27 July, 2009

Assalamualaikum

Bangsa Melayu perlu bersatu, bersatu atas nama AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Bangsa Melayu jika tidak bersatu maka bersedialah menerima kemusnahan dan kecelaruan bangsa pada masa depan. Pada pendapat saya kemusnahan itu tidak berapa lama lagi mungkin 5 tahun lagi.

Pada masa itu, bangsa Melayu akan hilang identitinya sebagai bangsa asal di Malaysia. Sistem-sistem seperti Sistem Kesultanan Melayu yang kita warisi semenjak zaman Srivijaya dan Majapahit akan hilang menjadi bahan sejarah. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan akan digantikan dengan sistem yang lain mungkin sistem pemerintahan presiden seperti negara Singapura dan Indonesia.

Bangsa Melayu pada ketika ini terbahagi kepada beberapa golongan iaitu golongan Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu atas pagar dan Melayu tidak tahu apa-apa. Orang Melayu mengikut sejarah tidak pernah bersatu. Jika saya salah tolong perbetulkan.

Jika kita kata pada tahun 1946 bangsa Melayu bersatu menentang Malayan Union, ini adalah fakta yang salah. Kerana pada masa itu ada sebilangan bangsa Melayu yang bersetuju dengan Malayan Union, contohnya PKMM dan sebahagian sultan-sultan Melayu.

Pada masa sekarang, bangsa Melayu tidak bersatu walaupun mereka sedar bangsa mereka berada dalam dilema apabila bangsa Cina dan India menunutut hak-hak istimewa seperti mana yang diperolehi oleh bangsa Melayu.

Bangsa Cina dan India berani menuntut hak keistimewaan bangsa mereka apabila kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia tidak lagi mempunyai suara majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Punca BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat adalah kerana BN tidak mendapat sokongan dari pengundi-pengundi berbangsa Melayu, Cina dan India. Sebaliknya pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak masih setia dengan kerajaan BN. Jika mereka ini juga tidak setia maka kerajaan BN akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan yang baru.

Siapakah kerajaan yang baru itu. Adakah Pakatan Rakyat? Mungkin tidak kerana Pakatan Rakyat bukanlah sebuah parti yang sah seperti BN. Mereka hanyalah gabungan parti-parti pembangkan seperti DAP, PAS dan PKR. Jika mereka ini ikhlas mahu mengantikan BN maka mereka perlu bersatu di bawah satu bumbung seperti BN yang mengandungi 14 komponen parti-parti. Dengan itu mereka boleh bertanding dalam pulihanraya dengan menggunakan satu lambang.

Pemimpin-pemimpin bangsa Melayu perlu sedar. Jika mereka tidak menghulurkan tangan antara satu sama lain maka masa depan bangsa Melayu akan terus musnah., hancur dan rebah di buminya sendiri.

Tetapi tidak tahulah pula jika pemimpin-pemimpin Melayu ini tidak sedar akan perkara ini. Mana mungkin mereka tidak sedar. Mungkin mereka terlepas pandang.

Bangsa Cina dan india mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Melayu. Terutama kelemahan parti UMNO. Orang bukan Melayu seringkali menyatakan kelemahan dan keburukan UMNO. Ada pula orang Melayu yang bersetuju dengan mereka ini.

Padahal apabila mereka memperkatakan tentang keburukan UMNO secara tidak mereka memperkatakan tentang bangsa Melayu. Orang bukan Melayu kutuk dan hina Melayu dengan menghalakan kepada UMNO.

Mereka menggunakan UMNO sebagai alasan mereka sedang mereka mahu kutuk Melayu. Tetapi yang sedihnya orang Melayu tidak sedar hal ini

No comments: