10 December, 2009

Kenyataan Nasaruddin: Isu 611 masjid yang dipertikaikan oleh Ko Meng

Berikut ialah kenyataan penuh Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa berhubung tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempertikaikan langkah kerajaan membina 611 buah masjid dalam tempoh lapan tahun, tetapi mengabaikan rumah ibadat lain dalam tempoh itu.

Isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat mengenai persoalannya terhadap perbelanjaan pembangunan masjid oleh kerajaan persekutuan seharusnya tidak dijadikan isu yang besar oleh pihak DAP.

Sepertimana yang kita maklum, sudah menjadi hak dan tanggungjawab pihak kerajaan untuk membina masjid-masjid dan institusi-institusi agama bagi menyemarakkan syiar Islam di Malaysia sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara kita.

Namun, pihak kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara.

Kita tidak membantah malah menyokong usaha pihak bukan Islam menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi kerana dikhuatiri langkah tersebut akan menyinggung dan menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan umat Islam negara kita.

Beliau dan semua pimpinan Pakatan Rakyat adalah dialu-alukan untuk tidak membangkitkan sebarang isu berhubung sentimen agama dan bangsa yang seringkali disalahtafsir oleh sesetengah pihak untuk dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat.

Amatlah diharapkan agar isu-isu yang boleh menyinggung sensitiviti agama dan bangsa serta kepentingan komponen parti Pakatan Rakyat dapat diselesaikan melalui saluran dalaman yang lebih efektif.

Ini bagi mengelakkan sebarang polemik sepertimana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini.

Apa yang penting ialah memberikan fokus sebaik mungkin kepada agenda perjuangan yang telah disepakati dalam membangunkan sebuah negara yang lebih berintegriti, berkebajikan dan beramanah.

* Ulasan

Selepas ni kita lihat apa pula kata Nik Ajees...dia sokong Nasa atau Kor Ming


No comments: