19 July, 2009

BAGAIMANA HENDAK MENJADI ORANG KAYA????

1. Bagaimana hendak jadi orang kaya? Ini bukan satu persoalan tetapi ini adalah pencetusan idea ang baik.

2. Orang Melayu perlu menjadi orang kaya…pada saya definisi orang kaya adalah orang yang banyak duit. Bila sesiapa yang banyak duit, sudah tentu kehidupannya berubah menjadi senang dan mewah.

3. Orang kaya adalah orang yang banyak duit…secara tidak langsung hendak jadi orang kaya perlu ada duit….sekarang macam mana nak cari duit.

4. Apa yang dimaksudkan dengan duit....pada saya duit itu adalah :

D = DOA

U = USAHA

I = ISTIKHOMAH

T = TAWAKAL

5. Orang Melayu perlu jadi orang kaya atau orang banyak duit..ini kerana orang Melayu beragama Islam...bila mereka banyak duit mereka akan bayar zakat...zakat adalah rukum Islam yang ke- 5. Selain itu boleh mengerjakan haji, ini pulu rukun Islam yang ke – 4, jika selama ini mereka telah mengucap, solat 5 waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan maka hebatnya orang Melayu ini.

6. Untuk menjadi orang kaya perlulah mencari rezeki. Rezeki itu umpama angin yang bertiup ke mana sahaja seperti kita mencari rezeki. Masalahnya yang timbul apabila manusia mencari rezeki di arah yang berlainan. Jika ini berlaku maka susahlah hendak dapat rezeki itu, atau mungkin tak dapat langsung.

7. Kita boleh minta kepada allah agar dia beri petunjuk kepada kita…tapi apa yang perlu kita buat?


“Allah memberikan keampunan dan rezeki yang mulia kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Sebaliknya, orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat kami dengan melemahkan kemahuan beriman, mereka itu adalah penghuni neraka”(Surah al Haj, ayat 50 hingga 51)

8. “Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis laporan Tirmizi)

9. “ Sesiapa yang mengerjakan solat sunat duha empat rakaat sebelum solat zuhur, maka Allah mendirikan rumah untuknya di syurga”(Hadis laporan Thabrani)

10. “Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur”(Hadis laporan Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

11. “Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supya melakukan tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan. Pertama, hendaklah aku tidur sebelum mengerjakan solat witir. Kedua hendaklah aku tidak meninggalkan dua rakaat solat sunat duha kerana sesungguhnya solat duha adalah solat ‘awwabin iaitu solat orang yang bertaubat kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Ketiga hendaklah aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan.”(Hadis laporan Tirmizi dan Nasa’I daripada Abu Hurairah)

(Puasa tiga hari yang dimaksukan dalam hadis ini adalah puasa tiga hari pada setiap tengah bulan qamariah iaitu setiap 13,14 dan 15hb.

12. “Sesiapa yang membiasakan diri melakukan solat duha, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya sekalipun dosa itu laksana buih di lautan.”(Hadis laporan Ibnu Majah dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.






13. “Ketika matahari terbit tempatnya seperti ketika solat asar iaitu sewaktu matahari tenggelam dan ada seseorang melakukan solat sunat duha dua rakaat dengan empat kali sujud, maka baginya tersedia pahala sama dengan pahala melakukan amal kebajikan sehari penuh dan aku (Abu Ummah) menduga, nabi juga berkata.’Apabila dia meninggalkan pada hari itu, maka berhak masuk syurga.”(Hadis laporan Thabrani daripada Abu Ummah)

14. Begitu tinggi nilai ibadah solat duha. Terbukti daripada beberapa hadis yang telah dipaparkan, itu semua memberikan fadilat dan manfaat yang luar biasa. Oleh itu , marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat duha seiring dengan pekerjaan kita mencari rezeki.

15. Seperti dari awal lagi saya menyatakan DUIT itu adalah Doa, Usaha, Istikhomah dan Tawakal. Maka dengan pekerjaan yang kita buat seiring dengan solat duha insyaallah Allah akan mempermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya.

No comments: