21 July, 2011

MELAYU PENAKUT DI TANAH SENDIRI (BAB 1)

Melayu merujuk kepada nama sebuah kaum. Melayu adalah kaum yang teramai di Tanah Melayu. Melayu ramai apabila definisi Melayu itu ditulis dalam perlembagaan persekutuan sebagai orang yang menganut agama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan keturunannya lahir sebelum dan selepas merdeka di Tanah Melayu.


Melayu dikenali sebagai satu kaum yang tebal semangat tolong menolong dan semangat tolerasi serta memberi muka kepada orang lain.


Melayu malu hendak minta orang berhutang membayar balik hutangnya.


Melayu sukkan hiburan.


Melayu lebih suka hidup selesa dengan apa yang ada, tidak mahu bekerja lebih, untuk menambahkan pendapatan.


Melayu tidak kisah apabila haknya dipertikaikan, kerana pada Melayu tolong menolong adalah perkara mulia.


Melayu lebih suka mendengar dan cepat bersetuju atau menolak sesuatu perkara tanpa memikir secara mendalam apa yang disampaikan.


Melayu tidak suka bersatu.


Melayu lebih suka duduk dalam kelompok-kelompok tertentu yang menyenangkan mereka. Jika ada kelompok yang memberi tekanan, mereka akan menjauhkan diri dari kelompok tersebut.........

No comments: