21 November, 2009

BANGSA MELAYU: TIDAK AMBIL BERAT TENTANG PENDIDIKAN

Orang Melayu tidak ambil berat penguasaan ilmu. Ibu bapa tidak memaksa atau mendesak anak supaya belajar. Ada yang berpendapat, orang Melayu tak pandai pun boleh masuk universiti, ada kuota disediakan untuk pelajar Melayu, kelulusan cipu-ciput pun dah cukup untuk ke universiti.

Orang Melayu yakin, UMNO akan terus memastikan Melayu dapat tempat di universiti, mereka juga yakin mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia akan melaksanakan dasar ini. Melayu masih percaya, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan terus kekal hingga kiamat.

Ada juga yang yang berkata apa yang kerajaan bagi ambik,
tak perlu sokong kerajaan yang memberi pun tak pet, kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan. Bumi ini Allah punya...tak ada siapa boleh ambil. Melayu tetap boleh terus hidup...

Orang Melayu jika masih berfikir seperti ini, maka orang Melayu akan menghadapi masalah besar pada masa akan datang.

Bangsa Cina dan India pula amat menitik beratkan ilmu untuk anak-anak mereka. Seperti berlaku satu gelombang perkukuhkan anak-anak dengan ilmu. Mereka juga percaya dengan penguasaan ilmu mereka boleh menguasai apa sahaja. Jika kita lihat,yang kerappergi ke sekolah untuk bertanya tentang prestasi pelajaran anak mereka ialah golongan ini.

Mereka ini sanggup buat apa sahaja untuk memastikan anak meraka mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara ini. Mereka juga sanggupmelakukan apa sahaja untuk memastikan anak mereka memperolehi jawatan-jawatan penting seperti ketua darjah dan pengawas sekolah.

Oleh itu orang Melayu, bangsa Melayu yang mengaku badannya Melayu,nyawanya Islam bangkitkan gelombang menuntu, memastikan ilmu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Orang Melayu tidak bolehlagi hanya menunggu dan melihat bangsa lain terus maju,menguasai apa sahaja peluang yang ada.Kerana kuasa yang ada pada bangsa Melayu tidak akan kekalsehingga kiamat jika ada orang Melayu sendiri menyokong DAP.

Hal ini boleh dilihat kepada parti-parti pembangkang Melayu seperti PAS yang bersekongkol dengan DAP hanya untuk mendapatkan kuasa. PAS sanggup menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan mereka. Sedangkan mereka tahu DAP adalah parti yang tidak akan memastikan kedaulatan Islam kekaldi negara ini. PAS sendiri terpaksa mengorbankan perjuangan menegakkan negara Islam setelah berkawan dengan DAP.





No comments: