02 December, 2009

Kekalkan Nik Ajees sebagai MB kelate dan Mursyidul Am sehingga 2018



Kita umat Melayu Islam perlu bersama-sama mengambil satu pendirian untuk kekalkan Nik Ajees sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas sehingga 2018.

Sebagai orang politik, kita perlu berfikir cara politik. Dalam politik ada perkara yang nampak busuk dan menjijikkan, tetapi bagi orang politik ianya baik dan memberi keuntungan dalam perjuangan politik.

Politik tidak melihat sesuatu itu dengan pandangan kosong. Politik melihat apa yang boleh diguna pakai akan digunakan untuk kebaikan politik.

Dalam hal Nik Ajees yang juga Mursyidul Am Pas, boleh digolongkan sebagai orang yang busuk, tetapi bagi pihak lawan Nik Ajees perlu dilihat sebagai modal. Modal disini perlu dilihat dan ditafsirkan dengan cara pemikiran politik.


Nik Ajees bukan sahaja dibenci oleh penyokong PAS tetapi juga oleh pihak lawan kerana beliau sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan sombong.


Tetapi yang sebenarnya Nik Ajees membuka ruang kepada pihak lawan untuk menyerang PAS dan kepimpinan ulama dalam PAS.


Peluang sebegini perlu diambil oleh Barisan Nasional dan juga UMNO untuk menyerang pembangkang yang banyak menyimpan pemimpin-pemimpin yang busuk dan menjijikkan.
Pemimpin pembangkang seperti Anuar yang mempunyai masalah moral yang mana kes liwatnya yang akan dibicarakan selama sebulan mulai 25 Januari 2010.
Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng pula menunjukkan moral yang tidak baik apabila memijak gambar ADUN bebas negeri Perak serta banyak lagi pemimpin-pemimpin pembangkang yang sememangnya busuk dan menjijikkan.
Barisan Nasional dan UMNO terutamanya perlu melihat semua ini sebagai modal politik. Bola tanggong telah diberi, apa tunggu lagi.

No comments: