21 February, 2010

BERTUAHNYA JADI CINA DI MALAYSIA.

Bertuahnya jadi Cina di Malaysia...kaum Cina boleh buka kedai dan berniaga di kawasan kaum Melayu (kampung Melayu). Perniagaan itu pula maju kerana kaum Melayu akan pergi beli barang di kedai kaum Cina, walau pun ada kedai kaum Melayu yang menjual barang yang sama seperti kedai kaum Cina itu.

Bertuahnya kaum Cina kerana mereka menjadi kaum yang terkaya di Malaysia. Senarai 10 individu yang terkaya di Malaysia, 8 orang adalah dari kaum tersebut, manakala dua mewakili kaum Melayu dan India.

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion

3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion

4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion

5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion

6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

Bertuahnya kaum Cina, apabila musim perayaan berebut-rebut parti politik sama ada dari Barisan Nasional mahu pun pihak pembangkang (PKR, DAP, PAS ) akan buat jamuan untuk mereka.

Contohnya, kerajaan Selangor mengadakan sambutannya di Kuil Buddha Dong Zen, Jenjarom, yang terkenal dengan pesta bunga dan tanglung. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid merasmikan sambutan tersebut.

Kira-kira 20km di utara Jenjarom, di Kampung Batu Pandamaran - kampung baru Cina kedua terbesar di Malaysia - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan rumah terbuka BN peringkat nasional.

Bertuahnya jadi Cina di Malaysia bila mereka melarang perarakan maulidur rasul, ada pula ulamak PAS menyokong...

Bertuahnya jadi Cina di Malaysia...

No comments: