Doa duduk antara
dua sujud
Bacaan doa ini wajib
kita baca setiap hari ketika mendirikan solat. Namun berapa ramaikah di antara
kita yang memahami maksudnya. Di sini saya mahu berkongsi dengan anda maksudnya;
RABBIGHFIRLI
WARHAMNI WAJBURNII WARFA’NII
WARZUQNII
WAHDINII WA-‘AAFINII WA’FU’ANNII
Tuhanku!
Ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku,
berilah
aku rezeki, berilah aku petunjuk dan sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Betapa lengkapnya
doa ini. Dalam sebuah doa kita memohon semua untuk diri sendiri dari pencipta
yang maha hidup dan maha berdiri sendiri. Kita meminta ampun, rahmat, tinggikan
darjat, rezeki yang halal, memohon petunjuk, kesihatan yang baik dan kemaafan
daripada Allah. Marilah kita menghafal maksudnya dan amalkan dengan penuh
khusyuk sebagai hamba-Nya yang taat.
No comments:
Post a Comment