07 December, 2009

Melayu baru liberal

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang kawan lama, yang baru tamat pengajian sarjana di London...hebat juga kawan saya ni...saya ni bau London pun belum pernah...dia Ijazah dan sarjana dihabiskan di sana....rezeki dia....

Kami bersembang panjang macam-mecam cerita keluar...cerita lama dan baru...termasuklah cerita politik dan isu-isu semasa dalam negara.

Kawan saya ini penyokong pembangkang...tapi bila ditanya ahli parti PAS atau PKR atau DAP dia hanya kata tidak menjadi ahli mana-mana parti lagi...tetapi dia mengakui dia adalah penyokong pembangkang...

Oleh itu saya hendak golongkan beliau sebagai Melayu baru liberal...pada tafsiran saya Melayu baru liberal adalah Melayu yan
g tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.dan hanya tahu menyatakan salah orang lain.

Saya sangat terkejut apabila beliau yang berpendidikan tinggi masih menyatakan kerajaan pusat di Malaysia banyak menghabiskan wang rakyat dengan membina projek-projek mega seperti Putrajaya, litar sepang dan banyak lagi.

Pada saya semua itu telah terbukti memberi keuntunggan kepada negara, keselesaan kepada rakyat dan meninggikan moral rakyat Malaysia.

Saya kira hujah-hujah beliau sama juga dengan hujah-hujah penduduk kampung yang lepak di kedai kopi yang tidak boleh pergi menoreh getah kerana hujan.

Beliau juga membangkitkan kesalahan terbesar kerajaan ialah mengeluarkan Singapura daripada Malaysia...alasannya jika tidak keluarkan Singapura, Malaysia mungkin menjadi sebuah negara yang hebat dan maju lebih awal tak perlu menunggu tahun 2020.

Saya menjelaskan kepada beliau bahawa Tuanku Abdul Rahman keluarkan Singapura apabila Tuanku merasakan jika Singapura terus kekal dalam Malaysia kemungkinan bangsa Melayu akan hilang kuasa. Kerana pada masa itu jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai daripada penduduk Melayu Islam jika dicampur penduduk di semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Tuanku juga melihat Lee Kuan Yew yang bijak mencatur permainan politik telah memberi tekanan kepada pihak kerajaan pada masa itu. Lee Kuan Yew presiden PAP yang membawa dasar Malaysian Malaysia amat bertentangan dengan perjuangan UMNO yang lebih kepada Ketuanan Melayu.

Jika dasar Malaysian Malaysia dilaksanakan maka tidak perlu lagilah Kedudukan Istimewa Orang Malayu (Perkara 153). Kerana semua rakyat akan mendapat hak sama rata. Maka pada ketika itu bangsa Melayu Islam akan ketinggalan terutamanya.

Bahaya inilah yang telah membawa kepada keputusan mengeluarkan Singapura keluar dari Malaysia untuk seimbangkan kekuatan Melayu Islam dengan bukan Melayu.

Apabila mendengar penjelasan saya, beliau pun kata kepada saya ..."hang ni dulu, kini dan selamanya"...

No comments: