhan ini telah menggegarkan dunia. Bangsa Inggeris yang lebih dikenali sebagai British telah berjaya dikalahkan oleh pertubuhan ini.

Dengan slogan 'Hidup Melayu', telah menjadi slogan keramat yang berjaya menyatukan bangsa Melayu dan menaikkan semangat mereka menentang penjajah. Sehingga Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan.

Itu cerita lama, sudah menjadi bahan sejarah negara.

Sekarang, UMNO perlu berada dalam dimensi baru. Agar menjadi relevan mengikut rentak masa kini. UMNO perlu berubah sebelum diubah.


Untuk itu saya mencadangkan slogan baru untuk UMNO. "JIHAD MELAYU DEMI ALLAH"

Semoga dengan adanya slogan seperti ini akan memberi satu semangat kepada bangsa Melayu Islam untuk terus berjihad di jalan Allah dalam semua sudut. Sama ada sudut agama, bangsa, tanah air, diri serta keluarga, ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.

Semua kompenan ini memerlukan satu sentuhan baru agar Melayu Islam di Malaysia ini dapat bersaing dengan bangsa bukan Melayu.

05 October, 2011

Melayu berpecah Cina dan India untung.

Jika dilihat waktu ini, Melayu berpecah dan tidak bersatu dalam banyak perkara.

Mereka ini terdiri dari beberapa kumpulan seperti UMNO, PAS, ATAS PAGAR, JEMAAH TABLIKH DAN PKR.

Mereka ini tidak sependapat dan tidak mahu tolong menolong antara satu sama lain. Walau pun perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Amat sukar untuk melihat mereka ini duduk satu meja untuk membincangkan dan menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa dan agama.

Bangsa bukan Melayu mengambil kesempatan di atas kehancuran perpaduan Melayu ini. Mereka menjadi lalang. Mereka berkawan dengan semua kumpulan Melayu ini. Tujuannya hanya untuk mencari peluang ke atas mana-mana kumpulan Melayu yang kuat.

Setelah kumpulan Melayu yang kuat itu lemah, mereka berpindah menyokong mana kumpulan Melayu yang kuat. Hal ini yang dikatakan umpama lalang.