27 July, 2009

Assalamualaikum

Bangsa Melayu perlu bersatu, bersatu atas nama AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Bangsa Melayu jika tidak bersatu maka bersedialah menerima kemusnahan dan kecelaruan bangsa pada masa depan. Pada pendapat saya kemusnahan itu tidak berapa lama lagi mungkin 5 tahun lagi.

Pada masa itu, bangsa Melayu akan hilang identitinya sebagai bangsa asal di Malaysia. Sistem-sistem seperti Sistem Kesultanan Melayu yang kita warisi semenjak zaman Srivijaya dan Majapahit akan hilang menjadi bahan sejarah. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan akan digantikan dengan sistem yang lain mungkin sistem pemerintahan presiden seperti negara Singapura dan Indonesia.

Bangsa Melayu pada ketika ini terbahagi kepada beberapa golongan iaitu golongan Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu atas pagar dan Melayu tidak tahu apa-apa. Orang Melayu mengikut sejarah tidak pernah bersatu. Jika saya salah tolong perbetulkan.

Jika kita kata pada tahun 1946 bangsa Melayu bersatu menentang Malayan Union, ini adalah fakta yang salah. Kerana pada masa itu ada sebilangan bangsa Melayu yang bersetuju dengan Malayan Union, contohnya PKMM dan sebahagian sultan-sultan Melayu.

Pada masa sekarang, bangsa Melayu tidak bersatu walaupun mereka sedar bangsa mereka berada dalam dilema apabila bangsa Cina dan India menunutut hak-hak istimewa seperti mana yang diperolehi oleh bangsa Melayu.

Bangsa Cina dan India berani menuntut hak keistimewaan bangsa mereka apabila kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia tidak lagi mempunyai suara majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Punca BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat adalah kerana BN tidak mendapat sokongan dari pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India. Sebaliknya pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak masih setia dengan kerajaan BN. Jika mereka ini juga tidak setia maka kerajaan BN akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan yang baru.

Siapakah kerajaan yang baru itu. Adakah Pakatan Rakyat? Mungkin tidak kerana Pakatan Rakyat bukanlah sebuah parti yang sah seperti BN. Mereka hanyalah gabungan parti-parti pembangkan seperti DAP, PAS dan PKR. Jika mereka ini ikhlas mahu mengantikan BN maka mereka perlu bersatu di bawah satu bumbung seperti BN yang mengandungi 14 komponen parti-parti. Dengan itu mereka boleh bertanding dalam pulihanraya dengan menggunakan satu lambang.

Pemimpin-pemimpin bangsa Melayu perlu sedar. Jika mereka tidak menghulurkan tangan antara satu sama lain maka masa depan bangsa Melayu akan terus musnah., hancur dan rebah di buminya sendiri.

Tetapi tidak tahulah pula jika pemimpin-pemimpin Melayu ini tidak sedar akan perkara ini. Mana mungkin mereka tidak sedar. Mungkin mereka terlepas pandang.

Bangsa Cina dan india mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Melayu. Terutama kelemahan parti UMNO. Orang bukan Melayu seringkali menyatakan kelemahan dan keburukan UMNO. Ada pula orang Melayu yang bersetuju dengan mereka ini.

Padahal apabila mereka memperkatakan tentang keburukan UMNO secara tidak mereka memperkatakan tentang bangsa Melayu. Orang bukan Melayu kutuk dan hina Melayu dengan menghalakan kepada UMNO.

Mereka menggunakan UMNO sebagai alasan mereka sedang mereka mahu kutuk Melayu. Tetapi yang sedihnya orang Melayu tidak sedar hal ini

19 July, 2009

Sejarah berulang

Saya baru selesai membaca buku ‘Merintis Jalan Kepuncak” tulisan Ahmad Boestamam atau nama sebenarnya Abdullah Thani. Buku ini telah memberi banyak maklumat tentang gerakan parti politik berhaluan kiri. Mungkin ramai daripada kita tidak kenal Ahmad Boestamam. Namun begitu buku-buku hasil tulisan beliau banyak terdapat di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai bahan rujukan.

'Merintis Jalan Kepuncak’ adalah sebuah buku yang terhasil daripada rencana-rencana beliau yang telah disiarkan dalam surat khabar Berita Minggu.
Buku ini menceritakan bagaimana terjalinnya hubungan antara parti politik Melayu dengan parti politik bukan Melayu. Pada tahun 1947 telah wujud gabungan parti Melayu dengan parti bukan Melayu. Gabungan ini disebut sebagai PUTERA-AMCJA.

PUTERA adalah gabungan parti-parti Melayu berhaluan kiri seperti PKMM, API, AWAS, BATAS dan HIZBUL MUSLIMIN. Manakala AMCJA adalah gabungan parti-parti bukan Melayu iaitu MDU, MIC, PMFTU, Persatuan Bekas Pejuang MPAJA dan Liga Pemuda2 Demokrasi Baru. Mereka ini adalah golongan yang tidak puas hati dengan pembatalan Malayan Union oleh British. PUTERA yang di pimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam manakala pemimpin AMCJA terdiri daripada Tan Cheng Lock, Lim Kean Chyu dan John Eber. Pemimpin-pemimpin AMCJA ramai dari kalangan intelektual seperti peguam.

Gabungan ini terjalin dengan baik sehingga melahirkan sebuah perlembagaan yang disebut ’Perlembagaan Rakyat’ pada tahun 1947. Perlembagaan Rakyat sangat progresif dari segi pembentukan negara bangsa Malaya. Konsep sebuah negara Malayan, rakyat berbilang kaum dan hak politik sama rata. Perkara yang besar yang telah diluluskan oleh PUTERA-AMCJA ialah pemberian kerakyatan secara jus soli.

Kewujudan PUTERA-AMCJA telah membuktikan bahawa wujudnya persaingan dalam menduduki arena politik di Tanah Melayu antara golongan kanan (UMNO), kiri dan bukan Melayu yang cuba mendapatkan kuasa politik dan kedudukan tetap dalam politik di Tanah Melayu.
Apa yang menariknya adalah tentang keadaan yang berlaku pada pertengahan 1940-an itu hampir sama dengan keadaan politik sekarang.

Selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-12, wujud sebuah lagi gabungan parti politik Melayu dengan bukan Melayu iaitu Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat adalah gabungan PAS, PKR dan DAP.
Pakatan Rakyat bercorak progresif, mereka tidak bersetuju dengan perjuangan UMNO yang cenderong ke arah mempertahankan Ketuanan Melayu serta membela Raja-raja Melayu. Manakala Pakatan Rakyat lebih kepada Ketuanan Rakyat yang bercirikan sebuah negara republik sebagaimana gagasan sebuah parti pembangkang. .

Pilihanraya Umum ke-12 BN kehilangan kuasa di empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. BN juga hilang penguasaan di Wilayah Persekutuan dan gagal menawan Kelantan. Manakala di Dewan Rakyat, BN tidak memperolehi majoriti 2/3 daripada 222 kerusi yang ada.
Yang menjadi persoalannya, Pakatan Rakyat tidak menunjukkan hala tuju yang jelas. Mereka tidak mendaftarkan diri sebagai sebuah parti politik seperti Barisan Nasional. Hal ini menyebabkan mereka bertanding atas nama parti masing-masing semasa Pilihanraya Kecil. Hal ini mungkin kerana, dalam Pakatan Rakyat terdapat DAP dan PAS yang mempunyai ideologi yang amat berbeza menyebabkan mereka sendiri tidak yakin dengan hubungan tersebut akan kekal lama. Namun begitu mereka tetap duduk bersama hanya untuk mendapatkan lebihan kerusi untuk terus memerintah di beberapa buah negeri dan menjadi pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat.

Jika kita berbalik kepada PUTERA-AMCJA. Gabungan ini pun tidak menggunakan satu lambang hanya gabungan nama sahaja. Apa yang jelas dilihat, wujud persamaan sifat pemimpin politik bukan Melayu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dan juga PUTERA-AMCJA.
Pemimpin bukan Melayu, sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu supaya menyokong mereka. Seperti apa yang diceritakan oleh Ahmad Boestamam, Gerald de Cruz yang mewakili AMCJA berceramah di seluruh pelusok Tanah Melayu. Jika Gerald de Cruz sering memakai songkok, makan tempoyak, jering, petai dan seumpamanya apabila bersama dengan orang Melayu. Pada sekarang pula Nga Kor Meng berkempen dengan membaca ayat al-Quran dan beliau berjaya menarik ramai pendengar Melayu .

Kita perlu sedar, tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Mereka ini adalah ahli politik yang pandai bermain dengan emosi sasaran. Mereka tahu bahawa orang Melayu boleh didekati dengan mudah jika berjaya menyentuh emosi mereka. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Ada dua emosi yang dimainkan oleh pengikut setia Anwar Ibrahim dan pembangkang. Emosi sedih dengan apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim dan emosi marah kepada Tun Dr. Mahadhir dan pemimpim- pemimpin UMNO kerana menyebabkan Anwar dipenjarakan. Menyebabkan pada Pilihanraya Umum ke-10 pengundi Melayu tidak memberi undi kepada BN.

Tetapi sebaliknya, pengundi bukan Melayu tidak terpengaruh dengan mainan emosi ini. Orang bukan Melayu tetap memberi undi kepada BN dan menyokong kerajaan Dr. Mahadhir. Bagi mereka kerajaan BN telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara dari terus hancur akibat mainan spekulasi mata wang pada ketika itu. Kesan daripada itu BN kekal dengan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Tetapi orang Melayu tidak sedar bahawa pada ketika ahli parlimen berbangsa Melayu berkurangan dalam Dewan Rakyat. Akibatnya berlaku beberapa tuntutan daripada NGO bukan Melayu seperti Suqui yang menuntut hak bangsa mereka kepada kerajaan pada masa itu.

Suqui menghantar memprandum 17 perkara kepada kerajaan. Kerajaan terpaksa membuka peluang kepada pelajar bukan Melayu untuk belajar di Maktab Rendah Sains Mara sebanyak 10 peratus. Beberapa tuntutan bukan Melayu yang selama ini tidak diluluskan telah diluluskan. Begitulah yang akan berlaku apabila strategi politik berjaya dimainkan pihak tertentu. Orang lain yang dapat faedahnya.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 senaraio berbeza lagi, pembangkang berkempen agar rakyat tidak lagi mengundi BN. Cara kempen mereka amat mudah iaitu ’undi apa sahaja lambang kecuali lambang dacing (BN)’. Jika kita lihat pada masa itu, masyarakat Cina dan India yang membina pondok-pondok panas untuk PAS, membawa bendera PAS, menjadi ahli kelab penyokong PAS dan sebagainya.
Jika kaedah berkempen sebegini masih digunakan oleh pihak pembangkang pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional sedia ada akan hilang kuasa di Dewan Rakyat. Maka berlakulah peralihan kuasa pemerintahan di negara kita berdasarkan penguasaan kerusi di Dewan Rakyat. Pada PRU ke-13 jumlah kerusi Dewan Rakyat masih tetap 222 kerusi. Oleh itu pihak pembangkang hanya perlu memperolehi 112 kerusi daripada 222 untuk menubuhkan kerajaan baru.

Oleh demikian, apa yang boleh diperkatakan disini adalah orang Melayu semenjak sebelum merdeka hingga kini tidak konsisten dalam menentukan hala tuju bangsa. Berbanding bukan Melayu masih kekal dengan agenda yang sama. Mereka sanggup menjadi apa sahaja dan beralih, memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang boleh memberi perlindungan terhadap identiti, budaya, pendidikan dan ekonomi mereka. Contohnya pada tahun 1947 mereka menyokong gabungan PUTERA-AMCJA menentang UMNO dan orang yang sama juga menyokong bergabung dengan UMNO dalam PERIKATAN.

Kesimpulannya pengundi bukan Melayu mempunyai hala tuju dan matlamat dalam politik sebelum merdeka hingga kini, tetapi bagaimana dengan orang Melayu? Perkara ini perlu direnungkan oleh bangsa Melayu-Islam.
BAGAIMANA HENDAK MENJADI ORANG KAYA????

1. Bagaimana hendak jadi orang kaya? Ini bukan satu persoalan tetapi ini adalah pencetusan idea ang baik.

2. Orang Melayu perlu menjadi orang kaya…pada saya definisi orang kaya adalah orang yang banyak duit. Bila sesiapa yang banyak duit, sudah tentu kehidupannya berubah menjadi senang dan mewah.

3. Orang kaya adalah orang yang banyak duit…secara tidak langsung hendak jadi orang kaya perlu ada duit….sekarang macam mana nak cari duit.

4. Apa yang dimaksudkan dengan duit....pada saya duit itu adalah :

D = DOA

U = USAHA

I = ISTIKHOMAH

T = TAWAKAL

5. Orang Melayu perlu jadi orang kaya atau orang banyak duit..ini kerana orang Melayu beragama Islam...bila mereka banyak duit mereka akan bayar zakat...zakat adalah rukum Islam yang ke- 5. Selain itu boleh mengerjakan haji, ini pulu rukun Islam yang ke – 4, jika selama ini mereka telah mengucap, solat 5 waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan maka hebatnya orang Melayu ini.

6. Untuk menjadi orang kaya perlulah mencari rezeki. Rezeki itu umpama angin yang bertiup ke mana sahaja seperti kita mencari rezeki. Masalahnya yang timbul apabila manusia mencari rezeki di arah yang berlainan. Jika ini berlaku maka susahlah hendak dapat rezeki itu, atau mungkin tak dapat langsung.

7. Kita boleh minta kepada allah agar dia beri petunjuk kepada kita…tapi apa yang perlu kita buat?


“Allah memberikan keampunan dan rezeki yang mulia kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Sebaliknya, orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat kami dengan melemahkan kemahuan beriman, mereka itu adalah penghuni neraka”(Surah al Haj, ayat 50 hingga 51)

8. “Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis laporan Tirmizi)

9. “ Sesiapa yang mengerjakan solat sunat duha empat rakaat sebelum solat zuhur, maka Allah mendirikan rumah untuknya di syurga”(Hadis laporan Thabrani)

10. “Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur”(Hadis laporan Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

11. “Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supya melakukan tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan. Pertama, hendaklah aku tidur sebelum mengerjakan solat witir. Kedua hendaklah aku tidak meninggalkan dua rakaat solat sunat duha kerana sesungguhnya solat duha adalah solat ‘awwabin iaitu solat orang yang bertaubat kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Ketiga hendaklah aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan.”(Hadis laporan Tirmizi dan Nasa’I daripada Abu Hurairah)

(Puasa tiga hari yang dimaksukan dalam hadis ini adalah puasa tiga hari pada setiap tengah bulan qamariah iaitu setiap 13,14 dan 15hb.

12. “Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat duha, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya sekalipun dosa itu laksana buih di lautan.”(Hadis laporan Ibnu Majah dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.






13. “Ketika matahari terbit tempatnya seperti ketika solat asar iaitu sewaktu matahari tenggelam dan ada seseorang melakukan solat sunat duha dua rakaat dengan empat kali sujud, maka baginya tersedia pahala sama dengan pahala melakukan amal kebajikan sehari penuh dan aku (Abu Ummah) menduga, nabi juga berkata.’Apabila dia meninggalkan pada hari itu, maka berhak masuk syurga.”(Hadis laporan Thabrani daripada Abu Ummah)

14. Begitu tinggi nilai ibadah solat duha. Terbukti daripada beberapa hadis yang telah dipaparkan, itu semua memberikan fadilat dan manfaat yang luar biasa. Oleh itu , marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat duha seiring dengan pekerjaan kita mencari rezeki.

15. Seperti dari awal lagi saya menyatakan DUIT itu adalah Doa, Usaha, Istikhomah dan Tawakal. Maka dengan pekerjaan yang kita buat seiring dengan solat duha insyaallah Allah akan mempermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya.

16 July, 2009

Manik Urai penanda aras bagi BN

1. Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283, majoriti 65 undi, iaitu perbezaan cuma 0.61 peratus.

2. BN menampilkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS diwakili Mohd Fauzi Abdullah, 50.

3. Tahniah kepada Mohd Fauzi Abdullah atas kemenangan tersebut...takbir!!!

4. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya....mengapa di kubu kuat Pas ...Pas hampir kalah...di negeri Kelantan,Pas memerintah lebih 20 tahun...Pas hampir kecundang...di bawah pemerintahan Nik Aziz (ulamak)...Pas hampir hilang kerusi Manik Urai....apa sudah jadi?

5. Persoalan-persoalan ini menyebabkan fikiran saya bertambah keliru...adakah orang Kelantan sudah tidak setia pada Pas, tidak hormat Nik Aziz, sudah tidak dengar cakap Nik Aziz...sudah tidak mahu masuk syurga... ini kerana ulamak-ulamak dalam Pas selalu kata .. undi Pas masuk syurga...tak kan orang Kelantan tidak mahu masuk syurga? saya pun nak masuk syurga...sapa tak mau...

6. Beza 65 undi atau lagi 65 orang, Pas akan kalah kepada BN...Manik Urai adalah kubu dan lubuk Pas...pada pemikiran saya macam ni punya keputusan Pas sudah kalah...BN yang menang...BN yang bermaruah...BN boleh kata di Manik Urai ni 'MENANG HERAN KALAH TAK ADA PA PA'...

7. Sekarang Pas sedang sibuk mencari punca kepada keputusan ini....nak buat bedah siasat...Nik Aziz dan Husam Musa menyatakan krangnya undi Pas adalah kerana BN bagi RASUAH...

8. Persoalan ini lagi mengelirukan saya...kalau benarlah apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz ...siapa yang terima rasuah...ini bermakna Nik Aziz menuduh orang Manik Urai terima Rasuah, makan rasuah, makan suap dan bagi anak bini makan duit rasuah....Nik Aziz tuduh orang Manik Urai...aduh...

9. Orang manik Urai tu kebanyakannya orang parti Pas dan orang Kelantan, secara tidak langsung yang makan rasuah, makan suap dan terima rasuah orang Pas lah...eh betul ke ni?


14 July, 2009

Bagaimana mahu jadi kaya?

Assalamualaikum.

1. Kita selalu terfikir bagaimana hendak menjadi kaya...bila sebut orang kaya sudah tentu kita nampak orang itu mempunyai duit yang banyak.

2. Orang Melayu perlu menjadi kaya kerana orang Melayu itu orang Islam atau penganut agama Islam. Apabila orang Melayu menjadi kaya mereka akan membayar zakat. Manakala zakat pula adalah rukun Islam yang kelima.

3. Persoalannya bagaimana mahu jadi orang kaya atau orang yang banyak duit...adakah dengan masuk saham skim cepat kaya atau menjadi ejen Hai-O atau apa sahaja jualan langsung kita akan jadi orang kaya?

4. Pada saya apa sahaja boleh buat asalkan kita boleh memperolehi duit dengan banyak dan duit itu pula dari sumber yang halal supaya boleh kita memperolehi keberkatan dalam hidup.

5. Saya hendak berkongsi dengan anda sedikit pengetahuan yang saya ada. Selain kita berusaha hendak menjadi orang kaya dalam Islam ada cara yang boleh kita praktik dengan mudah selain berusaha iaitu melakukan solau sunat Duha.

6. Solat sunat Duha perlu dilakukan dalam tempoh jam 8.00 pagi hingga 11.00 iaitu ketika waktu matahari sedang naik.

7. Saya hendak berkongsi cerita tentang nenek saya. Beliau sering melakukan solat sunat Duha pada setiap hari.. saya dapati beliau sangat murah rezeki dalam apa perkara pun. Beliau telah mengerjakan haji sebanyak 4 kali dan umrah 3 kali..inilah keberkatan apabila kita melakukan solat sunat duha.

13 July, 2009

Santapan Rohani

“Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan penguasa (atau pemerintah) dari kalangan kamu.” (Surah an-Nisaa: 59)


Ayat ini menjelaskan jemaah yang berada di bawah pimpinan pemerintahan umat Islam itu sendiri yang diterima atau diakui sebagai jemaah yang sebenar. Ketaatan kepada Tuhan di sini bererti memenuhi kewajipan-kewajipan keagamaan dan moral, berusaha mendekati keadilan dan kasih sayang Tuhan dengan menghindari maksiat dan penindasan, serta melaksanakan amal salih.

Manakala ketaatan kepada Rasul bererti mengikuti jalan atau sunnahnya dalam memenuhi kewajipan dan perintah Ilahi. Ketaatan kepada orang-orang yang berkuasa bererti kesetiaan terhadap tujuan untuk mencapai keadaan yang baik dan kondusif bagi ketaatan kepada Tuhan dan Rasul-Nya. Ini menuntut orang-orang yang berkuasa itu memberikan contoh ketaatan yang teguh kepada Tuhan dan Rasul-Nya.

Perkara ini juga dapat difahami daripada firman Allah s.a.w di dalam surah tersebut pada ayat lain di mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w setelah nyata kebenaran kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan lain daripada jalan orang mukmin, Kami biarkannya melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat) Kami akan humbankannya ke neraka, ianya seburuk-buruk tempat kesudahan.” (Surah an-Nisaa: 115)

Berdasarkan dua ayat tersebut, jelas menggambarkan maksud daripada pengertian jemaah yang sebenar menurut Islam, iaitu kelompok yang di bawah pimpinan pemerintah umat Islam, bukan jemaah lain sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah kumpulan atau sesetangah pihak.

Begitu juga jemaah yang dimaksudkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w di bawah ini, yang mana jemaah tersebut menjadi payung yang dapat menaungi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Manakala seluruh umat Islam tidak dibenarkan keluar (untuk menentangnya ) dengan sebarang kekerasan melainkan sekadar memberi nasihat dan teguran yang ikhlas, bukan secara membangkangi mereka dengan membabi buta selagi pendapat pemerintah itu baik dan tidak bertentangan dengan agama.

Persoalan ini juga telah diperjelaskan menerusi sebuah hadis Nabi s.a.w riwayat Ibnu Umar yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah ada bersabda, katanya: “Kewajipan setiap umat Islam itu ialah taat dan patuh akan perintah yang tidak ada maksiat sekalipun pada perkara yang disukainya atau dibencinya tetapi sekiranya arahan itu mengandungi maksiat kepada Allah, maka tidak perlu taat dan patuh lagi.” (Riwayat Muslim)

Kemudian dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Agama itu ialah nasihat (kejujuran dan kesetiaan); tanya kami (sahabat) “untuk siapa nasihat itu.” Rasulullah menjawab ‘untuk Allah’ (dengan mengimani dan menyembah-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu) dan untuk kitab-Nya, iaitu (dengan mengimani dan mengamalkan segala ajarannya) dan untuk Rasul-Nya (iaitu dengan mengamalkan sunnahnya dan mematuhi arahannya), juga untuk pemerintah umat Islam (dengan berlaku jujur dan taat setia untuk membelanya )dan untuk seluruh umat Islam(tanpa menaruh perasaan dendam kesumat terhadap sesiapa pun).” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Demikian juga dalam sebuah hadis yang lain, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku perintahkan kamu dengan lima perkara, pertama: melazimi jemaah (bersama-sama dengan jemaah), kedua: kesetiaan (ikhlas) terhadap semua umat Islam, ketiga: kepatuhan pada pemerintah yang tidak bertentangan dengan syariah, keempat: berhijrah, kelima: berjuang pada jalan Allah. Sesungguhnya sesiapa yang keluar daripada jemaah (sejengkal) akan terungkailah ikatan Islam dari lehernya melainkan dia sempat bertaubat dan sesiapa yang menyeru dengan seruan jahiliah, maka dia akan meringkuk di dalam neraka jahanam sekalipun dia berpuasa, bersembahyang, dan mengaku dirinya Islam.” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Tiada masa yang lebih penting bagi umat Islam dalam menghidupkan budaya hidup berjemaah yang betul. Apapun masalah umat Islam hari ini tidak mungkin dapat ditangani melalui usaha individu atau kumpulan secara berasingan.Justru untuk menyatukan umat Islam dan mengatasi perpecahan ,budaya hidup berjemaah yang betul perlu disemarakan. Nabi s.aw menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: ”Dan sesungguhnya pada jamaah itu ada rahmat,dan pada perpecahan itu ada azab”(Riwayat Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabrani)

Demikianlah balasan mereka yang menentang pemerintah dengan sesuka hatinya dan sewenang-wenangnya, tanpa mengikut panduan agama. Contohnya, kata Imam Ibnu Nasharal Marwazi r.a: “Nasihat untuk para pemimpin kaum Muslimin ialah dengan mencintai ketaatan mereka kepada Allah, mencintai kelurusan dan keadilan mereka, mencintai bersatunya umat di bawah bayangan kuasa pemerintahan mereka, benci kepada perpecahan umat dengan sebab melawan mereka, mengimani bahawa taat kepada mereka ialah demi ketaatan kepada Allah, membenci orang yang keluar daripada ketaatan kepada mereka (iaitu menbenci orang yang tidak mengakui kekuasaan mereka dan menganggap halal darah mereka ( pemerintah), dan mencintai kejayaan mereka dalam mentaati kepada Allah.”

Syaikh Muhammad Hayat as-Sindi r.a pula berkata: “Makna ‘nasihat’ untuk para pemimpin kaum Muslimin ialah nasihat yang ditujukan kepada para penguasa mereka. Iaitu dengan menerima perintah mereka, mendengar dan taat kepada mereka dalam perkara-perkara yang bukan maksiat kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal maksiat kepada al-Khalik. Tidak memerangi mereka selama mereka belum kafir, berusaha untuk memperbaiki keadaan mereka, membersihkan kerosakan mereka, memerintahkan mereka kepada kebaikan, melarang daripada kemungkaran serta mendoakan mereka agar mendapat kebaikan. Kerana dalam kebaikan mereka bererti kebaikan rakyat jelata seluruhnya dan kerosakan mereka bererti kerosakan rakyat seluruhnya.”

Nasihat untuk peminpin ialah dengan mencintai kebaikan, kebenaran, dan keadilan, bukan lantaran individunya. Nasihat untuk para pemimpin dapat juga dilakukan dengan cara membantu mereka untuk sentiasa berada di atas jalan kebenaran, mentaati kebenaran dan mengingatkan mereka dengan cara yang baik, termasuk prinsip Ahli Sunnah Waljamaah, iaitu tidak sekali-kali melakukan provokasi atau penghasutan untuk memberontak terhadap mereka meskipun pemerintah itu berbuat kezaliman, tidak boleh melakukan provakasi sekali-kali baik dari atas mimbar, tempat-tempat khusus mahupun tempat-tempat umum.

Jelas, Islam meletakkan ‘adab sopan’ sebagai wadah untuk memelihara hubungan antara pemimpin dengan jemaah. Hubungan yang kukuh di antara kedua-duanya akan menjadikan umat Islam lebih dihormati, disegani dan dapat dicontohi sebagai umat yang bersusila.

Salam 1Malaysia

Assalamualaikum Salam 1Malaysia....