11 March, 2010

UMNO buang burok..PAS n DAP kutip Sampah

Sapa buang burok? sapa kutip sampah?

Sejarah menjelaskan Anuar Al Juburi adalah ahli UMNO yang dibuang oleh Tun Dr.Mahadhir atas kesalahan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Bila keluar UMNO, Anuar dan penyokong beliau buat parti baru iaitu PKR. PKR, DAP dan PAS bergabung atas nama Pakatan Rakyat. Anuar dilantik sebagai ketua kumpulan pembangkang.

Jelas disini UMNO buang burok, PAS n DAP kutip Sampah...

Oleh itu apabila ramai YB PKR meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat, jelas menunjukkan mereka telah sedar bahawa selama ini mereka tersalah pilih kawan...tapi sayangnya kesedaran itu mengambil masa 11 tahun.

Tempoh yang terlalu panjang itu telah merugikan rakyat, agama, bangsa dan tanah air.

UMNO adalah parti yang cukup mulia. Kerana sanggup menerima semula orang-orang yang pernah lari meninggalkan UMNO.

Mereka inilah manusia-manusia yang pernah mencaci UMNO, mencerca UMNO, melanyak UMNO, menghentam UMNO, maki hamun UMNO...

alhamdulillah akhirnya mereka sedar...

02 March, 2010

UMNO JANGAN SYOK....

Orang UMNO jangan syok atau gembira apabila ada wakil-wakil rakyat pembangkang terutamanya daripada PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Masalah-masalah berbangkit di kalangan parti-parti pembangkang, seperti kritikan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng dan kepimpinan PKR bukan petanda aras sokongan rakyat sudah kembali kepada UMNO.

Yang sebenarnya, rakyat dalam keadaan terpinga-pinga dengan suasana politik negara sekarang. Rakyat tertanya-tanya dimanakah titik nokhtah terakhir semua perkara yang berlaku ini.

Rakyat sedang mencari arah tuju serta 'hero' baru yang mampu memberi kebaikan kepada mereka.

Inilah masanya untuk UMNO untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO lah 'hero' mereka tercari-cari itu.

Jika UMNO dapat menunjukkan perangai yang baik, moral yang tinggi, tidak angkuh, tidak sombong, tidak rasuah, tidak elit, tidak lupa rakyat maka rakyat akan kembali memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO...