20 April, 2010

BN menang di Hulu Selangor?

1. BN boleh menang jika pengundi Hulu Selangor mengundi BN bukan PKR.

2. BN telah melaksanakan prinsip kongsi kuasa apabila meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu. Itu menunjukkan BN tidak hipokrit seperti PKR.

3. BN telah meletakkan calon yang sesuai dengan masa. Tidak muda tidak tua dan mempunyai ilmu dan masih bersih tidak busuk seperti calon PKR.

4. Calon PKR yang busuk, lidah bercabang, talam dua muka, tidak ada prinsip perjuangan dan penyokong IFC.

5. Penyokong PKR perlu boikot pilihanraya ini atau bagi undi kepada BN kerana kepimpinan PKR lebih mementingkan orang baru yang tidak pernah susah payah dalam arena reformasi. Ramai lagi kepimpinan PKR yang tidak dicalonkan sebaliknya mencalonkan Zaid Ibrahim yang baru sahaja meninggalkan UMNO dan masuk PKR. Contohnya PKR masih ada Dr.Halili dan Syamsul Iskandar.


6. Penyokong PKR di kalangan orang bukan Melayu juga perlu boikot PKR dan jangan bagi undi kepada PKR kerana PKR tidak meletakkan calon bukan Melayu. PKR tidak memberi ruang kepada penyokong PKR yang bukan Melayu.

No comments: