03 December, 2009

KATA-KATA HIKMAT

"Apabila sempurna akal, kurang perkataan." (Saidina Ali Abi Talib)

"Sifat pemarah adalah musuh utama akal" (Saidina Ali Abi Talib)

"Walaubagaimana pun alim seorang itu, dia tidak akan dapat manafaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal" (Lukmanul Hakim)

"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuh yang celaka adalah jahil" (Saidina Ali Abi Talib)

"Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih baik pula ia berkata-kata"(Saidina Ali Abi Talib)

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilihnya, iaitu manusia. Akal tidak diberi semata-mata. Ia perlu dituntut" (Hamka)

"Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memeliharan akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya" (Hamka)

"Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang" (Hamka)

"Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu" (Aristotle)

No comments: