11 January, 2012

Cerita politik 2012

Ramai yang dok sembang bab anuar...anuar bebas, anuar tak dipenjarakan. Tak ketinggalan juga cerita kerisauan sesetangah orang tentang bagaimana UMNO / BN untuk menghadapi Anuar/DAP/PAS/PKR dalam PRU-13.

Pada aku, keputusan hakim telah diputuskan...3 tahun kita sama-sama tunggu dengan penuh sabar. Kita perlu terima keputusan itu secara rasional.

Yang penting sekarang, orang UMNO dan BN perlu terus bekerja dengan lebih kuat dan bersemangat.

Jadikan PRU-13 ini sebagai satu medan perjuangan yang cukup ikhlas demi ALLAH, untuk terus menegakkan agama ALLAH dan memperkasakan umat Islam.

Semoga Islam terus subur di Malaysia di bawah pemerintah Barisan kepimpinan Melayu Islam (UMNO) dan disokong oleh parti-parti komponen BN yang lain.

Yang sebenarnya kita tidak perlu takut dengan Anuar, PKR, DAP dan PAS. Mereka ini adalah kumpulan yang tidak padu, mereka hanya mempergunakan isu untuk hidup.

Banyak kesalahan yang mereka lakukan, kita perlu prihatin dan pandai mengolah isu agar dapat digunakan untuk menyerang mereka kembali.

Ramai rakyat yang tidak suka kumpulan ini. Rakyat sedar akan kesalahan dan ketidakkemampuan kumpulan ini memerintah negara sebaik UMNO/BN.

Tetapi rakyat memilih mereka pada PRU-12 lalu kerana marah kepada UMNO/BN.

UMNO/BN perlu berubah, perlu pandai ambil hati rakyat, perlu tunjukkan yang UMNO/BN sudah sedar

09 January, 2012

DAP dan PAS sedih gila babi anuar tak p penjara

Anuar tak salah. Saiful macam mana?

Aku tabik kat saiful, dalam keadaan macam ini pun dia tetap redho, jika anuar didapati bersalah pagi tadi adakah anuar akan mengeluarkan kenyataan seperti Saiful?

Jika anuar didapati bersalah apa yang akan berlaku? Rusuhan? Pergaduhan? aku pun tak pasti sebab benda tu tak berlaku. Anuar dikira menang maka penyokong dan puak pembangkang pun terkedu.

Aku percaya dalam hati pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP dan PAS menangis gila babi kerana sedih tahap gaban bila anuar didapati tidak bersalah dan bebas tanpa dikenakan apa-apa hukuman..

Aku percaya mereka ini kalau boleh mahu anuar dipenjarakan, supaya mereka boleh buat ceramah satu Malaysia mengatakan BN, Najib dan UMNO menyebabkan anuar disumbat dalam penjara.

Bila mereka boleh buat ceramah isu anuar ni banyaklah duit jihad dapat dikumpulkan dalam setiap ceramah, banyaklah isu yang dapat diperkatakan tentang BN, Najib dan UMNO.

08 January, 2012

Pembukaan cerita politik 2012

8 Januari 2012 (Ahad )- Dr. Hassan Ali kena pecat dari PAS....aku sebagai orang UMNO memang tak kisah pun hal dalaman politik PA
Sebagai orang politik aku melihat cerita ini sebagai asam garam dunia politik. Hak kepimpinan PAS pusat untuk buang siapa yang depa nak.
Tetapi yang aku hairan, kenapa Hassan Ali dipecat?
Adakah kerana dia menentang kumpulan yang menyokong Anuar yang ada dalam PAS dan menentang dasar-dasar DAP menyebabkan beliau dipecat.
Jika inilah yang dijadikan panduan untuk pecat orang seperti Dr. Hassan, maka memang kreklah PAS ni.
Esok, 9 Januari 2012 (Isnin) - adalah hari jatuh hukum terhadap DSAI. Sudah pasti ramai yang menanti keputusan mahkamah esok.
Aku harap Saiful perlu pasrah dengan apa yang akan berlaku esok. Jika anuar bersalah, bermakna kemenangan kepada Saiful.
Tetapi bukan Saiful yang aku kisahkan. Yang aku kisahkan ialah apa akan berlaku kepada situasi politik negara.
Pihak pembangkang akan mengambil peluang sepenuhnya untuk hentam, kutuk, maki kerajaan Barisan Nasional/UMNO/Najib jika anuar dijatuhkan hukuman bersalah.
Hal ini kerana orang-orang DAP/PAS/PKR, kata anuar tak bersalah, tak liwat dan tak jahat.
Tetapi jika Anuar tidak dihukum bersalah oleh mahkamah, adakah mereka ini akan kata baik kepada kerajaan BN?
Masa depan Saiful macam mana pulak?
Kesian kat dia...sia-sialah perjuangan dia menentang bekas majikan yang dikatakan balun pungkoQ dia.
apa-apa pun tuuuuuuuuuunggguuuuuuuuuuuuu esok.
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2011 OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
Tarikh : 14 Januari 2012
Masa : 09.00 - 02.00
tempat : Padang Bandaran, Parit Buntar, Perak.