11 January, 2012

Cerita politik 2012

Ramai yang dok sembang bab anuar...anuar bebas, anuar tak dipenjarakan. Tak ketinggalan juga cerita kerisauan sesetangah orang tentang bagaimana UMNO / BN untuk menghadapi Anuar/DAP/PAS/PKR dalam PRU-13.

Pada aku, keputusan hakim telah diputuskan...3 tahun kita sama-sama tunggu dengan penuh sabar. Kita perlu terima keputusan itu secara rasional.

Yang penting sekarang, orang UMNO dan BN perlu terus bekerja dengan lebih kuat dan bersemangat.

Jadikan PRU-13 ini sebagai satu medan perjuangan yang cukup ikhlas demi ALLAH, untuk terus menegakkan agama ALLAH dan memperkasakan umat Islam.

Semoga Islam terus subur di Malaysia di bawah pemerintah Barisan kepimpinan Melayu Islam (UMNO) dan disokong oleh parti-parti komponen BN yang lain.

Yang sebenarnya kita tidak perlu takut dengan Anuar, PKR, DAP dan PAS. Mereka ini adalah kumpulan yang tidak padu, mereka hanya mempergunakan isu untuk hidup.

Banyak kesalahan yang mereka lakukan, kita perlu prihatin dan pandai mengolah isu agar dapat digunakan untuk menyerang mereka kembali.

Ramai rakyat yang tidak suka kumpulan ini. Rakyat sedar akan kesalahan dan ketidakkemampuan kumpulan ini memerintah negara sebaik UMNO/BN.

Tetapi rakyat memilih mereka pada PRU-12 lalu kerana marah kepada UMNO/BN.

UMNO/BN perlu berubah, perlu pandai ambil hati rakyat, perlu tunjukkan yang UMNO/BN sudah sedar

No comments: