13 December, 2009

Pelajar bumiputra ramai masuk universiti, masalah ke?

Jika merujuk jumlah kemasukkan ke universiti awam (IPTA) ambilan julai 2009 jumlah pelajar bumiputra melebihi pelajar bukan bumiputra. Bumiputra 27,829 orang manakala pelajar Cina 10,116 dan India 2,421 orang.

Kerajaan telah melakukan yang terbaik lagi adil dalam membuat pengambilan pelajar ke IPTA. Pelajar bumiputra lebih ramai berbanding pelajar dari kaum lain. Hal ini kerana mengikut jumlah bilangan kaum yang ada di Malaysia.

Adil di sini merujuk kepada bilangan pelajar. Adilkah jika bilangan pelajar India yang diberi peluang ke IPTA sama dengan bilangan pelajar bumiputra? Sedangkan bilangan pelajar India sangat kurang berbanding pelajar bumiputra.

Oleh yang demikian, mana boleh pihak tertentu mempertikaikan bilangan bumiputra ke IPTA.

Secara logik akal, merujuk sahaja kepada bilangan pelajar bumiputra yang lebih ramai berbanding pelajar bukan bumiputra. Tidak perlu mempertikaikan jumlah tersebut.

No comments: