25 May, 2016

Anak Muda Melayu Bila Nak Mula?

Assalamualaikum

Tulisan saya kali ini adalah berkaitan dengan anak muda Melayu. Anak muda Melayu takut untuk berfikir. Mereka lebih suka menunggu peluang bukan mencari peluang. Sedikit sangat anak muda Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Kaum muda Melayu lebih suka bekerja dengan sektor awam atau makan gaji. Di Malaysia sektor perniagaan dikuasai oleh kaum Cina. Kaum Cina walaupun berkelulusan tinggi tetapi mereka tidak suka bekerja disektor awam. Anak muda kaum Cina akan menceburi bidang perniagaan secara kecil kecilan. Atau mereka akan bekerja terlebih dahulu dengan mana-mana syarikat dan apabila berkemampuan mereka akan buka perniagaan sendiri.

Perkara ini tidak berlaku kepada anak muda kaum Melayu yang berkelulusan diploma atau ijazah. Mereka tetap menunggu untuk bekerja di sektor awam. 

Ada antara anak muda kaum Melayu ini yang berkelulusan ijazah sudah menggangur selama 2 atau 3 tahun namun mereka masih tidak bekerja sebaliknya hanya duduk di rumah dan menunggu panggilan mana-mana interview. Bila ditanya kenapa tidak bekerja, pasti mereka jawab tunggu panggilan temuduga dan sudah pun ditemuduga namun belum dipanggil bekerja.

Oleh itu saya sarankan kepada anak anak muda kaum Melayu. Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah, ikhtiar bagaimana mahu mendapatkan ganjaran dalam bentuk pendapatan. 

Jangan malu jika anda ada ijazah tetapi bekerja sebagai pembuat roti canai atau penjual pisang goreng di tepi jalan atau pasar malam.

Sampai bila anda mahu tunggu? dan anda nak tunggu apa yang sebenarnya. Anda perlu menjana ekonomi diri sendiri dan keluarga anda. Mungkin bagi yang ada ibubapa anda akan berasa selesa kerana berpeluang makan free dan tinggal free. Tetapi sampai bila?

Peluang untuk menjalankan perniagaan sangat meluar cukuplah dengan modal yang sedikit. Banyak peluang yang ada, saya ada ramai kawan-kawan dari kalangan kaum Melayu Champ atau lebih dikenali sebagai orang Kemboja. Mereka tidak ada kelulusan namun masih ada antara mereka yang belum pun menjadi warganegara Malaysia. Namun anak-anak muda Kemboja ini mampu berkereta dan mampu hidup mewah kerana mereka berniaga.

Anda pergi lihat di pasar Kemboja Parit Buntar ada setiap hari Sabtu. Mereka menjalankan perniagaan secara kecil kecilan bila berkemampuan mereka memperluaskan perniagaan mereka.

Kita tidak boleh tunggu lagi.

24 May, 2016

Bila kita berserah diri kepada Allah?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Bersyukur kita kepada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hanya kepada Allah yang kita sembah dan hanya kepada Allah jua kita meminta pertolongan.
Sesugguhnya kita ini adalah hamba sahaja. Bila-bila masa kita akan dimatikan oleh Allah maha pencipta.
Kita diberi peluang hidup dan menikmati kehidupan yang sementara di muka bumi ini.
peluang yang ada ini kita dapat merasai ujian ujian yang telah disediakan oleh Allah maha pencipta.
Ramai dari kalangan yang mahukan sebuah kehidupan yang selesa dan baik. Pastinya juga dari kalangan kita ini mempunyai bebanan hutang dan sebagainya. Kita mahu memeliki dan memenuhi kehendak yang pasti tidak ada had selagi nama kita manusia yang bernafsu.
Tetapi ramai dari kalangan kita yang lupa bahawa segala galanya adalah ketentuan dan pemberian tuhan.
Yang sebenarnya kita patut bersyukur terlebih dahulu dengan apa yang ada disekeliling kita.
Cara bersyukur ini banyak tetapi yang paling utama adalah solat.
Kita perlu lihat tahap mana masa yang kita bersolat. Adakah kita ini dalam golongan orang yang bersolat?. Solat yang lengkap atau tidak lengkap. Cukup waktu atau tidak. Jika cukup waktu pula, kita perlu juga melihat adakah kita sentiasa mementingkan waktu solat. Solat di awal waktu atau kita lebih mementingkan kerja yang lain terlebih dahulu berbanding solat.
Jika solat sudah lengkap dan kita mengutamakan waktu solat, perlu juga kita lihat dimana kita solat sama ada bersendirian atau kita cuba sedaya upaya untuk bersolat secara berjemaah.
Kita perlu pula melihat dimanakah kita solat sama ada di rumah atau di masjid. Terutama solat subuh, adakah kita sentiasa bersolat subuh di rumah atau di masjid. Jika kita solat di masjid yang utama berbadning di rumah, adakah kita berada disaf pertama?
Semua ini akan memberi point untuk Allah menilai dan memberi rahmatnya kepada orang orang terpilih.
Allah berjanji sesiapa yang bertakwa kepada Allah akan diberi peluang yang baik berbanding orang lain. Allah tidak melihat tahap akedemik atau darjat seseorang untuk Allah memberi rahmat. Tetapi Allah melihat kepada tahap ketakwaan kita kepadanya.
Ramai antara kita rasa terbeban untuk solat berjemaah di masjid terutamanya diwaktu subuh. Jika mampu kita buat ini insyallah orang itu sangat bertakwa dan dirahmati Allah.
Berapa orang dari kita yang mampu melakukan perkara ini?
Marilah kita mulakan. Mungkin permulaan itu akan memberi keberatan tetapi percayalah lama kelamaan pasti ianya akan memberi keselesaan kepada kita.
Marilah kita mulakan solat berjemaah di masjid terutama waktu subuh maghrib dan isyak. Mungkin waktu zohor dan asar adalah waktu kerja, tetapi kita dapat berjemaah untuk semua waktu subhanallah anda akan merasai nikmat yang tidak mampu dinurkilan melalui kata-kata atau tulisan.
x