25 May, 2016

Anak Muda Melayu Bila Nak Mula?

Assalamualaikum

Tulisan saya kali ini adalah berkaitan dengan anak muda Melayu. Anak muda Melayu takut untuk berfikir. Mereka lebih suka menunggu peluang bukan mencari peluang. Sedikit sangat anak muda Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Kaum muda Melayu lebih suka bekerja dengan sektor awam atau makan gaji. Di Malaysia sektor perniagaan dikuasai oleh kaum Cina. Kaum Cina walaupun berkelulusan tinggi tetapi mereka tidak suka bekerja disektor awam. Anak muda kaum Cina akan menceburi bidang perniagaan secara kecil kecilan. Atau mereka akan bekerja terlebih dahulu dengan mana-mana syarikat dan apabila berkemampuan mereka akan buka perniagaan sendiri.

Perkara ini tidak berlaku kepada anak muda kaum Melayu yang berkelulusan diploma atau ijazah. Mereka tetap menunggu untuk bekerja di sektor awam. 

Ada antara anak muda kaum Melayu ini yang berkelulusan ijazah sudah menggangur selama 2 atau 3 tahun namun mereka masih tidak bekerja sebaliknya hanya duduk di rumah dan menunggu panggilan mana-mana interview. Bila ditanya kenapa tidak bekerja, pasti mereka jawab tunggu panggilan temuduga dan sudah pun ditemuduga namun belum dipanggil bekerja.

Oleh itu saya sarankan kepada anak anak muda kaum Melayu. Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah, ikhtiar bagaimana mahu mendapatkan ganjaran dalam bentuk pendapatan. 

Jangan malu jika anda ada ijazah tetapi bekerja sebagai pembuat roti canai atau penjual pisang goreng di tepi jalan atau pasar malam.

Sampai bila anda mahu tunggu? dan anda nak tunggu apa yang sebenarnya. Anda perlu menjana ekonomi diri sendiri dan keluarga anda. Mungkin bagi yang ada ibubapa anda akan berasa selesa kerana berpeluang makan free dan tinggal free. Tetapi sampai bila?

Peluang untuk menjalankan perniagaan sangat meluar cukuplah dengan modal yang sedikit. Banyak peluang yang ada, saya ada ramai kawan-kawan dari kalangan kaum Melayu Champ atau lebih dikenali sebagai orang Kemboja. Mereka tidak ada kelulusan namun masih ada antara mereka yang belum pun menjadi warganegara Malaysia. Namun anak-anak muda Kemboja ini mampu berkereta dan mampu hidup mewah kerana mereka berniaga.

Anda pergi lihat di pasar Kemboja Parit Buntar ada setiap hari Sabtu. Mereka menjalankan perniagaan secara kecil kecilan bila berkemampuan mereka memperluaskan perniagaan mereka.

Kita tidak boleh tunggu lagi.

No comments: