02 March, 2010

UMNO JANGAN SYOK....

Orang UMNO jangan syok atau gembira apabila ada wakil-wakil rakyat pembangkang terutamanya daripada PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Masalah-masalah berbangkit di kalangan parti-parti pembangkang, seperti kritikan terhadap kepimpinan Lim Guan Eng dan kepimpinan PKR bukan petanda aras sokongan rakyat sudah kembali kepada UMNO.

Yang sebenarnya, rakyat dalam keadaan terpinga-pinga dengan suasana politik negara sekarang. Rakyat tertanya-tanya dimanakah titik nokhtah terakhir semua perkara yang berlaku ini.

Rakyat sedang mencari arah tuju serta 'hero' baru yang mampu memberi kebaikan kepada mereka.

Inilah masanya untuk UMNO untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO lah 'hero' mereka tercari-cari itu.

Jika UMNO dapat menunjukkan perangai yang baik, moral yang tinggi, tidak angkuh, tidak sombong, tidak rasuah, tidak elit, tidak lupa rakyat maka rakyat akan kembali memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO...


No comments: