28 August, 2009

Najib adalah perdana menteri Melayu terakhir?

Sekarang sudah nyata teori RAHMAN adalah benar. Teori ini menyusun nama-nama perdana menteri Malaysia mengikut turutan seperti nama RAHMAN.
R = Rahman (tungku Abdul Rahman)
A = Abdul Razak
H = Hussain
M= Mahadhir
A = Abdullah
N = Najib
Yang menjadi persoalan sekarang siapa selepas Najib? Adakah ada nama lain yang boleh disambung pada nama RAHMAN seperti RAHMANA, tambahan A itu bermaksud Anuar (Anuar Ibrahim). Mungkin ini satu teori baru.....
Dalam hal ini kita boleh buat apa sahaja spekulasi. Ini kerana orang Melayu suka pada ramalan-ramalan ala nujum pak belalang. Jadi bolehlah kita sambung apa sahaja huruf pada nama RAHMAN untuk kita susun baru yang akan menjadi perdana menteri Malaysia.
Tetapi pada DAP pula, mereka berharap Najib adalah perdana menteri dari kaum Melayu yang terakhir. Bermaksud tidak lagi orang Melayu yang beragama Islam menjadi perdana menteri.
Jika ini benar berlaku, maka Anuar Ibrahim juga tidak boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Adakah perkara ini boleh berlaku? Pada pandangan saya perkara ini boleh berlaku jika:
1. Pakatan pembangkang mendapat kerusi yang lebih daripada Barisan Nasional, contohnya, sekarang jumlah kerusi Dewan Rakyat ialah 222 kerusi, maka pakatan pembangkang perlu memperolehi 112 kerusi sahaja sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.
2. Maka pada ketika itu BN akan menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.
3. Manakala perdana menteri pula dilantik daripada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat ( rujuk perkara 43 (2) perlembagaan persekutuan). Untuk memudahkan kita faham sesiapa yang menjadi ketua kepada barisan pembangkang atau ketua kepada Barisan Nasional beliau mungkin di lantik menjadi perdana menteri dengan syarat kumpulan yang beliau anggotai itu memperolehi 112 kerusi di Dewan Rakyat.
4. Karpal Singh yang akan menjadi perdana menteri dan bukan Anuar Ibrahim jika DAP memperolehi jumlah kerusi yang banyak berbanding PKR dan PAS. Ini kerana dalam barisan pembangkang jumlah kerusi yang dimenangi akan menentukan siapa jadi ketua....Contohnya DAP = 50, PKR = 32 dan Pas = 30 Jumlah semua 112
5. DAP akan memperolehi kemenangan jika semua kaum tanpa mengira agama memberi undi kepada mereka. Termasuk orang Melayu.
6. Untuk memudahkan kita faham kita perlu lihat situasi politik negeri Perak pada pilihanraya umum ke-12, DAP memperolehi 18 kerusi DUN, PKR 7, PAS 6 dan manakala BN 28.
7. Apabila barisan pembangkang ini menubuhkan Pakatan Rakyat mereka bergabung menyebabkan mereka memperolehi jumlah kerusi sebanyak 31 buah dalam DUN menyebabkan BN kalah.
8. Hal ini membolehkan calon dari DAP menjadi Menteri Besar. Tetapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri lebih berkuasa dari segala-galanya.
9. Dalam UTKN tertulis syarat untuk menjadi MB hendaklah seseorang itu berbangsa Melayu dan beragamaIslam. Maka tidak boleh lah Cina dalam DAP jadi MB. Tetapi jika DAP meletak calon dari kalangan Kaum Melayu sebagai mewakili mereka dalam pilihanraya mungkin boleh.

1 comment:

KAUNSELOR said...

Perancangan jangkamasa panjang DAP untuk memerintah dan berkuasa sepenuhnya ke atas negara MALAYSIA nampaknya akan berhasil jika orang-orang MELAYU (UMNO,PAS,PKR)masih berkelakuan macam manusia metaliti di tahap sangat rendah.Kalau Melayu bangga dengan terget DEB(Dasar Ekonomi Baru) mungkin DAP bangga dengan target DAK (Dasar Ambilalih Kuasa)