30 November, 2010

Ketuanan Melayu (siri 3 )

1. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.


2. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.


3. Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.



4. Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.


5. Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.


6. Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi ‘hamba’ kepada siapa.


7. Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.


8.Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.


9. Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.


10. Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.


11. Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.


12. Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.

Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.

Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.

Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.



Ketuanan Melayu (siri 2 )

1. Konsep Ketuanan Melayu adalah satu konsep sejarah yang menunjukkan peribumi atau penduduk asal negara ini adalah orang Melayu.

2. Yang menjadi pemerintah juga adalah Melayu.(Sultan)

3. Sultan Melayu memerintah di negara-negara Melayu semenjak beribu tahun dahulu lagi.

4. Selepas negara kita merdeka sistem beraja ini masih dikekalkan tetapi di tambah dengan sistem demokrasi berparlimen.

5. Selepas merdeka, Malaysia mengguna pakai sistem pemerintahan bercorak Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. YDPA menjadi ketua negara berdasarkan perlembagaan persekutuan.

6. Apabila YDPA menjadi ketua negara merujuk Perkara 32 secara tidak langsung bangsa Melayu menjadi ketua negara.

7. Jawatan YDPA ini bergiliran antara 9 orang sultan Melayu. Orang bukan Melayu tidak boleh menjadi YDPA.

8. Ada beberapa negeri di Malaysia, jawatan Menteri Besar pun tidak boleh dipegang oleh orang bukan Melayu. Hal ini kerana termaktub di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri tersebut bahawa jawatan MB hanya boleh dipegang oleh orang Melayu beragama Islam.

9. Oleh itu, saya melihat perkara-perkara ini telah menyebabkan wujud anasir-anasir halus yang mahu sistem yang ada sekarang, berdasarkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri mahu dihapuskan.

10. Anasir ini mahukan sistem pemerintahan negara diubah kepada bentuk baru, secara tidak langsung pemerintahan negara di bawah kuasa Melayu (YDPA dan sultan ) akan hilang.

11. Tindak tanduk anasir ini mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu, Majlis Raja-raja dan agama Islam secara tidak langsung menjurus kepada usaha mewujudkan sebuah perlembagaan baru.

akan bersambung
12.

28 November, 2010

Ketuanan Melayu: Perlu Dipertahankan Demi Perpaduan. ( Siri 1)

1. Pada pendapat saya yang kerdil dan tidak berfikiran bijak ini. Konsep Ketuanan Melayu perlu teruskan dan dipertahankan demi perpaduan dan masa depan tanah air yang subur ini.

2. Konsep Ketuanan Melayu seringkali dipertikaikan oleh ahli-ahli politik pembangkang dan segelintir ahli UMNO serta beberapa orang sarjana yang pernah saya jumpa.

3. Pada mereka, konsep ini salah, kerana pada pendapat mereka Melayu bukan tuan.

4. Saya bersetuju, bahawa kaum Melayu bukan tuan dan tidak akan menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini. Jika berlaku, Melayu menjadi tuan, saya rasa tidak akan wujud 10 orang bukan Melayu menjadi orang terkaya di Malaysia.

5. Pada pendapat saya, konsep Ketuanan Melayu merujuk kepada sejarah Tanah Melayu. Pada asalnya negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Di Tanah Melayu terdapat beberapa negara Melayu.

6. Negara-negara Melayu diketuai oleh sultan-sultan yang dilantik berdasarkan keturunan. Apabila British hendak melaksanakan Malayan Union pada tahun 1946 sultan-sultan di 9 buah negara Melayu telah bersetuju untuk bersatu menjadi sebuah persekutuan. Kerana pada pendapat mereka, setelah bersatu bangsa Melayu akan menjadi kuat untuk menuntut kemerdekaan dari British. Hal ini telah menyebabkan wujud Persekutuan Tanah Melayu selepas perang dunia ke-2.

6. Manakala bangsa Cina dan India adalah pendatang (istilah yang tepat) yang datang untuk mencari rezeki di Tanah Melayu seperti Bangla dan Indon (istilah warganegara Bangladesh dan Indonesia) yang ada sekarang di seluruh negara.

7. Tetapi istimewanya bangsa Cina dan India, mereka telah diterima untuk menjadi warganegara Tanah Melayu yang sah oleh orang Melayu, terutamanya ahli-ahli UMNO.

8. Ahli-ahli UMNO di bawah pimpinan Tuanku Abdul Rahman (presiden UMNO kedua) pada tahun 1951 hingga 1955 telah bersetuju untuk menerima orang-orang bukan Melayu seperti Cina dan India menjadi wargenegara Tanah Melayu berdasarkan konsep Jus Soli.

9. Hal ini telah menyebabkan bangsa Cina dan India yang asalnya adalah pendatang dari negara asal masing-masing menjadi warganegara yang sah Tanah Melayu.

10. UMNO bersetuju menerima bangsa Cina dan India kerana itu adalah syarat kemerdekaan yang diberi oleh British.

11. Selain itu terdapat ahli-ahli perniagaan Cina yang tidak mahu balik ke negara asal kerana mereka telah memiliki perniagaan perlombongan dan ladang-ladang getah. Orang-orang Cina (kapitalis) telah menjadi jutawan di Tanah Melayu dan kebanyakan jutawan ini juga adalah bisnes partner British.

12. Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah berlaku beberapa rundingan air liur (tidak bersenjata). Setelah merdeka, sultan-sultan bagi setiap negara Melayu telah bersetuju untuk membuat pengeliran jawatan YDPA selama lima tahun sekali.

13. Selain sistem pemerintahan beraja, Persekutuan Tanah Melayu juga mengguna pakai sistem demokrasi berparlimen. Gabungan sistem demokrasi berparlimen dengan sistem beraja, maka Persekutuan Tanah Melayu mengguna pakai sistem pemerintahan negara bercorak Demokrasi Berparlimen dan Raja Berlembagaan.

14. Sultan atau Raja bagi 9 buah negara Melayu kekal menjadi pemerintah di setiap negara masing-masing. Tetapi apabila menjadi Persekutuan Tanah Melayu, negara-negara tersebut bertukar menjadi negeri-negeri.


akan bersambung...

15 November, 2010

DAP : Akan hancurkan pemerintahan Islam di Malaysia.

Bangsa Melayu tanpa mengira ideologi politik perlu mengetahui tentang agenda tersembunyi DAP sebuah parti sosialis yang aktif di Malaysia.

Apa yang jelas. DAP menentang dasar Ketuanan Melayu atau lebih jelas mereka tidak mahu kuasa pemerintahan negara Malaysia berada di tangan orang Melayu.

Pada mereka konsep yang dibawa oleh Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO ada konsep yang tidak adil.

Mereka percaya kepada konsep kesamarataan...

Untuk itu bangsa Melayu perlu mengetahui tentang matlamat mereka yang konsisten semenjak sebelum merdeka sehinggalah sekarang. Dasar mereka tidak berubah tetapi nama parti yang membawa dasar itu yang berubah. (PPP kepada DAP ).

Anda boleh merujuk di SINI tentang 'The Setapak Declaration 1967" iaitu 2 tahun sebelum berlaku pilihanraya umum dalam tahun 1969. Dengan adanya deklarasi setapak semangat mereka untuk bekerja telah membuah hasil yang baik dalam pilihanraya umum pada tahun 1969.

Mereka hampir berjaya menguasai negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

DAP AKAN GUNA ISA TINDAS MELAYU ALA S'PURA/ISRAEL

Pulau Pinang adalah contoh dan petanda terbaik yang menunjukkan DAP akan lebih kejam dan zalim apabila diberi kuasa.

Mereka akan kejam dan zalim dalam menindas rakyat terbanyak yang berhak di bumi Pulau Pinang seperti Palestin di tindas Zionis Yahudi di Israel.

Baik pemimpin mahupun kerajaan sanggup berbohong, menipu dan memutarbelit. Ini sudah ditunjukkan oleh Lim Guan Eng dan seluruh jemaah kepimpinan DAP.

Kekasaran pun telah digunakan hingga sudah ada peristiwa seorang India penentang perobohan Kg Buah Pala hampir dipotong kaki.

Mereka kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, amalan demokrasi, ketulusan dan lain-lain. Nampaknya ketelusan hanya menggunakan cara berbohong.

Rakyat yang sudah duduk berpuloh2 tahun di hujung pulau di Balik Pulau kini dihalau untuk membuka Universiti dari sebuah negara asing Singapura.

Apabila mereka demonstrasi, sebagaimana DAP yang selalu mereka lakukan apabial sebuah projek kerajaan mahu dibangunkan, mereka memanggil orang2 Melayu yang berdemo sebagai monyet. Demokrasi apa ini?

Konon DAP menentang ISA. tapi sebenarnya mereka tidak. Perkara ini didedahkan MIM sini yang mengungkap kata-kata Devan Nair:



Devan Nair further stated :-

There were other policy differences, which is not so serious and might have been circumvented. For example, the DAP was not prepared to forego its support in principle for the Internal Security Act, whereas all the others were ready to play up to the gallery by denouncing the Internal Security Act in principle but quietly agreeing to its need in practice.


Apa yang mereak lakukan sekarang hanya untuk kepentingan politik. Dengan menimbulkan kemarahan dan kemimbangan rakyat tentang ISA, seolah-olah ISA disalahgunakan, mereka harap mendapat undi.

Sebenarnya isu ISA tidak pernah memenangkan DAP dalam mana-mana plihanraya. Ianya dilaung-laungkan apabila DAP sudah kehabisan isu untuk berkempen. Mereka nampaknya kehabisan isu kerana segala kelemahan dan kesalahan pentadbrian yang melibatkan DAP sudah terbongkar.

Kami berani garenti dan bertaruh. Sekiranya DAP memerintah kelak, mereka tidak akan mansuhkan ISA. Malah seperti juga Singapura ISA akan disalahguna untuk menindas, dan mengesahkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat terbanyak khususnya orang Melayu dan Bumiputera.

Wa garenti beb! Oleh itu jangan termakan dengan dakyah DAP untuk mansuhkan ISA. Kalau PKR dan Anwar memerintah, dia pun tak akan mansuhkan ISA kerana lihatlah betulkah Anwar betul2 amalkan demokrasi. PAS pula akan salahkan bukan sahaja ISa malah akan reka-reka hadith dan firman untuk mengesahkan hanya PAS yang halal menggunakan ISA.

Kekalkan ISA dan penting sekali, biar kuasa dan cara ISA digunakan terletak pada pihak yang tidak akan salahguna ISA. Ianya tidak diguna untuk salahguna politik.


Sumber daripada: The Unspinners.