20 April, 2010

BN menang di Hulu Selangor?

1. BN boleh menang jika pengundi Hulu Selangor mengundi BN bukan PKR.

2. BN telah melaksanakan prinsip kongsi kuasa apabila meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu. Itu menunjukkan BN tidak hipokrit seperti PKR.

3. BN telah meletakkan calon yang sesuai dengan masa. Tidak muda tidak tua dan mempunyai ilmu dan masih bersih tidak busuk seperti calon PKR.

4. Calon PKR yang busuk, lidah bercabang, talam dua muka, tidak ada prinsip perjuangan dan penyokong IFC.

5. Penyokong PKR perlu boikot pilihanraya ini atau bagi undi kepada BN kerana kepimpinan PKR lebih mementingkan orang baru yang tidak pernah susah payah dalam arena reformasi. Ramai lagi kepimpinan PKR yang tidak dicalonkan sebaliknya mencalonkan Zaid Ibrahim yang baru sahaja meninggalkan UMNO dan masuk PKR. Contohnya PKR masih ada Dr.Halili dan Syamsul Iskandar.


6. Penyokong PKR di kalangan orang bukan Melayu juga perlu boikot PKR dan jangan bagi undi kepada PKR kerana PKR tidak meletakkan calon bukan Melayu. PKR tidak memberi ruang kepada penyokong PKR yang bukan Melayu.

15 April, 2010

Tahniah blogger P.Kamalanathan...

Tahniah blogger P.Kamalanathan kerana terpilih oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk mewakili parti tersebut dalam Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor...beliau yang juga adalah ketua penerangan MIC.

Zaid wakili PKR...Siapa wakili BN?

Kena gaya PKR akan kalah, sebab letak calon yang lidah bercabang, talam dua muka, moral yg tidak manis bagi Melayu Timur dan banyak lagi kalau nak mengumpat tentang calon PKR ni...tapi lantak dialah...itu dia dgn Allah...

BN pula masih bermain teka teki..siapa calon mereka? keputusan pengerusi BN untuk meletakkan calon bukan Melayu itu sudah tepat...tetapi berlaku pula bab nak pilih calon purba atau calon facebook...

Apa-apa keputusan pun ok je...yang penting "Rakyat didahulukan, kemenangan PRK ini diutamakan"

Salam bersua kembali....