25 February, 2010

Parti Islam Semalaysia Parit Buntar Celaru, UMNO buat tak tahu...

UMNO Parit Buntar perlu cepat mengambil peluang kelemahan PAS di Parit Buntar. Tetapi sayangnya pihak UMNO Parit Buntar seperti buat tak tahu...

PAS di Parit Buntar pegang dua kerusi iaitu Parlimen (Mujahid ) dan DUN Titi Serong (Lim). Mujahid dan Lim tak sebulu....lihat pada banner yang digantung di persimpangan jalan pun sudah boleh buat tafsiran.

Lim buat banner ucapan Gong Xi Fa Cai, hanya ada gambar beliau sahaja, begitu juga Mujahid. Jelas menunjukkan mereka tidak sepakat dan sehaluan.

Jika dilihat, Mujahid melawat kawasan pun tidak diiringi oleh Lim...begitu juga dengan Lim...


Manakala Kelab Penyokong PAS Parit Buntar pula seperti hidup segan mati tak mahu? Pejabat Kelab Penyokong Pas di Pekan baru, Parit Buntar tidak meriah seperti awal penubuhannya...Ramai ahli kelab menyatakan wakil rakyat PAS Parit Buntar hanya tahu bercakap dan buat cadangan sahaja...adakah ini menunjukkan PAS tidak lagi mendapat sokongan kaum bukan Melayu di Parit Buntar?

UMNO Parit Buntar, jangan buat tak tahu hal ini....peluang yang ada untuk menyerang musuh sudah terbuka luas.

Politik umpama medan peperangan. Untuk menang dalam perang, strategi perlu ada, peluang yang ada tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

UMNO Bahagian Parit Buntar tunggu apa lagi...

2 comments:

Sham Nasi Ayam said...

saudara,
badannya melayu nyawanya Islam. YB Titi Serong Idham Lim bukannya Lim sahaja. Fakta nnti jadi keliru. Kalau PAS Parit Buntar lemah, UMNo Parit Buntar lagi lemah sampai saudara yang kakitangan kerajaan pun boleh nampak perkara ini. Atau sengaja timbulkan isu untuk populariti blog? :}

Anonymous said...

Silap kalau serang pas pbuntar, kalau tanya orang bwh depa tak marah kat pas pbuntar tp marah kat adun titi serong.

memang umno pbuntar tak ambil peluang terbuka. pi la siasat tanya org bwh.