11 December, 2009

Bangsa Cina tidak takut kepada Bangsa Melayu Islam?

Hak bangsa Melayu Islam akan terus dipertikaikan oleh DAP dan penyokongnya.

DAP adalah serpihan PAP, sebuah parti politik pimpinan bangsa Cina yang telah berjaya menjadikan Singapura yang asalnya milik bangsa Melayu bertukar kepada sebuah negara baru yang diperintah oleh bangsa Cina di Nusantara Melayu. Itulah yang telah berlaku apabila Melayu tidak ambil kisah tentang bangsanya.

Jika dilihat dari sudut sejarah, kedatangan bangsa Cina ke nusantara Melayu di atas beberapa faktor, iaitu untuk berniaga, mencari kehidupan baru akibat kemiskinan di negara China dan di bawa masuk oleh British untuk bekerja di lombong-lombong bijih.

Tetapi siapa sangka mereka akhirnya telah berjaya membina sebuah negara di dalam kawasan Melayu. Seperti mana mereka berjaya membina Chinatown di Amerika dan di negara-negara lain.

Apakah hebat sangat bangsa Cina, sehingga mereka boleh buat keputusan untuk bangsa lain, mereka boleh buang apa yang mereka tidak suka, mereka boleh ambil apayang mereka suka Walaupun mereka tidak berada di negara asal mereka? Mungkin itulah kelebihan mereka.

Baru-baru ini apabila seorang bangsa Cina, Ko Ming yang juga ahli parlimen DAP Taiping mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 748.26 juta bagi membina 611 masjid dinegara ini.

Ko Ming juga mendesak supaya kerajaan memberi peruntukan lebih kepada rumah ibadat bukan Islam.

Berani dan begitu yakin beliau melontarkan satu perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana termaktub dalam perlembagaan perkara 12 (fasa 2)

tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu

Beliau juga tidak takut untuk menyentuh hal agama Islam sedangkan beliau berada di dalam kelompong ramai yang beragama Islam. Kenapa boleh jadi macam ni?

No comments: